Thursday, April 14, 2011

KEHANGATAN BOOTH PTS SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011

Waaah..macam-macam ada. Bertambah semangat rasanya nk pergi booth PTS dekat Pesta Buku Antarabangsa kali ni. PTS memang selalu buat aktiviti yang menarik sama ada sebelum atau semasa berlangsungnya satu-satu program.

Contoh aktiviti sebelum pesta buku bermula adalah seperti apa yang kami sedang buat ni; letak banner PTS, dan berpeluang dpt
KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Kami pernah dapat hadiah yg dijanjikan dengan mengiklan peraduan 'PTS: Baca & menang' sebelum ni (rujuk sini, dan sini), dan harapnya kali ni dapat lagi..walaupun agak lewat..huuu

Aktiviti semasa pesta berlangsung pulak 'toksah' cakap la..macam-macam ada..antaranya:
  1. Buku: Sekurang-kurangnya 1,200 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, resipi, motivasi, bisnes, novel islami, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.
  2. Diskaun: Diskaun standard yang diberikan adalah 15%. Nikmati diskaun setinggi 30% dengan menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Bagi rombongan pelajar berbaju sekolah, diskaun yang diberikan ialah 25%.
  3. Buku percuma: Bagi 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari, mereka akan dihadiahkan senaskhah buku percuma terbitan PTS.
  4. Hamper percuma: Bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas (selepas diskaun) setiap hari, ada hadiah hamper percuma bernilai RM50 menanti mereka.
  5. Beg percuma: Bagi pembelian buku melebihi RM150 (selepas diskaun) dalam satu resit, tuan dan puan akan dihadiahkan satu non-wooven bag berlogo PTS yang cantik.
  6. Bookmark percuma: Ada 18 desain bookmark PTS yang disediakan. Pelanggan boleh pilih bookmark yang disukai. PTS mencetak 54,000 keping bookmark kali ini..
Jadi..moh ler kite..:)

Tarikh: 22 April - 1 Mei
Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis), 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)

* Jadi Fan Facebook PTS pun boleh dapat diskaun jugek tau! Boleh claim 1 buku free lagi..yg penting daftar.

No comments: