Showing posts with label Takde keje. Show all posts
Showing posts with label Takde keje. Show all posts

Friday, December 11, 2009

merah


Ape yg korang nmpak dalam gambar ni?

Gambar ni diambik mse sem lpas..mse bru hbis klas xsilap...sem lpas slalu g uia awal..sbb ade klas kul 8pg..parking pn senang dpt...

kereta kami keta merah yg plg meyerlah dlm gmbr ni..huhu..
mse parkg keta ni, blakg2 tu ksong lg...nk balik je tgok, eh2, mcm cntik lak...beratur je merah2 ni..hehe...

Monday, November 23, 2009

Buku percuma..nak?

Anda ada blog?
Kalau ada, secara automatik anda boleh dapat sebuah buku percuma terbitan PTS - (namakan saja judul yang anda nak, asalkan harganya tak lebih RM25).

Syaratnya tak susah, cuma kena letak banner pertandingan 'PTS : Baca dan Menang' dekat blog. Kalau berminat, klik banner PTS di laman ni, dan klik tab 'BUKU PERCUMA' di laman web pertandingan 'PTS : Baca dan Menang'. Daftar dan tampal banner pada blog.

P/s: Jgn lupa sertai pertandingan 'PTS : Baca dan Menang' tu..macam2 hadiah best ade..mane tau ade rezeki dapat hadiah utama..

Selamat mencuba!

Tuesday, August 18, 2009

Teori ekonomi dalam rumahtangga.

Fixed cost (kos tetap) merupakan kos yang tidak selari dengan jumlah keluaran. Bermakna, pertambahan bilangan jumlah keluaran sesuatu produk tidak akan menambah atau mengurangkan fixed cost. Adapun variable cost (kos berubah) pula merupakan sebaliknya. Variable cost ialah kos yang bertambah, seiring dengan pertambahan jumlah keluaran. Contoh termudah bagi fixed cost ialah sewa rumah kediaman, manakala bagi variable cost pula ialah susu tepung bagi pasangan suami isteri yang mempunyai cahaya mata.

Perlukah mahar dijadikan fixed cost? Seorang lelaki yang 'risk averse' akan menjawab "Ya", dengan syarat nilainya mestilah pada kadar yang rendah. Mengapa perlunya syarat? Kerana, jumlah dan kualiti keluaran belum dapat dipastikan, sama ada mereka akan bahagiakah hidup bersama? atau mereka bakal punya zuriatkah jika disatukan?

Bagi perempuan yang yakin dirinya subur dan punya pekerti yg baik akan selantang-lantangnya menolak...mengapa? kerana dia sangat pasti yang kilangnya aktif dan kualiti hasil keluaranya mampu memenuhi permintaan pengguna. Oleh itu, menurut mereka adalah seharusnya mahar dijadikan variable cost dan bukanlah fixed cost. Seandainya ini yang berlaku, maka pihak lelaki perlu berdepan dengan kenyataan bahawa semakin baik pekerti bakal isterinya dan kemungkinan besar banyak zuriat yang mampu dihasilkan, semakin mahal mahar yang perlu dibayar.

Hasil keluaran yang banyak dan berkualiti akan menjamin pulangan yang sangat lumayan. Ini pastinya akan membantu sesebuah syarikat rumahtangga untuk berdaya saing dan kekal maju, seterusnya mengelak daripada berlakunya bankrupsi.

Bankrupsi dalam hubungan kekeluargaan membawa maksud perpecahan atau perceraian. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada bankrupsi rumahtangga, antaranya berlaku pecah amanah dalam syarikat, kegagalan dalam meneraju organisasi dan tiada persefahaman sesama anggota syarikat.

Pecah amanah dalam syarikat berlaku apabila suami atau isteri berlaku curang dan tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar terhadap struktur rumahtangga. Hari-hari yang dilalui tampak semakin suram dan akhirnya akan menjadi hitam legam.

Kegagalan menerajui organisasi berpunca daripada kurangnya ilmu dalam diri suami. Suami yang merasa terbeban dgn tanggungjawab akan cenderung utk memilih redha tuhan dari redha isteri semata. Memenuhi kehendak serta keinginan isteri tanpa menelusuri landasan agama secara kritikal bakal membawa kepada kancah yang maha dasyat. Kebebasan dan kesenangan yang difikirkan mampu memenangi hati insan tercinta akhirnya mengundang murka tuhan dan menduga pengakhiran yang ternyata buruk.

Seandainya seorang suami dikurniakan isteri yang beretika dan rajin bekerja, manakala si isteri memiliki majikan yang amat penyanyang dan bertanggungjawab, adakah hari-hari yang mendatang pasti membawa seribu keuntungan? Pusingan Ekonomi (economic circle) mengajar kita erti pasang surut kehidupan. Nasib manusia mutlak di atas tangan-Nya. Hanya Dia yang memahami setiap takdir yang dicipta. Ujian persefahaman antara lain bakal di titip ke atas insan yang disayangi-Nya.

Ujian adalah rahmat bg mereka yang mampu berfikir. Nah, maka di sini lah peri pentingnya memiliki suami yang fasih di bidang ekonomi. Setiap percaturan diteliti sebaik mungkin sebelum jalan keluar yang terakhir kali dinokhtah. mengapa ekonomi?? nanti sambung...

Friday, May 29, 2009

Thursday, May 14, 2009

jangan tak cuba!!


Ini adalah ujian kepantasan kita menaip..jom uji kemahiran kita!!
klik kt kotak di atas tu eh..
pastu bgtau markah korang kt sini..jgn x cuba!!

Monday, April 20, 2009

Terima kasih semua..

Hahha..Saje je.
Dah 3001..

Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
And (remember) when your Lord proclaimed: "If you give thanks (by accepting Faith and worshipping none but Allah), I will give you more (of My Blessings), but if you are thankless (i.e. disbelievers), verily! My Punishment is indeed severe."
(Surah Ibrahim:7)

Monday, April 13, 2009