Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

KEHANGATAN BOOTH PTS SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011

Waaah..macam-macam ada. Bertambah semangat rasanya nk pergi booth PTS dekat Pesta Buku Antarabangsa kali ni. PTS memang selalu buat aktiviti yang menarik sama ada sebelum atau semasa berlangsungnya satu-satu program.

Contoh aktiviti sebelum pesta buku bermula adalah seperti apa yang kami sedang buat ni; letak banner PTS, dan berpeluang dpt
KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Kami pernah dapat hadiah yg dijanjikan dengan mengiklan peraduan 'PTS: Baca & menang' sebelum ni (rujuk sini, dan sini), dan harapnya kali ni dapat lagi..walaupun agak lewat..huuu

Aktiviti semasa pesta berlangsung pulak 'toksah' cakap la..macam-macam ada..antaranya:
  1. Buku: Sekurang-kurangnya 1,200 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, resipi, motivasi, bisnes, novel islami, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.
  2. Diskaun: Diskaun standard yang diberikan adalah 15%. Nikmati diskaun setinggi 30% dengan menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Bagi rombongan pelajar berbaju sekolah, diskaun yang diberikan ialah 25%.
  3. Buku percuma: Bagi 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari, mereka akan dihadiahkan senaskhah buku percuma terbitan PTS.
  4. Hamper percuma: Bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas (selepas diskaun) setiap hari, ada hadiah hamper percuma bernilai RM50 menanti mereka.
  5. Beg percuma: Bagi pembelian buku melebihi RM150 (selepas diskaun) dalam satu resit, tuan dan puan akan dihadiahkan satu non-wooven bag berlogo PTS yang cantik.
  6. Bookmark percuma: Ada 18 desain bookmark PTS yang disediakan. Pelanggan boleh pilih bookmark yang disukai. PTS mencetak 54,000 keping bookmark kali ini..
Jadi..moh ler kite..:)

Tarikh: 22 April - 1 Mei
Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis), 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)

* Jadi Fan Facebook PTS pun boleh dapat diskaun jugek tau! Boleh claim 1 buku free lagi..yg penting daftar.

Wednesday, July 29, 2009

Kongres Pelajar

Hmm..baru je siapkan design poster Kongres pelajar
..Sile datang...
klik pada gambar utk paparan yg lebih jelaz.

Thursday, July 23, 2009

Jom terbang!

Ceeeh..
Tajuk nak gempak je...
Ni program terbaru yg izu 'design'kan 'banner&flyer'nya. Flyer izu tak letak la..sbb design dia lebih kurang je dengan banner; ubah kesdudukan sikit-sikit je. Kali ini dianjurkan oleh Biro Belia & Biro Wanita Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 PJ, ataupun lebih dikenali sebagai 'Masjid Bulat'. Pengisiannya memang menarik; di mana angkasawan negara sendiri yang akan menceritakan pengalaman beliau menjadi rakyat Malaysia pertama keluar bumi. Sesuai bagi mereka yang kagum dengan ciptaan Maha Sempurna Allah. Semoga tertumpah iktibar dan hidayah bagi mereka yang cintakan ilmu.

*Penyertaan daripada para pembaca blog ini sangat/amat/terlalu dialu-alukan.