Followers

Saturday, February 26, 2011

Perancangan Allah




Nabi Zakaria dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya pada usianya yang sudah lanjut sementara isterinya adalah seorang wanita tua yang mandul dengan maksud agar manusia tidak pernah berputus asa terhadap kurnia dan rahmat Allah swt, sebagaimana firman-Nya:


Ertinya : “(yang dibacakan Ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (QS. Maryam : 2 – 3)


Mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Zakaria di atas, sekuat manalah ujian yang Allah beri pada kita jika dibandingkan dgn Nabi Zakaria ini, tidak dilontarkanNya ujian diluar kekuatan setiap diri insan..Lagi pun ramai lagi di luar sana yang diuji dengan bermacam-macam bentuk ujian. Bisik hatiku.."Inilah dugaan.."

Maka bersabarlah hati..(^_^)


::23 Februari 2011::


Ketidakselesaan badan sejak akhir-akhir ini membuatkan qila tergerak hati untuk ke klinik. Mungkin disebabkan tenaga yang dikeluarkan melebihi tenaga yang masuk ke dalam badan...ditambah lagi dengan sakit kepala yang makin menjadi-jadi..

Qila ni sebenarnya bukanlah jenis yang mudah untuk diajak ke klinik. Namun setelah dipujuk, akhirnya qila akur.

Perancangan diatur. Selesai kelas tahfiz pukul 12.50pm, Qila dan Izu ke kafe untuk makan tengahari.

Selepas itu, kami terus menuju ke klinik UIA. Dipendekkan cerita, doktor membuat ‘surat refer’ untuk Qila ke HKL atau mana-mana hospital kerajaan untuk melakukan ultra-sound.

Bimbang jika ada sebarang kemungkinan yang doktor di sini tidak dapat pastikan. Menurutnya tiada sebarang masalah, cuma untuk lebih kepastian, Qila digalakkan untuk ke hospital.

Antara tujuan lain kami ke klinik adalah disebabkan peristiwa 16 April 2009..keguguran yang memberi 1001 hikmah buat kami suatu ketika dahulu. Menjawab soalan doktor tentang tarikh gugur dulu, membuat hati Qila kembali terkenang saat-saat itu.

Tak sangka dah hampir 2 tahun dari tarikh tu..namun belum menampakkan sebarang tanda lagi. Mungkin belum sampai masanya.

Selesai urusan di klinik, kami ke masjid untuk solat. Airmata yang ditahan sejak dari tadi kini tumpah jua. Qila menangis semahunya..tanpa mempedulikan jika ada mata-mata yang memandang.


Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ameen...


Ya!...Allah sudah merancang sesuatu yang paling terbaik buat Qila & Izu..

---> Ketentuan Allah adalah rahsia Allah..<---


Bibirku kembali mengukir senyuman. Tiada yang perlu disedihkan..cuma terkenangkan peristiwa lalu..



Kepada “si dia”, terima kasih kerana sentiasa memberi kekuatan pada Qila..

Kaki ini meneruskan langkah untuk ke kelas Jarh wa Ta’dil petang itu..(dlm hati berfikir supaya tak ada yang perasan yang Qila baru lepas menangis)...


Truly,

Thursday, February 24, 2011

Sedetik Lebih; Andai liriknya begini..



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan-Mu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan-Mu

Ternyata ku perlukan cinta dari diri-Mu Tuhan
Barulah terasa ku bernyawa

Tuhanku…ku amat mencintai Engkau
Kerana Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya Engkau
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya Engkau


Lirik Asal : Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim.
Nyanyian : Anuar Zain

Saturday, February 19, 2011

Kini berwajah baru!




"Saat ini, jam sudah menunjukkan pukul 4:16am, namun masih tiada tanda-tanda mereka akan tidur. Malah kedua-duanya sedang tekun melakukan hal masing-masing di depan komputer.
Agaknya apa yang sedang mereka lakukan?..."

'Mereka' yg dimaksudkan ialah saya dan incik suami..hehe..entah kenapa malam ni, masing-masing tak mengantuk langsung pulak. Mungkin sebab esok takde kelas..jadi takde ape yg perlu dirisaukan kalau esok "we're somebody" dalam erti kata lain, agak "ting tong" skit. Tapi jangan buat selalu ye..tak baik untuk kesihatan.

Oleh kerana mata belum nak tido, izu pun menyiapkan tempahan2 design..qila? Qila tgh susun dokumen2 dalam laptop ni. Sebahagian besar dokumen qila masih dlm dvd sebab masa pc qila nk dijual, qila burn file2 dlm dvd. Mane yang penting, qila transfer ke laptop. File2 lain, bile nk guna, baru qila amik.

Selesai yang tu, qila update blog yang dah lame kesepian ni. Sebelum ni, qila tak tahu kenapa qila rase agak kurang bersemangat nk buka blog..mungkin membawa diri..tapi sampai bile..Alhamdulillah, akhirnya qila sedar yang qila perlu ikhlaskan hati seikhlasnya untuk terima apa jua yang Allah dah tentukan untuk hidup qila dan izu..

Jadi untuk menghilangkan dan mengubati kesedihan lalu, qila ubah penampilan blog ni supaya nampak lebih ceria, simple, dengan semangat yang baru. Dan kepada yang datang bertandang, "Ahlan Wasahlan" saya ucapkan!..jangan lupa tinggalkan jejak anda disini ye!....(^_^)



Truly,

Saturday, February 12, 2011

:: Blog sedang dikemaskini ::



I'm back!!
Alhamdulillah..qila sedang dlm proses mengemaskini blog ni..
Berwajah baru, semangat baru..(^_^)

"hapus airmatamu dan jangan bersedih..." hehehe...