Followers

Monday, June 30, 2008

adeh..banyak kije



Hari ni Isnin. Sabtu dah nak balik Gombak...4 days to go.
Ade 3 projek lagi tak siap...design kad kahwin angah (abang izu no.2), design tag program kwn qila dan design profile syarikat Juzur Jawi Network...
AlhamduliLlah, kad kahwin dan profile syarikat dah gerak...tag je belum sentuh.
Hmm..hari ni nak mula design tag la, pasal lagi dua projek tu kene pakai illustrator. Balik cuti ni bawak installer photoshop je..
Tak ape la izu. Slow2...Janji sebelum tibe due date, sume projek ni dah siap!

Sunday, June 29, 2008

hikmah

Sebijak - bijak akal ialah akal Nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Sebab utamanya adalah kerana ia adalah akal yang ditunjuki wahyu dan dimaksumi daripada kesalahan.

Maka hikmah yang pertama adalah dengan meniru dakwah cara Baginda. Susahkah diperolehi? Mudah sahaja. Tiada perihal yang dihikayatkan di dunia ini melebihi hikayat Baginda dan sirah kehidupannya.

Justeru jangan anda memahami hikmah itu bermaksud otak aku atau otak engkau! Cara aku dan cara engkau! Jikalah begitu, hancur luluhlah dakwah di jalan Allah.

[Nik Abduh Nik Abdul Aziz]

pasangan terrrbaik...

10 Cara untuk menjadi pasangan terbaik

Dalam mengemudi sebuah rumah tangga ke arah kebahagiaan hakiki, peranan
penting suami dan isteri dalam mewujudkan kasih sayang dan keharmonian
seharusnya menjadi keutamaan. Oleh itu berazamlah menjadi pasangan terbaik
untuk pasangan anda. Jika anda mampu melakukannya, sudah pasti
kebahagiaan adalah ganjaran yang amat tidak ternilai.

> jadi pasangan realistik bukan hipokrit
> berterus terang dengan pasangan
> lakukan segala-galanya bersama
> faham memahami dan bertolak ansur
> tunjukkan cinta buat si dia
> hormat antara satu sama lain
> lupakan peristiwa lalu
> buang sikap cemburu
> tunjukkan komitmen anda pada pasangan

> jujur

[luvislam.com]

wave100 warne biru gelap


KL-Seremban-Bahau-K.Rompin-Mersing-Kota Tinggi-JB

Hingga semalam, dah hampir 500km kami duk atas sit motor wave100 warne biru gelap tu.
Impian dah kesampaian untuk trip sejauh ni..kalau dulu jadi penumpang je, skrg izu sendiri yang jage handle, dan kadang-kadang qila tekan gear...hehe.
Kalau dulu sekadar dpt tengok je tatkala lalu tempat menarik, skrg dah blh berhenti dan alami sendiri...
Best.
kalau pun letih sikit, tapi hakikatnye letih tu tak terase sgt pun...sbb ade tempat sandar mase tengah menunggang.
Saling bersandar...heh, hikmah kawin awal...
Perjalanan masih berbaki kira-kira 300km (JB-KL).
Semoge wave100 warne biru gelap tu kekal sihat, walau pun tayar hampir pecah dek paku3inci semalam.
InsyaAllah.

rahmatuLlaahi 'alaikum...

terciptanya blog yg tak seberapa ni bukanlah fenomena luar biasa...
duk tengok kwn2 lain ade..heheh..teruje jugak nak ade satu...
biase la...cube sesuatu yg baru kan best!