Wednesday, April 20, 2011

Buat buku merah (part 1)




Bismillahirrahmanirrahim..


Melihat 2 line di pregnancy test memang sangat tidak disangka-sangka. 2x kami buat ujian sndiri sebelum ke klinik kerana macam tak yakin dengan ujian pertama. Setelah dikonfirmkan di klinik, yg Qila memang betul2 telah hamil, kami pun mencari masa utk mendaftarkan kehamilan ini (buat buku merah). Inilah pengalaman pertama kami sebab kehamilan yang dulu tak sempat didaftarkan.



::11 April 2011::

Selepas bersarapan, kami pun menuju ke Klinik Kesihatan Selayang Baru, lebih khusus lg, Klinik Ibu dan Anak. Ramainya orang masa kami sampai kt klinik. Majoritinya dengan perut yang berbagai saiz..hihi..Tanpa membuang masa, kami terus ke kaunter untuk bertanyakan apa yang patut dibuat.

"Untuk kes baru, letakkan i/c dlm bakul tu ye. Dan sekarang adik buat urine test, ukur tinggi dan timbang berat" jawab nurse yg bertugas di kaunter itu.

Lepas buat ketiga2 ujian tu, kami duduk semula. Setelah agak lama menunggu, Qila yang sedang asyik membaca majalah Pa&Ma ditepuk oleh Izu:

"nurse tu panggil nama"

Qila pun terusla ke kaunter depan..sebab qila tak dengar pun nama yang dipanggil tu. Tiba-tiba nurse tu macam buat muka confuse dan dia terus tengok balik nama yg dia panggil.

"Kogilla a/p...."

"ehh.....hehehe.." sambil dua2 tergelak.

"Adik, adik kes baru. Nanti ada yang panggil nama untuk masuk bilik kat sana. Bukan kt sini ye.."

Qila duduk semula. "Itu nama orang India la abang...abg ni....kn dah kena gelak.."
Kami bertiga tergelak2...hihihi...malunyaa..

Akhirnya nama Qila yg sebenar dipanggil..hehe..Qila pun masuk ke bilik yang dikatakan oleh nurse tadi. Dia ambil segala detail2 tentang Qila, suami, sejarah penyakit keluarga, sejarah kehamilan sebelum ini..dan lain2 la. Selepas selesai part yg ini, Qila dikehendaki ke makmal untuk ambil darah pulak..Nurse cakap, untuk first time ni kita ambil banyak skit lah, dlm 2 tabung..sebab kita nak buat banyak ujian.

Adooii...yang ini Qila sangat tak ternanti2..Masa nak buat ujian HIV masa nak kahwin dulu pun, sampai hampir pitam lepas diambil darah. Mana taknye, orang lain setitik, Qila setabung penuh..

Sampai giliran Qila untuk diambil darah, Izu pun sama ke depan (berdiri sedikit jauh di belakang nurse sambil mengadap Qila)..

"kak, sakit tak kena inject?" qila tanya.

"hehe..tak sakit pun dik. kalau takut, jgn tengok eh"

"em, ok. banyak sangat ke nak amik darah?"

"2 tabung je...ok, adik tengok tempat lain"

Izu di depan tu cuba mengalih perhatian Qila. Sambil gelak2, tunjuk bunga2 lah..dah macam badut pun ada Qila tengok..hehe..Qila pun macam tengah terlupa yang Qila akan diinject bila2 masa je tu.

Tiba-tiba, dah siap dah pun proses mengambil darah...yeeaayyyy!!! lepas ni mesti dah tak takut dah..sebab pglmn latest ni, menunjukkan tak sakit pun..=)

* InsyaAllah, Qila akan sambung kisah Buat buku merah lagi selepas ini.




Truly,

9 comments:

akmal said...

tahniah qila n izu..^___^

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..tahniah kak..penantian yg sangat lama akhirnya Allah beri jua rezeki ni..take care..salam alaik..

Sy nantikan entry seterusnya..;)

Sajida said...

org gelak kuat baca nama baru qila tu! hihihi...

i am glad that u r happy now. takmo sedih2 tau qila. :)

ingat tak org pnah ckp yg qila maybe pregnant time org pregnant... hehe. kebetulan.

layla_elyas said...

sedih sape dapat nama kogilla....................huhuhu

Ummu Iffah said...

Thniah Qila ! and izu jugak..

syazwaniadnan said...

qila, kenapa sampai setabung penuh darah awk kena ambil utk HIV test?

izuqila said...

akmal: thanks to both of u..=)

nurulhidayani: terima kasih..ya,penantian yang agak lama. akhirnya Allah makbulkan..alhamdulillah..(^_^)

dan terima kasih kerana sudi mengikuti blog ini..=)

sajid: uit, 2 bukan nama orang lahh!! hehehe..

orang igt sgt sajid..xsangke jd kenyataan!..huhhu..

izuqila said...

layla_elyas: xsedih pun...sebab tu memang org india..hehe..lain lah klu org melayu punye nama..

ummu iffah: terima kasih mut..dan juga imran..hehe..(^_^)

syazwani: entah le..agaknye klinik tu jual darah kita @ buat stok klinik die kot..hehe..

Sajida said...

rasanya yg setabung tu bukan utk hiv semata tapi nak tgk darah merah kot? atau utk macam2 tujuan lagila. RD la, jenis darah la..