Followers

Tuesday, October 18, 2011

Antenatal check-up (ke-8)

Bismillah..

Hari ini Qila ada appointment spt biasa..yg bezanya hr ni xkena amik darah spt appt2 yg dulu..sbb darah akan diambil sebulan sekali je..ni baru 1st-time appt 2 mggu sekali.

Dan hr ini jugak antara yg terlama la Qila rase pernah Qila tggu..Qila dtg dlm pukul 9.35am..pukul 10.30am, nama qila masih belum dipanggil. Sampai rasa mcm nak pitam tetibe td..ntah kenapa..mgkin sbb xmakan lg agaknya. Maka Encik Iju pun terus la ke cafe utk beli roti bg mengalas perut yg kosong td. Terima kasih lalink!=))

Setelah nama dipanggil, baru Qila tahu yg hr ni adalah hr berjumpa doktor. Nmpaknya lagi lamalah menunggu..Tengok skrin angka giliran tu mcm lmbt je gerak, kami ke cafe skali lg..kali ni Qila makanla sepinggan bihun..segelas milo..Alhamdulillah..brula rasa normal skit badan..hehe..

Di bilik doktor, doktor agak terkejut bila tau yg Qila xpernah discan walau sekali..(haa, tau terkejut..byk kali dh tnye..haha)..smpai Qila bt scan sndri di luar. Doktor minta Qila bwak report scan tu esok..

Dan satu lagi!!

Esok...awk kena bt ujian air gula ye..sbb awak ada sejarah keguguran masa anak pertama dulu.

haa???...ad0oii...sy pun kena jugak ke..dlm hati terfikir..biasanya yg bt ujian ni, yg beratnya naik mendadak dlm sebulan tu. Setakat ni, rasanya ok je semua..xexpect pulak kena jugak ujian perasaan dn jiwa ni..huhu..esok pulak tu..

So, mlm ni kena puasa la..start pukul 10mlm ke atas, dh xblh mkn..sbb esok pkul 8pg, dh kena dtg klinik semula utk bt ujian ni.

"ummmm...air gula tu best jela..sape kate nk muntah2.." (ayat penyedap hati..)



Truly,

Tuesday, September 20, 2011

Permata hati walid & mama (29 minggu)

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera buat pembaca blog yang setia datang berkunjung..sekalung ucapan terima kasih dr kami untuk semua.

Jumaat, 16 Sept 2011 baru2 ni, Qila berkesempatan untuk buat scan 3d/4d yang sangat2 kami nantikan..punyelah tak sabar Qila nak tunggu tarikh ni..berdebar pun ada..eheh..

Kami smpai dlm pukul 4.40pm..masa tu giliran yg ke-12. No Qila 16..Setiap orang dlm 25 minit katanya. Dlm pukul 5 lebih, nama Qila dipanggil....huh! dup dap dup dap....smbil melangkah masuk ke bilik dengan Encik Izu.

Setelah berborak2 smbil bersiap untuk scan, proses scan pun bermula..

Baby pulak macam tau2 je..die pun berdebar sama agaknye..tak berhenti beraksi. Smpaila kami nmpak apa yg dia buat kt dalam tu...(^___^)..

"Assalamualaikum anak walid dan mama...

bt ape tu sayang..?"

Terus dia buat muka manja2..kami jd pelik tengok..hehe

Muke yg ni lain dr gmbar2 yang lain..








* santainye anak mama ni..=))


*Alhamdulillah...atas ke'chubby'an pipinya..


"Saya dh mengantuklah walid..."



Qila tak jemu2 ulangtayang video ni..sebab nampak jelas muka baby..




Senyumanmu....(^__^)


Overall, Alhamdulillah..perkembangan baby sihat.
Syukur tidak terhingga bila melihat keadaan bayi yang mendiami rahimku berada dalam keadaan sihat & aktif..

Jutaan terima kasih ditujukan pd walid yang sangat bersabar melayan karenah mama sepanjang kehamilan ini..yg kadangkala menguji keimanannya.

Andai walid sedang membaca entri ini....
Mama mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan dn keterlanjuran yg disedari lebih2 lgi yang tidak disedari.
Semoga kemaafan ini blh membantu memudahkan proses bersalin nnt..

Dan dengan ini diisyhtiharkan baby ini akn ke dunia sebagai 'hero'..
Mohon doa dr semua agar segalanya berjalan lancar..
dan dipermudahkan...insyaAllah...(^_^)


Truly,

Monday, August 15, 2011

my 24th birthday - 26 July 2011



Bismillah..

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi Qila kesempatan untuk merasai nikmat2 di dunia dan menyediakan diri untuk bekalan-bekalan yang akn dibawa 'ke sana'. Sekejap je rasa dua puluh empat tahun itu berlalu...dh hmpir suku abad dah.

Malangnya, 26 Julai yang jatuh pada hr Selasa tu tidak diisytiharkan sebagai cuti umum..hehe..ofkoslah..

Maka pada siang harinya bekerjalah pasangan suami isteri ini seperti biasa..Setelah habis waktu kerja, tekak Qila ini rasa ingin menelan nasi lemak Mali la, yg terletak di Danau Kota.

Nasi Lemak dan char kuey tiaw kt sini mmg marvellous!

Tanpa melengahkan masa, kami pun bergerak ke sana. Teringat pulak pd si Jannah yang nak ikut katanya.. hem, best2..makan ramai2, seronok sikit. (xla ramai pun..bertiga je..)

Dari UniKL, BMI kami terus ke Mali. 3 nasi lemak telur mata di'order'. Disulam pulak dgn teh tarik...

Uisshh..terliur rasa time2 puasa ni..hehe..

Klu tak pndai pilih time nak datang, kenalah beratur sikit.

Sementara menunggu encik Iju memesan makanan, Qila dn Jannah a.k.a Jai pun sibuk berposing2. Jai kata belum ada gmbr ibu mgndung ni lg. Qila pun rasa macam inilah 1st time Qila bergmbar time pregnant..

Yang si Jai ni, lepas je amik gmbar, laju je upload ke facebook dr hp die..
teknologi dh moden kn..


Cek ada lada ke tak kt celah gigi..

Jannah


Encik Iju yang sudah kenyang



Hadiah besday dr Jai..tp untuk baby
Terima Kasih Jai..(^_^)

Tuesday, August 9, 2011

Kena tulis semula




Alamak...
link2 blogger dlm blog sy, dh terdelete..
Nasib baik pernah buat back-up alamat2 tu..
Cuma letih skitla..nk kena tulis semula semua.


Truly,

Friday, August 5, 2011

Suasana baru




Bismillah..

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan Qila menamatkan sesi pembelajaran kt Uia..nak kata seronok sangat pun tidak, gembira sangat pun tidak.

Tiada perkataan yang sesuai nk gmbarkn perasaan Qila. Apa yang penting, Qila sdg mengalami suatu perubahan gaya hidup..dari seorang pelajar, kepada seorang pekerja..sepenuh masa..hehe..
(haa...baru tau macamane rase org bekerja..)

Selesai je paper terakhir final hr sabtu 2 Julai 2011, Qila ambil keputusan utk kerja hr Isnin 4 Julai tu..Ramai ckp cepatnye..tp Qila fikir, duduk rumh pun sorang2..Encik Izu pulak balik dh nk mlm, baik Qila kerja jugak. Terisi sikit masa.

Qila skrg bekerja di Dimaz Delima Industries Sdn Bhd..sebuah syarikat bumiputera yang membuat produk berasaskan herba. Pengasas syarikat ni (suami isteri) dn anak sedara diorang la yg byk bntu Qila masa Qila gugur dulu. Berkejar nk ke hospital..maklumlah, masa tu tak ada kereta lagi. Takkan nk pegi hospital naik motor..

Sebab tu, diorang antara yang terawal Qila bgtau ttg kehamilan kali ini..Hubungan Qila dgn Izu dgn diorang ni lebih dikatakan family-based relationship..

Semoga Allah mengekalkan hubungan baik yang terjalin ini dan dijauhkan dr fitnah..(^_^)

Berbalik pada cerita asal, antara kelainan yang Qila rase pertama2nya mestilah jadual waktu.

Kita dh tak boleh tentukan jadual harian kita (mcm kita susun jadual kelas dulu). Nak kelas pagi je ke..petang nk buat assg la.

Sekarang takde..pagi, kite mesti ke ofis..itu dah jadi tanggungjawab orang bekerja. Pukul 6ptg, balik..

Di ofis, Qila cube utk elakkan buat kerja2 personal. Itu amanah yang cube Qila pegang. Klu tengah takde kerja skali pun, Qila akan cuba fikirkan sesuatu penambahbaikan utk syarikat..

Tapi kalau Qila rasa nk buat hal sndri jugak, Qila akan cuba gnti balikla waktu yang Qila pakai tu. Ini semua Qila belajar dr Encik Izu. Itu pesanan dia pd Qila dulu.

Kononnya balik rumah tu, Qila nk update blog la..nk buat itu, ini..smpai2 rumah, tempat baring dituju dulu...habisla program..=)

Orang letih disorong bantal..tp kerja Qila takdela berat sgt pun..

atau mungkin jugak time2 mengandung ni buat Qila jd lebih cepat letih..hehe..(alasan)..

Tapi Alhamdulillah, sekarang Qila dh boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru. Kita enjoy bile kita dapat buat kerja yang kita minat..kn..=)

Puan Zainab dan En. Che Musa (pengasas Dimaz) memang dr Qila belum habis belajar dah sebut2, nnt hbis belajar boleh kerja dgn Dimaz.. Pada asalnya, Izu lah yang bekerja dgn Dimaz sbg designer on-call. Tapi Qila dgn Izu mana pernah berenggang. Asal dipanggil, dtg berdua.

Katanya senang dapat pekerja suami-isteri..Tp Qila sorang je yang full-time. Izu akn bt design bila diperlukan sebab Izu masih bekerja di syarikat bekas lecturer khat kami dulu. (Jar Khat & Design).


Truly,


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan

buat keluarga tersayang
sahabat2 handai
rakan2 blogger
dan semua yang mengenali diri kami..

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita dari yang sebelumnya..

Truly,


Thursday, June 23, 2011

23 Jun 2011

Apabila tibanya kalendar dunia ke tarikh 23 Jun 2011,
ini juga bererti Qila sudah genap 17 minggu mengandung..
juga bersamaan dengan 4 bulan seminggu..

Ya Allah..Ya Allah...Ya Allah...
Terima kasih Allah atas kurniaan yang tidak terhingga ini.....
dan sehingga ke tahap ini Alhamdulillah Qila masih dlm keadaan sihat tanpa sebarang alahan.
kecuali sakit kepala yg datang sekali sekala..

Tarikh ini memang amat Qila nanti2kan..

Selesai kelas 'Arabic for Occupational Purpose' tadi tepat jam 3.30pm,
maka tamatlah sesi pembelajaran formal Qila di Taman Ilmu dan Budi ini..

Tak tahu apa yang dirasakan..gembira..bercampur sedih..

Qila rasa seronok sebab Qila me'rasa'kan keletihan mengambil 2 subjek bahasa dalam 1 masa utk sem yang singkat..teramat letih bagi bakal ibu seperti Qila. Sangat meruntun semangat dan kekuatan dalaman yang tinggi...

Mana taknya, kelas setiap hari pukul 8.30am smpai 4.oopm..hanya ada gap utk solat dn makan.
Dan kebiasaannya, Qila akan tunggu Izu hbis kerja pkul 5.30pm dn Izu akan menjemput Qila di uia..sampai rumah dlm pukul 6++..kadang2 pkul 7pm.

Rasa lepak sangat..macam tak mampu nak menyambung tugasan2 yang diberikan oleh ustaz di rumah..

Letih dan mengantuk..

Dua ungkapan yang cukup menggambarkan apa yang Qila rasa setiap kali sampai di rumah lepas hbis kelas. Dan kebiasaannya Qila akan terlelap seusai solat maghrib..dan tersedar di awal pagi sekitar 1am dan ke atas..waktu itulah Qila guna utk siapkan tugasan. Kalau sedarla..kalau tidak, esokla baru buat..bertimpa2 kerja.

Qila cuba untuk tidak mengstresskan diri..walaupun Qila jenis cepat tertekan kalau pergi ke kelas dlm keadaan kerja yg diberi tak siap..rasa yg sangat tak menyeronokkan. Tambahan pulak kalau ada presentation tanpa persediaan....

Di sinilah Qila nampak siapa suami Qila..

yang sentiasa ingin meringankan kerja2 Qila..

yang menemani Qila jika Qila terpaksa berjaga malam..

yang sentiasa ingin memberi keselesaan saat Qila kesakitan...lebih2 lagi waktu pregnant..dan............

yang paling penting yang sentiasa disisi Qila saat Qila sangat memerlukan..
atau kesedihan..
atau..saat Qila tak tahu meredakan tekanan yg dihadapi...

Allaaahhhh......terima kasih skali lagi Ya Allah atas 2 kurniaanmu yang sangat besar ertinya dlm hidupku...




Truly,

Thursday, June 9, 2011

:: 4 tahun ::





Terlalu istimewa

terlalu mendalam

terlalu berharga

dan terlalu bernilai

erti SEBUAH PERKAHWINAN ini..



Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan
yang ke-4...


Truly,


Wednesday, May 18, 2011

Buat buku merah (part 2)

Selepas darah Qila diambil, ia perlu dihantar ke makmal..keputusan darah pula, dihantar semula ke bilik yang mula2 Qila masuk tadi.

Selesai part darah2, sesi pertemuan dgn doktor pula. Ni lg 1 yang membuatkan Qila teraamatlah boring. Part menunggu giliran nak jumpa doktor. Masa ni, dah nak hmpir ke pukul 1 (a.k.a waktu rehat staff2)..nasib baik Qila tak ditunda ke sesi pukul 2..xde keje nak datang balik.

Jumpa doktor, macam xde ape sangat..doktor nk scan pun kecik lg katanya..lagi pun doktor tu macam nak cepat je..humm..

Step terakhir, lepas keluar dr bilik doktor, pergi pula ke kaunter depan yang mula2 td utk ambil tarih appoinment seterusnya.

Dan...akhirnya....selesai..

Kami menuju ke destinasi seterusnya..ke opis En. Iju..sebelum tu, perut yang dr tadi menggelegak, minta diisi.

Tengah2 menjamu hidangan, tiba2 teringat! Klinik takde bg ubat ke?? macam pelik je..Qila call akak Qila. Menurut akak, sepatutnya ada bg..

Haisshhhh......tak pasal2 kena pegi klinik balik jugak.

Sampai klinik, Qila ditegur oleh seorang nurse, nurse yang gelakkan Qila mase Qila tersalah dengar nama tu.

"eh, adik ni tak balik2 lagi ke..? dh dekat setengah hari kat klinik."

Dalam hati Qila.."tau takpe..punye lah lame menetap kt klinik hari ni..".

"Em..akak, untuk yg baru buat buku sepatutnya dapat ubat kan?"

"o0owhh, adik tak dapt ye? mari ikut akak."
"blaa...bla..bla..(penerangan ttg ubat).."

Kali ini barulah selesai dengan selesainya..dan ini mungkin kali pertama dan kali terakhir Encik Iju boleh menemani saya buat check-up utk kandungan.


Truly,

Wednesday, April 20, 2011

Buat buku merah (part 1)




Bismillahirrahmanirrahim..


Melihat 2 line di pregnancy test memang sangat tidak disangka-sangka. 2x kami buat ujian sndiri sebelum ke klinik kerana macam tak yakin dengan ujian pertama. Setelah dikonfirmkan di klinik, yg Qila memang betul2 telah hamil, kami pun mencari masa utk mendaftarkan kehamilan ini (buat buku merah). Inilah pengalaman pertama kami sebab kehamilan yang dulu tak sempat didaftarkan.



::11 April 2011::

Selepas bersarapan, kami pun menuju ke Klinik Kesihatan Selayang Baru, lebih khusus lg, Klinik Ibu dan Anak. Ramainya orang masa kami sampai kt klinik. Majoritinya dengan perut yang berbagai saiz..hihi..Tanpa membuang masa, kami terus ke kaunter untuk bertanyakan apa yang patut dibuat.

"Untuk kes baru, letakkan i/c dlm bakul tu ye. Dan sekarang adik buat urine test, ukur tinggi dan timbang berat" jawab nurse yg bertugas di kaunter itu.

Lepas buat ketiga2 ujian tu, kami duduk semula. Setelah agak lama menunggu, Qila yang sedang asyik membaca majalah Pa&Ma ditepuk oleh Izu:

"nurse tu panggil nama"

Qila pun terusla ke kaunter depan..sebab qila tak dengar pun nama yang dipanggil tu. Tiba-tiba nurse tu macam buat muka confuse dan dia terus tengok balik nama yg dia panggil.

"Kogilla a/p...."

"ehh.....hehehe.." sambil dua2 tergelak.

"Adik, adik kes baru. Nanti ada yang panggil nama untuk masuk bilik kat sana. Bukan kt sini ye.."

Qila duduk semula. "Itu nama orang India la abang...abg ni....kn dah kena gelak.."
Kami bertiga tergelak2...hihihi...malunyaa..

Akhirnya nama Qila yg sebenar dipanggil..hehe..Qila pun masuk ke bilik yang dikatakan oleh nurse tadi. Dia ambil segala detail2 tentang Qila, suami, sejarah penyakit keluarga, sejarah kehamilan sebelum ini..dan lain2 la. Selepas selesai part yg ini, Qila dikehendaki ke makmal untuk ambil darah pulak..Nurse cakap, untuk first time ni kita ambil banyak skit lah, dlm 2 tabung..sebab kita nak buat banyak ujian.

Adooii...yang ini Qila sangat tak ternanti2..Masa nak buat ujian HIV masa nak kahwin dulu pun, sampai hampir pitam lepas diambil darah. Mana taknye, orang lain setitik, Qila setabung penuh..

Sampai giliran Qila untuk diambil darah, Izu pun sama ke depan (berdiri sedikit jauh di belakang nurse sambil mengadap Qila)..

"kak, sakit tak kena inject?" qila tanya.

"hehe..tak sakit pun dik. kalau takut, jgn tengok eh"

"em, ok. banyak sangat ke nak amik darah?"

"2 tabung je...ok, adik tengok tempat lain"

Izu di depan tu cuba mengalih perhatian Qila. Sambil gelak2, tunjuk bunga2 lah..dah macam badut pun ada Qila tengok..hehe..Qila pun macam tengah terlupa yang Qila akan diinject bila2 masa je tu.

Tiba-tiba, dah siap dah pun proses mengambil darah...yeeaayyyy!!! lepas ni mesti dah tak takut dah..sebab pglmn latest ni, menunjukkan tak sakit pun..=)

* InsyaAllah, Qila akan sambung kisah Buat buku merah lagi selepas ini.




Truly,

Thursday, April 14, 2011

KEHANGATAN BOOTH PTS SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011

Waaah..macam-macam ada. Bertambah semangat rasanya nk pergi booth PTS dekat Pesta Buku Antarabangsa kali ni. PTS memang selalu buat aktiviti yang menarik sama ada sebelum atau semasa berlangsungnya satu-satu program.

Contoh aktiviti sebelum pesta buku bermula adalah seperti apa yang kami sedang buat ni; letak banner PTS, dan berpeluang dpt
KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Kami pernah dapat hadiah yg dijanjikan dengan mengiklan peraduan 'PTS: Baca & menang' sebelum ni (rujuk sini, dan sini), dan harapnya kali ni dapat lagi..walaupun agak lewat..huuu

Aktiviti semasa pesta berlangsung pulak 'toksah' cakap la..macam-macam ada..antaranya:
  1. Buku: Sekurang-kurangnya 1,200 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, resipi, motivasi, bisnes, novel islami, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.
  2. Diskaun: Diskaun standard yang diberikan adalah 15%. Nikmati diskaun setinggi 30% dengan menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Bagi rombongan pelajar berbaju sekolah, diskaun yang diberikan ialah 25%.
  3. Buku percuma: Bagi 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari, mereka akan dihadiahkan senaskhah buku percuma terbitan PTS.
  4. Hamper percuma: Bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas (selepas diskaun) setiap hari, ada hadiah hamper percuma bernilai RM50 menanti mereka.
  5. Beg percuma: Bagi pembelian buku melebihi RM150 (selepas diskaun) dalam satu resit, tuan dan puan akan dihadiahkan satu non-wooven bag berlogo PTS yang cantik.
  6. Bookmark percuma: Ada 18 desain bookmark PTS yang disediakan. Pelanggan boleh pilih bookmark yang disukai. PTS mencetak 54,000 keping bookmark kali ini..
Jadi..moh ler kite..:)

Tarikh: 22 April - 1 Mei
Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis), 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)

* Jadi Fan Facebook PTS pun boleh dapat diskaun jugek tau! Boleh claim 1 buku free lagi..yg penting daftar.

Saturday, February 26, 2011

Perancangan Allah




Nabi Zakaria dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya pada usianya yang sudah lanjut sementara isterinya adalah seorang wanita tua yang mandul dengan maksud agar manusia tidak pernah berputus asa terhadap kurnia dan rahmat Allah swt, sebagaimana firman-Nya:


Ertinya : “(yang dibacakan Ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (QS. Maryam : 2 – 3)


Mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Zakaria di atas, sekuat manalah ujian yang Allah beri pada kita jika dibandingkan dgn Nabi Zakaria ini, tidak dilontarkanNya ujian diluar kekuatan setiap diri insan..Lagi pun ramai lagi di luar sana yang diuji dengan bermacam-macam bentuk ujian. Bisik hatiku.."Inilah dugaan.."

Maka bersabarlah hati..(^_^)


::23 Februari 2011::


Ketidakselesaan badan sejak akhir-akhir ini membuatkan qila tergerak hati untuk ke klinik. Mungkin disebabkan tenaga yang dikeluarkan melebihi tenaga yang masuk ke dalam badan...ditambah lagi dengan sakit kepala yang makin menjadi-jadi..

Qila ni sebenarnya bukanlah jenis yang mudah untuk diajak ke klinik. Namun setelah dipujuk, akhirnya qila akur.

Perancangan diatur. Selesai kelas tahfiz pukul 12.50pm, Qila dan Izu ke kafe untuk makan tengahari.

Selepas itu, kami terus menuju ke klinik UIA. Dipendekkan cerita, doktor membuat ‘surat refer’ untuk Qila ke HKL atau mana-mana hospital kerajaan untuk melakukan ultra-sound.

Bimbang jika ada sebarang kemungkinan yang doktor di sini tidak dapat pastikan. Menurutnya tiada sebarang masalah, cuma untuk lebih kepastian, Qila digalakkan untuk ke hospital.

Antara tujuan lain kami ke klinik adalah disebabkan peristiwa 16 April 2009..keguguran yang memberi 1001 hikmah buat kami suatu ketika dahulu. Menjawab soalan doktor tentang tarikh gugur dulu, membuat hati Qila kembali terkenang saat-saat itu.

Tak sangka dah hampir 2 tahun dari tarikh tu..namun belum menampakkan sebarang tanda lagi. Mungkin belum sampai masanya.

Selesai urusan di klinik, kami ke masjid untuk solat. Airmata yang ditahan sejak dari tadi kini tumpah jua. Qila menangis semahunya..tanpa mempedulikan jika ada mata-mata yang memandang.


Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ameen...


Ya!...Allah sudah merancang sesuatu yang paling terbaik buat Qila & Izu..

---> Ketentuan Allah adalah rahsia Allah..<---


Bibirku kembali mengukir senyuman. Tiada yang perlu disedihkan..cuma terkenangkan peristiwa lalu..



Kepada “si dia”, terima kasih kerana sentiasa memberi kekuatan pada Qila..

Kaki ini meneruskan langkah untuk ke kelas Jarh wa Ta’dil petang itu..(dlm hati berfikir supaya tak ada yang perasan yang Qila baru lepas menangis)...


Truly,

Thursday, February 24, 2011

Sedetik Lebih; Andai liriknya begini..



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan-Mu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan-Mu

Ternyata ku perlukan cinta dari diri-Mu Tuhan
Barulah terasa ku bernyawa

Tuhanku…ku amat mencintai Engkau
Kerana Kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya Engkau
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya Engkau


Lirik Asal : Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim.
Nyanyian : Anuar Zain

Saturday, February 19, 2011

Kini berwajah baru!




"Saat ini, jam sudah menunjukkan pukul 4:16am, namun masih tiada tanda-tanda mereka akan tidur. Malah kedua-duanya sedang tekun melakukan hal masing-masing di depan komputer.
Agaknya apa yang sedang mereka lakukan?..."

'Mereka' yg dimaksudkan ialah saya dan incik suami..hehe..entah kenapa malam ni, masing-masing tak mengantuk langsung pulak. Mungkin sebab esok takde kelas..jadi takde ape yg perlu dirisaukan kalau esok "we're somebody" dalam erti kata lain, agak "ting tong" skit. Tapi jangan buat selalu ye..tak baik untuk kesihatan.

Oleh kerana mata belum nak tido, izu pun menyiapkan tempahan2 design..qila? Qila tgh susun dokumen2 dalam laptop ni. Sebahagian besar dokumen qila masih dlm dvd sebab masa pc qila nk dijual, qila burn file2 dlm dvd. Mane yang penting, qila transfer ke laptop. File2 lain, bile nk guna, baru qila amik.

Selesai yang tu, qila update blog yang dah lame kesepian ni. Sebelum ni, qila tak tahu kenapa qila rase agak kurang bersemangat nk buka blog..mungkin membawa diri..tapi sampai bile..Alhamdulillah, akhirnya qila sedar yang qila perlu ikhlaskan hati seikhlasnya untuk terima apa jua yang Allah dah tentukan untuk hidup qila dan izu..

Jadi untuk menghilangkan dan mengubati kesedihan lalu, qila ubah penampilan blog ni supaya nampak lebih ceria, simple, dengan semangat yang baru. Dan kepada yang datang bertandang, "Ahlan Wasahlan" saya ucapkan!..jangan lupa tinggalkan jejak anda disini ye!....(^_^)



Truly,

Saturday, February 12, 2011

:: Blog sedang dikemaskini ::



I'm back!!
Alhamdulillah..qila sedang dlm proses mengemaskini blog ni..
Berwajah baru, semangat baru..(^_^)

"hapus airmatamu dan jangan bersedih..." hehehe...