Followers

Thursday, April 30, 2009

Munajat Kasih..

Munajat Kasih

Aku selalu inginkan, malam yang panjang bersama-Mu,
mengenangkan aku kembali, dosa-dosa masa yang lalu..

Aku selalu dambakan, keheningan malam bersama-Mu,
mengingatkan aku di sini, Kau selalu ada di sisiku..

Aku mohon..
Kau terima pengakuan ini, yang datang dari hati kecilku,
yang mendambakan keredhaan-Mu, hanyalah Engkau yang ku rindu,
bertakhta di hati ini..

Oh kasih..
Kau tunjukkan jalan terbaik untukku, yang harus ku tuju,
Kau tunjukkan jalan terbaik untukku, yang mampu ku tempuh..

Aku ingin bersama-Mu, ku ingin bersamamu..

- fyno -

Wednesday, April 29, 2009

Nak baring lagi?

Tak keruan hidup hari ni. Bangun pagi tak bermaya. Rasa nak baring sampai petang je. Sampai malam..

Tapi tu tak akan berlaku. Malah tak boleh berlaku pun. Ada insan yg perlukan perhatian. Perhatian dari seorang suami. Si isteri masih belum pulih sepenuhnya dari kesakitan lantaran keguguran tempoh hari. 'Keguguran atau masih berisi' bukanla isi penting buat masa ni. Sebaliknya respon suami kepada 'keguguran atau masih berisi' itu sendiri yang perlu diberi perhatian. 100% berbeza daripada melihatkan si isteri sihat segar..semuanya terurus.

Allah dah tumbuk mata si suami. Lebam. Baru la nak sibuk berdiri dekat dapur. Basuh pinggan. Sejarah sebelum bersalaman dengan Dato' Imam Mahat perlu diulang. Terpaksa? Sukarela? Sapa peduli. Si suami saja mengerti. Si isteri kurang bermaya.





Nak baring sampai malam ke?

Monday, April 20, 2009

Terima kasih semua..

Hahha..Saje je.
Dah 3001..

Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
And (remember) when your Lord proclaimed: "If you give thanks (by accepting Faith and worshipping none but Allah), I will give you more (of My Blessings), but if you are thankless (i.e. disbelievers), verily! My Punishment is indeed severe."
(Surah Ibrahim:7)

Saturday, April 18, 2009

Mahalnya...


Salam.
Pagi qila keguguran kandungan tu izu ade paper 
Inter-Microeconomics. Izu tak pegi sbb nak hantar qila 
ke Hospital Selayang. 

Pagi semalam izu rujuk perkara tu ke G/Office 
Kulliyyah of Economics & Management Sciences 
(KENMS) dgn harapan akan ada satu special exam 
utk ganti paper yg tertinggal tu. Tapi kena bayar 
RM100 la pulak..AnR minta katanya. Bayar masa 
nak register semester 3 nanti.

Tak tau lagi nak respon apa...huh!

Wednesday, April 15, 2009

Langkah tercipta..


Entah kenapa lirik lagu ni seakan menyuntik semangat yg membara. Layan...
>>Esok last paper!

Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian...

Allah…
Inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam, lemah daya,
haruskah aku mengalah, namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan...

Dan langkahku kini terbuka, pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan), tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan,
setiap diri insan...

Allah…
Pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku, kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta...

Daku mohon agung kudratMu, wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu...

Lagu : Bazli / Lirik : Bazli & Atie

*dengar, hayati & download kalau nak..

Monday, April 13, 2009

Ceritakan segalanya..

Letihnyee..
Tak study pun letih ke..hehe..
Sapee la nih.. .

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009


Alhamdulillah, dalam izu sibuk2 jaga qila yg masih belum pulih, smpat jugak izu siapkan satu projek utk Darussalam Int'l Publishing & Distribution Sdn Bhd iaitu 'flyer' yg akan diedarkan semasa  berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 nanti..

Di pesta buku ni kita boleh dapatkan bahan-bahan bacaan yang terkini dan berkualiti selain berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pesta buku yang bermula sejak 28 tahun lalu ni jugak merupakan satu acara utama bagi industri buku di Malaysia.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 ini akan berlangsung seperti berikut; 

Tarikh : 17-26 April 2009 / Waktu dibuka; 10.00 am hingga 8.00 pm (Isnin-Khamis) / 10.00 am hingga 9.00 pm (Jumaat-Ahad) / Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur / Masuk percuma.

Banyak lagi aktiviti lain yg disediakan...

Boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Pesta Buku Antarabangsa 2009 ni kat sini.

Friday, April 10, 2009

Tiada lagi penantian..


Isteri abang Manje..

Allah tu Maha Adil kan..
Semestinya Allah ada alasan kenapa Dia perlu gugurkan kandungan Manja, anak kita..

Kita belajar daripada pengalaman..Pastikan kandungan akan datang milik kita..Ye Manja..

Thursday, April 9, 2009

Doakan agar kandungan qila selamat..


"Dekat sini hanya buat follow up utk kandungan 4bulan dan ke atas je.." terang seorang jururawat yang bertugas dekat kaunter Pusat Kesihatan UIA petang tadi. "Untuk peringkat awal ni adik kena pergi klinik kesihatan la dulu.." tambahnya.

Kami bergegas ke Hospital Selayang utk dapatkan pemeriksaan awal dan scan kandungan. Tapi jawapan yang mengecewakan juga menanti di kaunter Hospital Selayang. Rupanya Hospital Selayang hanya melayan kandungan yang bermasalah. Mereka perlukan surat rujukan dari klinik kesihatan atau klinik swasta. Hampa dengan situasi yang sedang kami hadapi, kami terus pulang ke rumah. Hajatnya nak pergi klinik esok hari je. Tapi bila sampai rumah, pendarahan pulak berlaku. Ya Allah...ape dah jadi nih..

Tak fikir panjang lagi..kami terus ke klinik swasta yg berada tak jauh dr rumah. Mahal pun mahal la..

Sampai klinik, doktor scan kandungan dulu. Tapi tak jumpe pulak 'rumah baby' tu. Hmm..Suspen betul. Doktor bagi 3 andaian awal; 1) belum dapat di kesan, 2) keguguran 3) kandungan luar rahim. Lepas tu doktor bagi surat rujukan ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Total charge: Rm30...boleh tahan.

Keluar dr klinik, kami singgah di Pejabat Urusan Dimaz Delima Industries Sdn Bhd (dekat2 situ jugak). Kak Zainab (Pengarah Urusan) bagi kata-kata semangat dan cadangkan jalan keluar utk masalah ni. Tengok la macamana esok. Kak Zainab nak bawak qila jumpe doktor pakar dekat Pusat Perubatan Az-Zahrah..dekat Bangi.

Doakan agar kandungan qila selamat. Mungkin qila agak renyah sikit hari ni..

Sunday, April 5, 2009

Doakan keselamatannye...yek!

Ape ni?..
hCG (Human Chorionic Gonadotropin)..
Alat utk mengesan kehamilan..
2 line tu maksudnya positif..dan kami bakal jadi Mama & Walid..

InsyaAllah due 4 Disember ni..(^^)

Doakan keselamatannye...yek!


ALLAHUMMA AHFAZH WALADII MAADAAMA FII BATNII, WASYFIHI ANTA SYAAFIN LAA SYIFAA'A ILLAA SYIFAA'UKA, SYIFAA'AN LAA YUGHAADIRU SAKAMAN. ALLAHUMMA AKHRIJHU MIN BATHNII YAWMA WILAADATIHI SAHLAN WATASLIIMAN. ALLAHUMMA AJALHU SAHIIHAN KAAMILAN KHAZIQAN 'AAQILAN 'AALIMAN 'AAMILAN, ZAKIYYAN MU'MINAN SAALIHAN, ALLAHUMMA AHSIN KHULUQAHU WAFSAH LISAANAHU WA AHSIN SAWTAHU, LIQIRAA'ATILQURAANI WALHADIITSI, BIBARAKATI SAYYIDINAA MUHAMMADIN SALLALLAAHU ALAYHI WASALLAM.

Ertinya:
"Ya Allah, jagalah anak yang sedang berada di dalam kandunganku ini; berilah
dia kesembuhan karena tiada siapa yang memberinya selain Engkau juga,
kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan-kesan yang tidak elok.
Ya Allah, keluarkanlah ia dari perutku dengan cara yang paling mudah dan selamat.
Ya Allah, kurniakanlah kepadanya kesehatan, kecerdikan, pengamalan dan ilmu.
Ya Allah, jadikanlah ia anak yang berbudi bahasa, pandai becakap serta merdu
suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis, dengan berkat penghulu kami Mabi
Muhammad S.A.W."