Showing posts with label design. Show all posts
Showing posts with label design. Show all posts

Saturday, September 12, 2009

zaman sibuk hari tu..

Berikut design2 yg izu belum letak kat sini..


Logo Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya - (retouch)




Tag Program UIA




Cover Katalog dari 3 Syarikat Antarabangsa,
yg diuruskan oleh Darussalam Malaysia





Business Card Faisal's Videostudio



Banner Tuisyen Rakyat Percuma

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem..

Wishing a very blessed Ramadhan 1430H for all Muslims around the world . Colours your Ramadhan with great ibadah.

Wednesday, July 29, 2009

Kongres Pelajar

Hmm..baru je siapkan design poster Kongres pelajar
..Sile datang...
klik pada gambar utk paparan yg lebih jelaz.

Thursday, July 23, 2009

Jom terbang!

Ceeeh..
Tajuk nak gempak je...
Ni program terbaru yg izu 'design'kan 'banner&flyer'nya. Flyer izu tak letak la..sbb design dia lebih kurang je dengan banner; ubah kesdudukan sikit-sikit je. Kali ini dianjurkan oleh Biro Belia & Biro Wanita Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 PJ, ataupun lebih dikenali sebagai 'Masjid Bulat'. Pengisiannya memang menarik; di mana angkasawan negara sendiri yang akan menceritakan pengalaman beliau menjadi rakyat Malaysia pertama keluar bumi. Sesuai bagi mereka yang kagum dengan ciptaan Maha Sempurna Allah. Semoga tertumpah iktibar dan hidayah bagi mereka yang cintakan ilmu.

*Penyertaan daripada para pembaca blog ini sangat/amat/terlalu dialu-alukan.

Sunday, July 5, 2009

Jom bersihkan rumah DIA!

Alhamdulillah..ni design terbaru yang sempat disiapkan dlm masa 6jam..agak perit utk siapkan design ni sebab job dpt malam, tapi nak pagi esoknya..maka izu pun pulun la dr pkul 3pg..sampai 9pg..tu pun rasa macam tak puas hati lagi dgn warna & susunan design ni..maklum la..belum sampai tahap professional designer lg..photoshop pun blajar sendiri2 je..hehe..

Kenapa start pkul 3pg?? hee..mlm tu, izu&qila kemas rumah..susun balik kedudukan perabot dlm rumah..asalnye nak bawak keluar PC izu ke ruang tamu je..tp disebabkan nak bg sesuai dengan tuntutan ruang (rumah sempit..), terpaksa la ubah barang2 lain skali..PC izu dh hidup balik selepas lebih 3bulan cuti sakit..hard disk eksiden...nasib baik Opie(abang qila&masih single) ade hard disk yg dia tak guna..walaupun 40Gb je, tp dh lbh dr cukup untuk hidupkan balik desktop PC ni..izu letak 35Gb untuk C:\, dan 3Gb lebih utk D:\...tak cukup 40Gb eh??...biase la tu..hehe..nanti nak cari external HDD pulak..kalau ade duit lebey la.....uh.

Terlanjur dh kempen design kat atas tu, nak ajak skali la sape2 yg punya masa utk sama2 join program tersebut..banyak kebaikan yg Allah janjikan...itu semestinye.

Monday, June 1, 2009

Double wish..

Umi cakap abang lahir tengahari, jd izu bg tengahari la..hehe

Kad ini di'tag' kpd: 
1) Abang    
Copy dan paste dekat blog kalian.

Sunday, May 31, 2009

Kad perniagaan pertama.

Hmm..first time design business card. Harap2 design tu sesuai  dengan perniagaan yg dibuat dan Baihaqi (pelanggan) puas hati dgn design tu. Ada beberapa perkara baru yg perlu diambil berat dalam nak siapkan business card ni. Antaranya, saiz standard, penggunaan warna CYMK (izu biasa guna RGB), saiz tulisan & design yg sesuai. Izu lebih tertarik utk buat design yg simple & tak formal. Tapi, kalau kena buat utk org yang jual kamus..kamus bahasa arab pulak, takkan nak buat design yg berterabur & tak tentu hale (tak formal). Hasilnya, business card pertama ni nampak mcm tak formal, tapi masih ada ciri2 formal dia. Anda nilaikan.

Saturday, May 23, 2009

Doakan kami kekal bahagia...

Bicara ini dari hati
Untuk dikongsi di kamar hati seorang isteri
Kaulah insan terdekat
Teman kembara kehidupan yang singkat
Bahagia dan derita kita berkait rapat

Aku hanya seorang suami
Yang menerima satu amanah
Termetrai di majlis akad nikah
Beberapa musim yang lalu...

Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa
rupanya syurga itu amat tinggi maharnya.

Doakan kebahagiaan kami..=)

Tag & Banner..beres!

Minggu ni ada dua projek; tag 'Program Pelajar Cemerlang' under BEDSA (Bachelor of Education Students' Association) dan banner 'Kelas Bahasa Arab anjuran Surau Al-Falah & Pusat Bhs Arab Al-Diwan'. Banner ni projek 'tiba-tiba', dapat hari ni-nak esok..Nasib baik Al-Diwan mintak design yg ringan dan simple je.
AlhamdulilLah..dua-dua dh selesai & baru je submit semalam..



>> Macam biasa, terbuka utk sebarang komen.

Monday, April 13, 2009

Ceritakan segalanya..

Letihnyee..
Tak study pun letih ke..hehe..
Sapee la nih.. .

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009


Alhamdulillah, dalam izu sibuk2 jaga qila yg masih belum pulih, smpat jugak izu siapkan satu projek utk Darussalam Int'l Publishing & Distribution Sdn Bhd iaitu 'flyer' yg akan diedarkan semasa  berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 nanti..

Di pesta buku ni kita boleh dapatkan bahan-bahan bacaan yang terkini dan berkualiti selain berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pesta buku yang bermula sejak 28 tahun lalu ni jugak merupakan satu acara utama bagi industri buku di Malaysia.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 ini akan berlangsung seperti berikut; 

Tarikh : 17-26 April 2009 / Waktu dibuka; 10.00 am hingga 8.00 pm (Isnin-Khamis) / 10.00 am hingga 9.00 pm (Jumaat-Ahad) / Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur / Masuk percuma.

Banyak lagi aktiviti lain yg disediakan...

Boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Pesta Buku Antarabangsa 2009 ni kat sini.

Friday, April 10, 2009

Tiada lagi penantian..


Isteri abang Manje..

Allah tu Maha Adil kan..
Semestinya Allah ada alasan kenapa Dia perlu gugurkan kandungan Manja, anak kita..

Kita belajar daripada pengalaman..Pastikan kandungan akan datang milik kita..Ye Manja..

Friday, March 20, 2009

Tag Muktamar Sanawi ke-12 PKPIM UIAM










































Tempahan tag terbaru..Ni versi-versi tag utk muktamar pkpim.. Tak tau la ape pandangan orang. Mungkin kelihatan agak serabut..banyak sgt jenis font dipakai..dan mungkin warne kurang menarik.. Ape2 pun, komen yg membina dialu-alukan..Boleh komen sikit??

p/s: some alteration on the tag's info hve been done.

Wednesday, March 18, 2009

Kalau tak mule dari skrg, bile lg...ye tak?

بسم الله الرحمن الرحيم
Bermula dengan sebuah perkahwinan (di rumh phak prempuan)..,
kami seterusnya memulakan pengajian semester 1 07/08 di IIUM Gombak pula. Memandangkan cuti yg terhad, kami hanya dpt melangsungkan majlis kami di sebelah pihak lelaki setelah habis semester 1..yg mana kad jemputannya direka sndri oleh Izu dn disunting oleh Qila.

Bermula dgn hasil kerja pertama ni, kami mula menerima tempahan design dr rakan2 (ape2 jenis design). Antaranya rekaan logo syarikat & persatuan, watikah merdeka utk konvoi merdeka (ditndatangani oleh MB Phg), tag, brochure, banner, sijil, poster dll. 2 org abg izu yg berkahwin selepas kami pun menggunakan khidmat izu utk kad kahwin mereka..
Al-maklum la..izu kan langkah 2 bendul...kehehe.


Sehingga kini kami masih menerima tempahan design. Tapi lebih kepada tempahan tulisan 'Arabic Calligraphy (khat)', sama ada dlm bntuk rubberstamp atau ape2 je la, disamping menyediakan arabic sticker keyboard utk pgguna2 keyboard arab.

(Sekretariat Dakwah Negeri Pahang)

Izu juga merupakan designer bg produk herba Dimaz Delima industries Sdn Bhd. Izu ditugaskan utk mengubah design2 yg sedia ada kepada yg lebih elegan dan komersil. Setakat ini izu baru selesai 3 produk..


(Ada satu lg, tapi takde pulak gambar die)

Alhamdulillah, baru2 ini (Isnin, 16 Mac 09) kami telah pun mendaftarkan perniagaan kami ini. Maka dengan ini tertubuhla "eyeQreative Studio Enterprise" yg berpusat di rumh kami sndri;
69-2B, Jln 3, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, S'gor.

eyeQ - asal dr 'IQ' - Intelligence Quotient, juga memberi maksud 'Izu & Qila'.

Qreative - 'kreatif', hmm..

eyeQreative - mata yg kreatif...

Ape2 pun, semua ni merupakan jentikan awal ke arah perniagaan yg lebih matang di masa akan datang. Kalau tak mule dari skrg, bile lg...ye tak?

Thursday, February 12, 2009

Ade komen??


Ni projek yang terbaru..belum publish lagi..
Tag untuk program 'mentor mentee E.M.A.S' under 'Titian Wahyu Club'.

[14 Februari]
>>dah publish sebahagiannya.

[20 Februari]
>>beres dah.




Ade komen??

Kenape?? Teringin nak ade satu??..

Salam..
Hmm..Izu dan qila dah makin sibuk dengan urusan dunia..cari duit lebih sikit.
Terbaru, izu mula terlibat secara langsung dlm bisnes rubber stamp khat/jawi.
Tapi khat ni bukan izu sendiri yg buat. Tugas izu cuma edit khat yg telah ditulis oleh Symidi (penulis khat merangkap bos Izu) menggunakan perisian komputer yg dikenali sebagai Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Kadang2 Symidi perlukan bantuan Nazri (kawan kami) utk tulis khat (kalau khat tu susah nak buat, ataupun byk sgt tempahan). Secara tak langsung kami mempersembahkan hasil tulisan khat yg asli kepada pelanggan, bukan guna arabic fonts yg ada dalam komputer.
Huu..Best tak?..

Ni contoh2 khat yg dah siap...













Nak kate banyak untungnye takde la sgt kalau nak dibandingkan dgn kesulitan yang dihadapi utk siapkan satu khat..nak edit pun leceh.

Kenape?? Teringin nak ade satu??...hehe
email izu;
eyeqreativestudio@yahoo.com

Wednesday, December 17, 2008

Doakan yek!

Alhamdulillah, semalam izu dah siapkan lagi satu projek. Kali ni senior izu mase belajar dekat Kelantan dulu (Ust. Fauzan) bagi job untuk sediakan banner & arrow sign. Izu cume ade mase sehari je utk siapkan job ni. Mulanya takut jugak kalau2 tak siap, tapi sebab Ust.Fauzan mintak design yg simple je, izu terima job ni. 7 jam (5 pagi - 12 tghari) izu bersengkang mata + perah otak fikirkan design yg sesuai, akhirnya siap juge. Puas...
Temanya 'kebudak-budakkan'...

InsyaAllah, lepas ni ade lagi siri2 jobs yg akan sampai...
Semoga rezeki kami dimurahkan Allah. Doakan yek!


:: Doa Murah Rezeki ::

Selain daripada berusaha dan bertawakkal, kita juga amat dianjurkan untuk selalu berdoa dan memohon kepada Allah. Berikut adalah doa-doa murah rezeki yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita amalkan:

Doa Murah Rezeki

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku”

Riwayat Ahmad, at-Tirmizi.

Doa Murah Rezeki

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu” **

Riwayat at-Tirmizi.

Tuesday, November 18, 2008

Selesai lagi satu projek....

Ni kad kahwin abang-abang izu yg baru siap di'design'. Yg sbelah kanan ni abang izu no.2 (angah) yang dah selamat diijabkabulkan 16 Ogos lalu di Kuantan. Kira ni nak sambut menantu la. Buat serentak dengan Alang (abg no.3; kad sebelah kiri). Alang ni baru nak nikah 21 Disember ni dekat Ayer Paabas, Alor Gajah. Boleh rujuk kat peta pada kad. Sapa-sapa yang kenal dan ada kelapangan untuk hadir dijemput dengan segala hormatnya. Sila sila...

Monday, October 27, 2008

Tanpa kata, Tetap cinta!










Salam, hehh...
dah lame sangat tak update...
Maaf ye...insyaAllah lepas final.
Salam Ramadhan & Syawal semua.