Hari ni kami abadikan segalanya utk ALDIWAN...name sebuah pusat bahasa Arab yg dekat Tmn Melati Utama tu..
Bukan ape..jadual kami hari ni penuh walaupun tgh sibuk dgn final exam..
Pukul 10 pg ni sampai 3 ptg nnti, kami ganti Abg Akhbar; staff ALDIWAN shift pagi..beliau MC..
6 ptg ni pulak bawak Ust. Ehab (Mesir) ke Surau AL-Falah, Ampang..Ada kelas Bhs Arab dekat sana..sampai 10 malam..
Sekarang ni, kami dapat job baru..transporter Ust. Ehab dari Apartment Saujana, Pinggiran Bt. Caves (rumah ustaz) ke Surau Al-Falah, Ampang - pergi dan balik..2 kali seminggu..
Mula-mula berat jugak nak terima job ni sbb kena ada komitmen yg tinggi, tapi bila fikir boleh buat duit dgn kereta..terima je la..
Ape nak buat..cari makan punye pasal..Alhamdulillah.
'AALIMUL AATHAAR / ARCHEOLOGIST / AHLI ARKEOLOGI...
"Suami yang paling baik bagi seorang perempuan ialah seorang ahli arkeologi. Makin tua sang perempuan itu, semakin cinta dan tergila-gila suaminya itu padanya. Bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia dan semakin tua sesuatu barang itu akan semakin antik dan mahal. Demikian juga buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya semakin tua sang suami, akan semakin tergila-gila, bertambah sayang dan semakin mencintainya!..."
Arkeologi
Dari perkataan Greek: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal, purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian", atau juga dikenali sebagai kaji purba
- Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saturday, November 7, 2009
EXAM vs KERJA
fosil: persendirian
Thursday, November 5, 2009
Good Luck!!
Assalamualaikum bt pembaca blog kami...
tp sem ni..makin nk final, mkin sibuk..time tu la ade 2nd test..time tu la nk hntr assg lg..n mcm2 la..qila pulak byk decentralized exam..org bru nk start exam, qila dh lepas 3 paper..alhamdulillah..cpat skit hbis..cume smpat @ x jela nk study..=)
xpe, yg penting..study smart..
Buat yg sedg mghdapi peperiksaan...
"Semoga berjaya..kita dh usaha, doa, selebihnya serahkan pd Allah.."
fosil: persendirian
Wednesday, October 14, 2009
Saturday, September 12, 2009
zaman sibuk hari tu..
Banner Tuisyen Rakyat Percuma
fosil: design
Friday, September 4, 2009
Quran dan Ramadhan
Salam Ramadhan.
Malam ni merupakan malam yang ke-14 Ramadhan. Bagaimana dengan azam istimewa kita utk bulan yang penuh barakah ni? Menurut percaturan atau tidak? Atau hanya sekadar indah di minda tanpa sebarang usaha.
Salah satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Nabi sempena bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ada di antara kita yang berusaha sedaya upaya untuk khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadhan sama ada sekali atau 2 kali. Bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan individu utk menghabiskannya dalam masa sebulan.
Bagi mereka yang kurang lancar atau masih tergagap-gagap, berazamlah utk menghabiskan separuh daripada Al-Quran atau setidak-tidaknya 1 juzuk. Ini kerana, golongan ini akan memperolehi 2 kebaikan; yg pertama: kebaikan kerana membaca Al-Quran, dan yg kedua: kebaikan dek kerana sabar ketika membaca Al-Quran. Dan setiap dari kebaikan ini ada 10 ganjaran. Dan tidaklah 'Alif Lam Mim' itu satu kebaikan, tetapi Alif satu kebaikan, Lam satu kebaikan dan Mim satu kebaikan.
[Alif laam..meem... = (1+1+1) x 10 x 2 = 60 ganjaran utk satu ayat yg hanya ade 3 huruf] ...ibarat kita bayar 10sen je utk copy sebuah buku setebal 600 muka surat..Wow!!
Perlu diingat, ganjaran di atas ini adalah untuk selain daripada bulan Ramadhan. Manakala bagi bulan Ramadhan, ganjaranya Allah saja yang tahu. Maha Pemurah Allah.
~~Anda tak buat, Anda tak dapat~~
fosil: persendirian
Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Teori ekonomi dalam rumahtangga.
Fixed cost (kos tetap) merupakan kos yang tidak selari dengan jumlah keluaran. Bermakna, pertambahan bilangan jumlah keluaran sesuatu produk tidak akan menambah atau mengurangkan fixed cost. Adapun variable cost (kos berubah) pula merupakan sebaliknya. Variable cost ialah kos yang bertambah, seiring dengan pertambahan jumlah keluaran. Contoh termudah bagi fixed cost ialah sewa rumah kediaman, manakala bagi variable cost pula ialah susu tepung bagi pasangan suami isteri yang mempunyai cahaya mata.
Perlukah mahar dijadikan fixed cost? Seorang lelaki yang 'risk averse' akan menjawab "Ya", dengan syarat nilainya mestilah pada kadar yang rendah. Mengapa perlunya syarat? Kerana, jumlah dan kualiti keluaran belum dapat dipastikan, sama ada mereka akan bahagiakah hidup bersama? atau mereka bakal punya zuriatkah jika disatukan?
Bagi perempuan yang yakin dirinya subur dan punya pekerti yg baik akan selantang-lantangnya menolak...mengapa? kerana dia sangat pasti yang kilangnya aktif dan kualiti hasil keluaranya mampu memenuhi permintaan pengguna. Oleh itu, menurut mereka adalah seharusnya mahar dijadikan variable cost dan bukanlah fixed cost. Seandainya ini yang berlaku, maka pihak lelaki perlu berdepan dengan kenyataan bahawa semakin baik pekerti bakal isterinya dan kemungkinan besar banyak zuriat yang mampu dihasilkan, semakin mahal mahar yang perlu dibayar.
Hasil keluaran yang banyak dan berkualiti akan menjamin pulangan yang sangat lumayan. Ini pastinya akan membantu sesebuah syarikat rumahtangga untuk berdaya saing dan kekal maju, seterusnya mengelak daripada berlakunya bankrupsi.
Bankrupsi dalam hubungan kekeluargaan membawa maksud perpecahan atau perceraian. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada bankrupsi rumahtangga, antaranya berlaku pecah amanah dalam syarikat, kegagalan dalam meneraju organisasi dan tiada persefahaman sesama anggota syarikat.
Pecah amanah dalam syarikat berlaku apabila suami atau isteri berlaku curang dan tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar terhadap struktur rumahtangga. Hari-hari yang dilalui tampak semakin suram dan akhirnya akan menjadi hitam legam.
Kegagalan menerajui organisasi berpunca daripada kurangnya ilmu dalam diri suami. Suami yang merasa terbeban dgn tanggungjawab akan cenderung utk memilih redha tuhan dari redha isteri semata. Memenuhi kehendak serta keinginan isteri tanpa menelusuri landasan agama secara kritikal bakal membawa kepada kancah yang maha dasyat. Kebebasan dan kesenangan yang difikirkan mampu memenangi hati insan tercinta akhirnya mengundang murka tuhan dan menduga pengakhiran yang ternyata buruk.
Seandainya seorang suami dikurniakan isteri yang beretika dan rajin bekerja, manakala si isteri memiliki majikan yang amat penyanyang dan bertanggungjawab, adakah hari-hari yang mendatang pasti membawa seribu keuntungan? Pusingan Ekonomi (economic circle) mengajar kita erti pasang surut kehidupan. Nasib manusia mutlak di atas tangan-Nya. Hanya Dia yang memahami setiap takdir yang dicipta. Ujian persefahaman antara lain bakal di titip ke atas insan yang disayangi-Nya.
Ujian adalah rahmat bg mereka yang mampu berfikir. Nah, maka di sini lah peri pentingnya memiliki suami yang fasih di bidang ekonomi. Setiap percaturan diteliti sebaik mungkin sebelum jalan keluar yang terakhir kali dinokhtah. mengapa ekonomi?? nanti sambung...
fosil: persendirian, Takde keje
Sunday, August 16, 2009
Wednesday, July 29, 2009
Thursday, July 23, 2009
Jom terbang!
Ceeeh..
Tajuk nak gempak je...
Ni program terbaru yg izu 'design'kan 'banner&flyer'nya. Flyer izu tak letak la..sbb design dia lebih kurang je dengan banner; ubah kesdudukan sikit-sikit je. Kali ini dianjurkan oleh Biro Belia & Biro Wanita Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 PJ, ataupun lebih dikenali sebagai 'Masjid Bulat'. Pengisiannya memang menarik; di mana angkasawan negara sendiri yang akan menceritakan pengalaman beliau menjadi rakyat Malaysia pertama keluar bumi. Sesuai bagi mereka yang kagum dengan ciptaan Maha Sempurna Allah. Semoga tertumpah iktibar dan hidayah bagi mereka yang cintakan ilmu.
*Penyertaan daripada para pembaca blog ini sangat/amat/terlalu dialu-alukan.













