Friday, August 5, 2011

Suasana baru




Bismillah..

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan Qila menamatkan sesi pembelajaran kt Uia..nak kata seronok sangat pun tidak, gembira sangat pun tidak.

Tiada perkataan yang sesuai nk gmbarkn perasaan Qila. Apa yang penting, Qila sdg mengalami suatu perubahan gaya hidup..dari seorang pelajar, kepada seorang pekerja..sepenuh masa..hehe..
(haa...baru tau macamane rase org bekerja..)

Selesai je paper terakhir final hr sabtu 2 Julai 2011, Qila ambil keputusan utk kerja hr Isnin 4 Julai tu..Ramai ckp cepatnye..tp Qila fikir, duduk rumh pun sorang2..Encik Izu pulak balik dh nk mlm, baik Qila kerja jugak. Terisi sikit masa.

Qila skrg bekerja di Dimaz Delima Industries Sdn Bhd..sebuah syarikat bumiputera yang membuat produk berasaskan herba. Pengasas syarikat ni (suami isteri) dn anak sedara diorang la yg byk bntu Qila masa Qila gugur dulu. Berkejar nk ke hospital..maklumlah, masa tu tak ada kereta lagi. Takkan nk pegi hospital naik motor..

Sebab tu, diorang antara yang terawal Qila bgtau ttg kehamilan kali ini..Hubungan Qila dgn Izu dgn diorang ni lebih dikatakan family-based relationship..

Semoga Allah mengekalkan hubungan baik yang terjalin ini dan dijauhkan dr fitnah..(^_^)

Berbalik pada cerita asal, antara kelainan yang Qila rase pertama2nya mestilah jadual waktu.

Kita dh tak boleh tentukan jadual harian kita (mcm kita susun jadual kelas dulu). Nak kelas pagi je ke..petang nk buat assg la.

Sekarang takde..pagi, kite mesti ke ofis..itu dah jadi tanggungjawab orang bekerja. Pukul 6ptg, balik..

Di ofis, Qila cube utk elakkan buat kerja2 personal. Itu amanah yang cube Qila pegang. Klu tengah takde kerja skali pun, Qila akan cuba fikirkan sesuatu penambahbaikan utk syarikat..

Tapi kalau Qila rasa nk buat hal sndri jugak, Qila akan cuba gnti balikla waktu yang Qila pakai tu. Ini semua Qila belajar dr Encik Izu. Itu pesanan dia pd Qila dulu.

Kononnya balik rumah tu, Qila nk update blog la..nk buat itu, ini..smpai2 rumah, tempat baring dituju dulu...habisla program..=)

Orang letih disorong bantal..tp kerja Qila takdela berat sgt pun..

atau mungkin jugak time2 mengandung ni buat Qila jd lebih cepat letih..hehe..(alasan)..

Tapi Alhamdulillah, sekarang Qila dh boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru. Kita enjoy bile kita dapat buat kerja yang kita minat..kn..=)

Puan Zainab dan En. Che Musa (pengasas Dimaz) memang dr Qila belum habis belajar dah sebut2, nnt hbis belajar boleh kerja dgn Dimaz.. Pada asalnya, Izu lah yang bekerja dgn Dimaz sbg designer on-call. Tapi Qila dgn Izu mana pernah berenggang. Asal dipanggil, dtg berdua.

Katanya senang dapat pekerja suami-isteri..Tp Qila sorang je yang full-time. Izu akn bt design bila diperlukan sebab Izu masih bekerja di syarikat bekas lecturer khat kami dulu. (Jar Khat & Design).


Truly,


3 comments:

ummuabdullahsyaakir said...

ASsalam,Qila.Tak terlambat lagi akk nak ucapkn Slmt Bpuasa.

Maaf dh lma tak ksini,seronknya Qila dh bekerja..akk rsa tak sabar pulak nak pegang duit sendiri..

MOga Allah memberkati hidup Qila sefamily dan dpmudahkn segla urusn.

Salam Rindu dari Egypt...kiss utk baby kat dlm tu yea.Jga dri,dik.

izuqila said...

Wsalam...
Selamat berpuasa juge utk akak..=))

itulah akak..yg seronoknye bekerja ni bile kita dpt pegang sndri, duit yg kita usahakan. Yang kurang seronoknya, masa la..agak terbatas dn kena pndai susun atur program harian kita..

Ape pun, terima kasih sbb sudi lawat blog qila dn izu. Semoga Allah permudahkan segala urusan dn pmbljaran akk di sana.

Kt sini jugak, qila nk ucapkn takziah atas 'pemergian yang pasti' itu..semoga akak lebih kuat & tabah dr saya.

Unknown said...

Easily, the article is actually the best topic on this registry related issue. I fit in with your conclusions and will eagerly look forward to your next updates. Just saying thanks will not just be sufficient, for the fantasti c lucidity in your writing. I will instantly grab your rss feed to stay informed of any updates. 100% Polyester Melange