Rabu minggu lepas...Cuti nuzul Quran disambut sederhana. Petangnya rakan-rakan PKPIM datang berbuka di rumah. 2 kete 1 motor. Brothers 5 orang;- Kemey, Ijat, Fahmi, Adam & Halim, Sisters 7 orang;- k.Siti, Balqis yuyi, Tiqah, k.Zura, k.Su, Raudhah, Eton.
Sister sampai awal dan sama-sama sediakan juadah.
Seronok masak ramai2! Brothers sampai lewat...orang dah azan baru nak naik tangge.
qila: yeke dh naik tangge..ntah2 baru bertolak..hehe.
Sungguh meriah malam tu.. ada mase datang la lagi ek!
Lebih kurang 9malam semua balik. Settled.
Pagi semalam...
Sekitar pukul 3pagi, arwah Hambali (sepupu qila, anak Mak Usu) hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa. Arwah pergi semasa kita sedang enak dibuai mimpi..bertarung dgn maut seorg diri. 8pagi, izuqila berangkat ke Masjid Ulu Kelang untuk ziarah jenazah arwah Hambali yang sudah dahulu sampai dari Rawang. Setibanya kami, arwah sedang dimandikan oleh ayahnya (Pak Usu) yg baru tiba dari Penang dan adik lelakinya sebelum dikafankan dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan di pekarangan masjid.. Suasana suram membangkitkan rasa sedih dan pilu..melihat 'anak istimewa' yg telah diambil Allah rohnya. Terdetik di hati; " bilakah pula giliran diri ini??..". Astaghfirullah....
Salam takziah buat Pak Usu dan Mak Usu sekeluarga. Arwah Hambali selayaknya milik Allah. Yakinlah, syurga menantinya. Alfaatihah....
Malam semalam...
Abg Long, Kak Long, Anis, Mira, Iman, Angah,Kak Ngah dan Epah berbuka dekat rumah. Dah lama tak berbuka ramai2 macam mase kecik2 dulu...heh...best. Tapi yang ni lagi best pasal ade Anis, Mira dan Aiman (anak buah) yang 'tomey2'...dalam masa yang sama kurang best sebab ahli keluarga yang lain tak de sekali..huhu
Dalam pukul 9malam, semua berangkat pulang. Abg Long balik Bangi, Angah ke PJ hantar Kak Ngah dan Epah sebelum ke Seremban. Buat sementara waktu ni, Angah dan Kak Ngah duk lain2, sebab Kak Ngah tak dapat tukar kerja lagi. Settled.
Dalam pukul 9malam, semua berangkat pulang. Abg Long balik Bangi, Angah ke PJ hantar Kak Ngah dan Epah sebelum ke Seremban. Buat sementara waktu ni, Angah dan Kak Ngah duk lain2, sebab Kak Ngah tak dapat tukar kerja lagi. Settled.
Tahniah buat rakan sekolah izu, Mutmainnah Yusuf dan suami (Imran) yang baru dapat baby perempuan; Iffah Mardhiyyah. Semoga jadi anak yang solehah..Aamin.
"Nak jugak!" ujar izuqila teruje.