Showing posts with label persendirian. Show all posts
Showing posts with label persendirian. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Faris dh setahun 3 bulan!

Faris dh setahun 3 bulan!
(post sebelum ini Faris dah 3 bulan)

Ya Allah...dh setahun mama tak menulis di sini..

Macam-macam perkara dah berkembang.

Alhamdulillah, bisnes Q Baby House pun semakin berjalan dgn lancar..
Terima kasih pada yang menyokong dan mendoakan kami.
Pada yang belum berkesempatan, jom ke link di atas..
jgn lupa LIKE tanda sokongan anda! Syukran..=)

Faris??
Faris pun sekarang dah nak berlari..melompat (walaupun sebelah kaki je)..
sgt suka membaca dgn bahasa tersendiri dan belajar ABC!
gigi..mama kira ada 7 nak masuk 8..
pandai sayang mama dgn walid - disertai bunyi wajib! "emmmuah!"
pandai mintak macam2..dgn mulut muncung.
daaann....sgt byk celotehnya sambil menunjuk ke sana sini..hehe


cuh..cuh..uuuu...
bas..bas..


Paling best, bila ke 'shopping complex'..
Mama dan Walid jalan di depan, Faris akan follow dgn kelajuan berbeza mengikut persekitaran. Kalau kt situ byk mainan, slow lah sikit..
kalau tak ada apa yg menarik...
laju je melangkah..takut tertinggal..(^__^)

Pesanan Mama & Walid untuk Faris...teruskan kesolehan kamu ye..sebab tak lama lagi Faris akan jd 'abang Faris'. Jadi contoh baik untuk adik.

Terima kasih sbb ingatkan mama..(^___^)
**Faris sajee je gigit ibu jari kaki depan2 Mama dan yg paling ketara, Faris sgt sukakan baby!! Sangat suka!


With love,

Thursday, March 1, 2012

Faris dah 3 bulan

Bismillah..

Alhamdulillah, tika Qila menulis post ini, Faris sudah pun genap 3 bulan. Sudah mahu berdiri, sntiasa nk berborak, ketawa apatah lagi tersenyum. Sekejap je rasa..terasa mcm baru sgt lagi melahirkan insan sihat soleh ni..

Faris, mama sangat2 bersyukur..spnjg 3 bulan mama & walid bersama Faris, Faris sgt mudah utk dijaga. Faris tak kuat menangis, hatta masa kena cucuk 2 bulan hr tu pun faris tak nangis..syg mama ni kuat kn?=)


Paling mama & walid suke, bile Faris ajak berborak..terlalu byk yg nk diceritakan tu. kadang2 tu sampai tersedak2 mase tgh bercerita..huhu..nanti mama cari video Faris tgh bercerita ye.

Satu lagi Faris pandai layan diri bila mama dgn walid byk keje. Tapi selepas bbrapa ketika, perut pun mntk diisi, faris pun mula la hek..heek..heekk...mkin pnjg dn berlarutan...pggil mama..hihi
Ye sayang..mama dtg ni..(^__^)

Oklah, cukup buat masa ini..mama nak buat persiapan sikit utk agenda kita esok. Nanti bila dh selesai, mama coretkan disini. Kawan2 mama dgn walid pun nak tahu jugak.

Sunday, January 15, 2012

Introduction..2012

Bismillah..

Alhamdulillah, Qila sudah boleh berblog semula setelah hmpir 3 bulan blog ni tidak diupdate.
Bukan tidak dikunjung langsung..selalu bertandang tapi rasanya mcm byk halangan atau kekangan tiap kali ingin berblog.

Maaf pd sahabat2 yang bertanya, pd silent reader, yg menanti update blog ini..dan terima kasih kerana masih lagi sudi membaca tulisan2 Qila ini..(^__^)

Tuesday, October 18, 2011

Antenatal check-up (ke-8)

Bismillah..

Hari ini Qila ada appointment spt biasa..yg bezanya hr ni xkena amik darah spt appt2 yg dulu..sbb darah akan diambil sebulan sekali je..ni baru 1st-time appt 2 mggu sekali.

Dan hr ini jugak antara yg terlama la Qila rase pernah Qila tggu..Qila dtg dlm pukul 9.35am..pukul 10.30am, nama qila masih belum dipanggil. Sampai rasa mcm nak pitam tetibe td..ntah kenapa..mgkin sbb xmakan lg agaknya. Maka Encik Iju pun terus la ke cafe utk beli roti bg mengalas perut yg kosong td. Terima kasih lalink!=))

Setelah nama dipanggil, baru Qila tahu yg hr ni adalah hr berjumpa doktor. Nmpaknya lagi lamalah menunggu..Tengok skrin angka giliran tu mcm lmbt je gerak, kami ke cafe skali lg..kali ni Qila makanla sepinggan bihun..segelas milo..Alhamdulillah..brula rasa normal skit badan..hehe..

Di bilik doktor, doktor agak terkejut bila tau yg Qila xpernah discan walau sekali..(haa, tau terkejut..byk kali dh tnye..haha)..smpai Qila bt scan sndri di luar. Doktor minta Qila bwak report scan tu esok..

Dan satu lagi!!

Esok...awk kena bt ujian air gula ye..sbb awak ada sejarah keguguran masa anak pertama dulu.

haa???...ad0oii...sy pun kena jugak ke..dlm hati terfikir..biasanya yg bt ujian ni, yg beratnya naik mendadak dlm sebulan tu. Setakat ni, rasanya ok je semua..xexpect pulak kena jugak ujian perasaan dn jiwa ni..huhu..esok pulak tu..

So, mlm ni kena puasa la..start pukul 10mlm ke atas, dh xblh mkn..sbb esok pkul 8pg, dh kena dtg klinik semula utk bt ujian ni.

"ummmm...air gula tu best jela..sape kate nk muntah2.." (ayat penyedap hati..)



Truly,

Tuesday, September 20, 2011

Permata hati walid & mama (29 minggu)

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sejahtera buat pembaca blog yang setia datang berkunjung..sekalung ucapan terima kasih dr kami untuk semua.

Jumaat, 16 Sept 2011 baru2 ni, Qila berkesempatan untuk buat scan 3d/4d yang sangat2 kami nantikan..punyelah tak sabar Qila nak tunggu tarikh ni..berdebar pun ada..eheh..

Kami smpai dlm pukul 4.40pm..masa tu giliran yg ke-12. No Qila 16..Setiap orang dlm 25 minit katanya. Dlm pukul 5 lebih, nama Qila dipanggil....huh! dup dap dup dap....smbil melangkah masuk ke bilik dengan Encik Izu.

Setelah berborak2 smbil bersiap untuk scan, proses scan pun bermula..

Baby pulak macam tau2 je..die pun berdebar sama agaknye..tak berhenti beraksi. Smpaila kami nmpak apa yg dia buat kt dalam tu...(^___^)..

"Assalamualaikum anak walid dan mama...

bt ape tu sayang..?"

Terus dia buat muka manja2..kami jd pelik tengok..hehe

Muke yg ni lain dr gmbar2 yang lain..








* santainye anak mama ni..=))


*Alhamdulillah...atas ke'chubby'an pipinya..


"Saya dh mengantuklah walid..."



Qila tak jemu2 ulangtayang video ni..sebab nampak jelas muka baby..




Senyumanmu....(^__^)


Overall, Alhamdulillah..perkembangan baby sihat.
Syukur tidak terhingga bila melihat keadaan bayi yang mendiami rahimku berada dalam keadaan sihat & aktif..

Jutaan terima kasih ditujukan pd walid yang sangat bersabar melayan karenah mama sepanjang kehamilan ini..yg kadangkala menguji keimanannya.

Andai walid sedang membaca entri ini....
Mama mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan atas segala kesilapan dn keterlanjuran yg disedari lebih2 lgi yang tidak disedari.
Semoga kemaafan ini blh membantu memudahkan proses bersalin nnt..

Dan dengan ini diisyhtiharkan baby ini akn ke dunia sebagai 'hero'..
Mohon doa dr semua agar segalanya berjalan lancar..
dan dipermudahkan...insyaAllah...(^_^)


Truly,

Monday, August 15, 2011

my 24th birthday - 26 July 2011



Bismillah..

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi Qila kesempatan untuk merasai nikmat2 di dunia dan menyediakan diri untuk bekalan-bekalan yang akn dibawa 'ke sana'. Sekejap je rasa dua puluh empat tahun itu berlalu...dh hmpir suku abad dah.

Malangnya, 26 Julai yang jatuh pada hr Selasa tu tidak diisytiharkan sebagai cuti umum..hehe..ofkoslah..

Maka pada siang harinya bekerjalah pasangan suami isteri ini seperti biasa..Setelah habis waktu kerja, tekak Qila ini rasa ingin menelan nasi lemak Mali la, yg terletak di Danau Kota.

Nasi Lemak dan char kuey tiaw kt sini mmg marvellous!

Tanpa melengahkan masa, kami pun bergerak ke sana. Teringat pulak pd si Jannah yang nak ikut katanya.. hem, best2..makan ramai2, seronok sikit. (xla ramai pun..bertiga je..)

Dari UniKL, BMI kami terus ke Mali. 3 nasi lemak telur mata di'order'. Disulam pulak dgn teh tarik...

Uisshh..terliur rasa time2 puasa ni..hehe..

Klu tak pndai pilih time nak datang, kenalah beratur sikit.

Sementara menunggu encik Iju memesan makanan, Qila dn Jannah a.k.a Jai pun sibuk berposing2. Jai kata belum ada gmbr ibu mgndung ni lg. Qila pun rasa macam inilah 1st time Qila bergmbar time pregnant..

Yang si Jai ni, lepas je amik gmbar, laju je upload ke facebook dr hp die..
teknologi dh moden kn..


Cek ada lada ke tak kt celah gigi..

Jannah


Encik Iju yang sudah kenyang



Hadiah besday dr Jai..tp untuk baby
Terima Kasih Jai..(^_^)

Tuesday, August 9, 2011

Kena tulis semula




Alamak...
link2 blogger dlm blog sy, dh terdelete..
Nasib baik pernah buat back-up alamat2 tu..
Cuma letih skitla..nk kena tulis semula semua.


Truly,

Friday, August 5, 2011

Suasana baru




Bismillah..

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan Qila menamatkan sesi pembelajaran kt Uia..nak kata seronok sangat pun tidak, gembira sangat pun tidak.

Tiada perkataan yang sesuai nk gmbarkn perasaan Qila. Apa yang penting, Qila sdg mengalami suatu perubahan gaya hidup..dari seorang pelajar, kepada seorang pekerja..sepenuh masa..hehe..
(haa...baru tau macamane rase org bekerja..)

Selesai je paper terakhir final hr sabtu 2 Julai 2011, Qila ambil keputusan utk kerja hr Isnin 4 Julai tu..Ramai ckp cepatnye..tp Qila fikir, duduk rumh pun sorang2..Encik Izu pulak balik dh nk mlm, baik Qila kerja jugak. Terisi sikit masa.

Qila skrg bekerja di Dimaz Delima Industries Sdn Bhd..sebuah syarikat bumiputera yang membuat produk berasaskan herba. Pengasas syarikat ni (suami isteri) dn anak sedara diorang la yg byk bntu Qila masa Qila gugur dulu. Berkejar nk ke hospital..maklumlah, masa tu tak ada kereta lagi. Takkan nk pegi hospital naik motor..

Sebab tu, diorang antara yang terawal Qila bgtau ttg kehamilan kali ini..Hubungan Qila dgn Izu dgn diorang ni lebih dikatakan family-based relationship..

Semoga Allah mengekalkan hubungan baik yang terjalin ini dan dijauhkan dr fitnah..(^_^)

Berbalik pada cerita asal, antara kelainan yang Qila rase pertama2nya mestilah jadual waktu.

Kita dh tak boleh tentukan jadual harian kita (mcm kita susun jadual kelas dulu). Nak kelas pagi je ke..petang nk buat assg la.

Sekarang takde..pagi, kite mesti ke ofis..itu dah jadi tanggungjawab orang bekerja. Pukul 6ptg, balik..

Di ofis, Qila cube utk elakkan buat kerja2 personal. Itu amanah yang cube Qila pegang. Klu tengah takde kerja skali pun, Qila akan cuba fikirkan sesuatu penambahbaikan utk syarikat..

Tapi kalau Qila rasa nk buat hal sndri jugak, Qila akan cuba gnti balikla waktu yang Qila pakai tu. Ini semua Qila belajar dr Encik Izu. Itu pesanan dia pd Qila dulu.

Kononnya balik rumah tu, Qila nk update blog la..nk buat itu, ini..smpai2 rumah, tempat baring dituju dulu...habisla program..=)

Orang letih disorong bantal..tp kerja Qila takdela berat sgt pun..

atau mungkin jugak time2 mengandung ni buat Qila jd lebih cepat letih..hehe..(alasan)..

Tapi Alhamdulillah, sekarang Qila dh boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru. Kita enjoy bile kita dapat buat kerja yang kita minat..kn..=)

Puan Zainab dan En. Che Musa (pengasas Dimaz) memang dr Qila belum habis belajar dah sebut2, nnt hbis belajar boleh kerja dgn Dimaz.. Pada asalnya, Izu lah yang bekerja dgn Dimaz sbg designer on-call. Tapi Qila dgn Izu mana pernah berenggang. Asal dipanggil, dtg berdua.

Katanya senang dapat pekerja suami-isteri..Tp Qila sorang je yang full-time. Izu akn bt design bila diperlukan sebab Izu masih bekerja di syarikat bekas lecturer khat kami dulu. (Jar Khat & Design).


Truly,


Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan

buat keluarga tersayang
sahabat2 handai
rakan2 blogger
dan semua yang mengenali diri kami..

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita dari yang sebelumnya..

Truly,


Thursday, June 23, 2011

23 Jun 2011

Apabila tibanya kalendar dunia ke tarikh 23 Jun 2011,
ini juga bererti Qila sudah genap 17 minggu mengandung..
juga bersamaan dengan 4 bulan seminggu..

Ya Allah..Ya Allah...Ya Allah...
Terima kasih Allah atas kurniaan yang tidak terhingga ini.....
dan sehingga ke tahap ini Alhamdulillah Qila masih dlm keadaan sihat tanpa sebarang alahan.
kecuali sakit kepala yg datang sekali sekala..

Tarikh ini memang amat Qila nanti2kan..

Selesai kelas 'Arabic for Occupational Purpose' tadi tepat jam 3.30pm,
maka tamatlah sesi pembelajaran formal Qila di Taman Ilmu dan Budi ini..

Tak tahu apa yang dirasakan..gembira..bercampur sedih..

Qila rasa seronok sebab Qila me'rasa'kan keletihan mengambil 2 subjek bahasa dalam 1 masa utk sem yang singkat..teramat letih bagi bakal ibu seperti Qila. Sangat meruntun semangat dan kekuatan dalaman yang tinggi...

Mana taknya, kelas setiap hari pukul 8.30am smpai 4.oopm..hanya ada gap utk solat dn makan.
Dan kebiasaannya, Qila akan tunggu Izu hbis kerja pkul 5.30pm dn Izu akan menjemput Qila di uia..sampai rumah dlm pukul 6++..kadang2 pkul 7pm.

Rasa lepak sangat..macam tak mampu nak menyambung tugasan2 yang diberikan oleh ustaz di rumah..

Letih dan mengantuk..

Dua ungkapan yang cukup menggambarkan apa yang Qila rasa setiap kali sampai di rumah lepas hbis kelas. Dan kebiasaannya Qila akan terlelap seusai solat maghrib..dan tersedar di awal pagi sekitar 1am dan ke atas..waktu itulah Qila guna utk siapkan tugasan. Kalau sedarla..kalau tidak, esokla baru buat..bertimpa2 kerja.

Qila cuba untuk tidak mengstresskan diri..walaupun Qila jenis cepat tertekan kalau pergi ke kelas dlm keadaan kerja yg diberi tak siap..rasa yg sangat tak menyeronokkan. Tambahan pulak kalau ada presentation tanpa persediaan....

Di sinilah Qila nampak siapa suami Qila..

yang sentiasa ingin meringankan kerja2 Qila..

yang menemani Qila jika Qila terpaksa berjaga malam..

yang sentiasa ingin memberi keselesaan saat Qila kesakitan...lebih2 lagi waktu pregnant..dan............

yang paling penting yang sentiasa disisi Qila saat Qila sangat memerlukan..
atau kesedihan..
atau..saat Qila tak tahu meredakan tekanan yg dihadapi...

Allaaahhhh......terima kasih skali lagi Ya Allah atas 2 kurniaanmu yang sangat besar ertinya dlm hidupku...




Truly,

Thursday, June 9, 2011

:: 4 tahun ::





Terlalu istimewa

terlalu mendalam

terlalu berharga

dan terlalu bernilai

erti SEBUAH PERKAHWINAN ini..



Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan
yang ke-4...


Truly,


Saturday, February 26, 2011

Perancangan Allah




Nabi Zakaria dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya pada usianya yang sudah lanjut sementara isterinya adalah seorang wanita tua yang mandul dengan maksud agar manusia tidak pernah berputus asa terhadap kurnia dan rahmat Allah swt, sebagaimana firman-Nya:


Ertinya : “(yang dibacakan Ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (QS. Maryam : 2 – 3)


Mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Zakaria di atas, sekuat manalah ujian yang Allah beri pada kita jika dibandingkan dgn Nabi Zakaria ini, tidak dilontarkanNya ujian diluar kekuatan setiap diri insan..Lagi pun ramai lagi di luar sana yang diuji dengan bermacam-macam bentuk ujian. Bisik hatiku.."Inilah dugaan.."

Maka bersabarlah hati..(^_^)


::23 Februari 2011::


Ketidakselesaan badan sejak akhir-akhir ini membuatkan qila tergerak hati untuk ke klinik. Mungkin disebabkan tenaga yang dikeluarkan melebihi tenaga yang masuk ke dalam badan...ditambah lagi dengan sakit kepala yang makin menjadi-jadi..

Qila ni sebenarnya bukanlah jenis yang mudah untuk diajak ke klinik. Namun setelah dipujuk, akhirnya qila akur.

Perancangan diatur. Selesai kelas tahfiz pukul 12.50pm, Qila dan Izu ke kafe untuk makan tengahari.

Selepas itu, kami terus menuju ke klinik UIA. Dipendekkan cerita, doktor membuat ‘surat refer’ untuk Qila ke HKL atau mana-mana hospital kerajaan untuk melakukan ultra-sound.

Bimbang jika ada sebarang kemungkinan yang doktor di sini tidak dapat pastikan. Menurutnya tiada sebarang masalah, cuma untuk lebih kepastian, Qila digalakkan untuk ke hospital.

Antara tujuan lain kami ke klinik adalah disebabkan peristiwa 16 April 2009..keguguran yang memberi 1001 hikmah buat kami suatu ketika dahulu. Menjawab soalan doktor tentang tarikh gugur dulu, membuat hati Qila kembali terkenang saat-saat itu.

Tak sangka dah hampir 2 tahun dari tarikh tu..namun belum menampakkan sebarang tanda lagi. Mungkin belum sampai masanya.

Selesai urusan di klinik, kami ke masjid untuk solat. Airmata yang ditahan sejak dari tadi kini tumpah jua. Qila menangis semahunya..tanpa mempedulikan jika ada mata-mata yang memandang.


Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ameen...


Ya!...Allah sudah merancang sesuatu yang paling terbaik buat Qila & Izu..

---> Ketentuan Allah adalah rahsia Allah..<---


Bibirku kembali mengukir senyuman. Tiada yang perlu disedihkan..cuma terkenangkan peristiwa lalu..



Kepada “si dia”, terima kasih kerana sentiasa memberi kekuatan pada Qila..

Kaki ini meneruskan langkah untuk ke kelas Jarh wa Ta’dil petang itu..(dlm hati berfikir supaya tak ada yang perasan yang Qila baru lepas menangis)...


Truly,

Saturday, February 19, 2011

Kini berwajah baru!




"Saat ini, jam sudah menunjukkan pukul 4:16am, namun masih tiada tanda-tanda mereka akan tidur. Malah kedua-duanya sedang tekun melakukan hal masing-masing di depan komputer.
Agaknya apa yang sedang mereka lakukan?..."

'Mereka' yg dimaksudkan ialah saya dan incik suami..hehe..entah kenapa malam ni, masing-masing tak mengantuk langsung pulak. Mungkin sebab esok takde kelas..jadi takde ape yg perlu dirisaukan kalau esok "we're somebody" dalam erti kata lain, agak "ting tong" skit. Tapi jangan buat selalu ye..tak baik untuk kesihatan.

Oleh kerana mata belum nak tido, izu pun menyiapkan tempahan2 design..qila? Qila tgh susun dokumen2 dalam laptop ni. Sebahagian besar dokumen qila masih dlm dvd sebab masa pc qila nk dijual, qila burn file2 dlm dvd. Mane yang penting, qila transfer ke laptop. File2 lain, bile nk guna, baru qila amik.

Selesai yang tu, qila update blog yang dah lame kesepian ni. Sebelum ni, qila tak tahu kenapa qila rase agak kurang bersemangat nk buka blog..mungkin membawa diri..tapi sampai bile..Alhamdulillah, akhirnya qila sedar yang qila perlu ikhlaskan hati seikhlasnya untuk terima apa jua yang Allah dah tentukan untuk hidup qila dan izu..

Jadi untuk menghilangkan dan mengubati kesedihan lalu, qila ubah penampilan blog ni supaya nampak lebih ceria, simple, dengan semangat yang baru. Dan kepada yang datang bertandang, "Ahlan Wasahlan" saya ucapkan!..jangan lupa tinggalkan jejak anda disini ye!....(^_^)



Truly,

Saturday, February 12, 2011

:: Blog sedang dikemaskini ::



I'm back!!
Alhamdulillah..qila sedang dlm proses mengemaskini blog ni..
Berwajah baru, semangat baru..(^_^)

"hapus airmatamu dan jangan bersedih..." hehehe...


Thursday, September 23, 2010

3 tahun sudah berlalu... .. .



Julai@Ogos 2005 berkenalan.
Jun 2007 berkahwin.
Sekarang dah September 2010. Nak masuk Oktober dah..huii.
Pantas sungguh 3 tahun sebelum ni berlalu kan..
Sedar tak sedar perkenalan ni dah menjangkau usia 5 tahun.
Masih ingat dgn ayat "Semoga hubungan ini milik kita selama-lamanya" yg ku titipkan buatmu sempena ulangtahun kelahiranmu ke 19 dahulu? Usia perkataan itu telah menjangkau 4 tahun. Dan Allah telah mula menitip makna kepada kata-kata itu 3 tahun yang lalu. Walaupun 3 lafaz ku perlukan untuk merasmikan segalanya, namun aku yakin..ia permulaan yang hebat, untuk kita lalui 3 tahun sesudahnya; hari ini.

Sayangku Lala;
Kau umpama bintang utara..penunjuk jalan yang terang...
kau beri harapan..saat ku jatuh, bangun semula...

Sastera ini ku tujukan buatmu...



Bidadari, bidadari…temanilah resahku
Bidadari, bidadari…tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya…kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari..jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari…jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci, buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara, penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan…saat ku jatuh…bangun semula

Dan berikan sakti cintamu, penawar racun berbisa
Dan ikatan kita.. cinta abadi hanya di syurga.


Munif.Bidadari.

Thursday, May 27, 2010

Rutin harian yg memenatkan



Letih..

Hanya itu yg kami terlintas di fikiran kami..tp kami redah je..sebab peluang mcm ni xdapat selalu. Kite kene amik! Bile lg dpt cri pengalaman dn keje full-time mcm ni. Ini pun smpai awal bulan 7 je. Selepas sem baru mula, kami akan kerja mgikut waktu lapang di syrikat yg sama. hehe..blh pulak mcm tu..itulah untung kerja dgn org yg kite kenal dn kenal kite. Time ade kelas, blh kerja2 part-time jelah.


Utk akn dtg, kami nk cube tumpu study lebih skit..insyaAllah..bisnes tetap bisnes, kerja tetap kerja, study itu yg patut diutamakan (cewaahh..)..sediakan 'waktu wajib' utk akademik..tp jadual, WAJIB ikutlah..ade jadual saje tp xguna, xgune jugak..hehe..=)

Minggu ni Qila dh start keje full-time (sblum ni izu je) utk wktu siang..dn part-time dn hujung mggu utk wktu mlm. Rutin harian kami, stp pagi, kami keluar ke kerja pkul 8pgi . Kerja start pkul 8.30-5.30pm..hbis kerja kt syarikat lecturer khat kami (Ust Shahrizal) kami terus ke Pusat Bahasa Arab Al-Diwan kt Tmn Melati. Kat sini kerja start pkul 6pm-10.30pm..biasenye Qila akn stay sini, sbb Izu akan keluar mngajar mengaji pkul 8pm-9pm kt Bt. Caves..dn akn ke Al-Diwan semula smntara tggu kelas dsini hbis. Biasenye dlm pkul 11pm lebih bru smpai rumah semula. Kadang2 dekat pkul 12..Ini utk stp hri isnin dn Rabu..

Untuk hari Selasa Khamis dan Jumaat, kerja ofis hour..8.30am-5.30pm..tp biasenye akan bt OT..sbb skrg ni keje tgh byk dn urgent..mlm jugakla bru smpai rumah...senang cerita, mmg hari2 keluar pagi balik mlm..

Belum cmpur Sbtu Ahad...hujung mggu, Qila pulak ajar budak mengaji lpas mghrib..keje yg ni mmbuatkn kami susah utk bergerak hujung mggu..sbb klu pegi mane2, sblum mlm dh kne blik..hujung mggu besenye ade family gathering, xkirelah sebelah qila atau izu..Dulu qila mmg plan xnk kacau hujung minggu..Cukuplah kesibukan hari2 lain..Hujung mggu utk family!=)
Tapi...kesian pulak kt budak yg qila ajar mengaji tu..budak form 1. Hari biase die blik skolah pkul 7.30pm..kul8pm dh mengaji, penat pulak katenye..Last2 qila kate, xpela..qila cube dulu hujung mggu..tp nmpaknye slalu bergnti ke hri biase..sbb hujung mggu ade je destinasi2 brsame fmily..

Utk tempahan bisnes pulak, Izu akn curi2 mase dirumah utk bt..Kadang2, qila bgun tido, izu xde..rupe2nye tgh bt design..xpun, tgh2 mlm..lpas smpai rumh mlm, rehat jap..stay up, bt design smpai siap..Mane yg qila blh bt qila bt, mcm tag program..qila xsuke design..mgkin xde bakat utk itu..mengkritik dn bg pndapat blhla..hehe..Qila lbih suke kerja2 mengurus..sbb tu qila dinobatkn sbg 'Manager & Asst. Designer' utk company kami..hihi! izu pulak 'Designer & Asst.Manager'..pusing2 kt situ jugak..2 org je staffnye pun..=)

Waah...xsangke..dh pnjang rupenye qila tulis..oklh, qila undur dri (ayat skema) nk smbung siapkn kerja yg masih bnyak itu..jumpe lg! dn terima kasih krna mmbace tulisanku ini..hehe...

Wednesday, May 12, 2010

Sesuatu..



Setelah lebih sebulan kami tidak meng'update' blog ini, tiba2 hari ini terdetik di hati utk mencoretkan sesuatu disini.. Mungkin kerana kesibukan berpindah rumah bulan lepas walau pun ketika itu musim final exam. Memang agak menyesakkan jugakla..mane taknye.. mane nk memacking brg, bersihkan rumah baru, mengangkut brg, mane nk study utk final..haisshh...nasib baik ayah dn mak hntar seorg bekas pelatih PLKN lebih awal..hehe..haziq (adik qila) utk bntu2 kerja2 mengangkat brg..klu nk tahu orgnye, yg berbaju merah yg melekat kat grill tu..hihi..

Sampai ade satu hari tu, lpas angkut brg2, siap dlm pkul 3pg lbih kurang..qila, izu, dn haziq berada di tahap yg tersangatlah penat+mengantuk dn memang xde tenaga, kmi tertido dicelah brg2 yg memenuhi ruang tamu tu..masing2 amik port..hehe..

Dan seperti biase, setiap kali pindah rumah, berkumpullah family qila beramai2 dn mnjayakan gotong-royong mengemas rumah..Masuk kali ni, ni adalah rumh ke-6 sepanjang hmpir 3 thun kmi berkahwin..hehe..dh mcm nomadians.....(^_^).

Dr ayah, mak, sume adik beradik...smpaila si tecik 2 org tu (anak kakak qila) ade dtg..smpai tak senang qila nk study mase esok nk final tu melayan karenah alya dgn asyraf..tp seronok! rndu nk jumpe diorg..

Nsib baik qila mmg dh standby notes utk dibace, sbb mmg dh agak..msti tgh serabut wktu 2, mane ade masa nk bukak textbook2 yg pelbagai 2...itu pun, bru bukak notes, si tecik alya dh pggil ti Lala nk ajak main2 dgn die..pantang lepa sekejap, hbis satu muke die bt putaran cakerawala kt page tu..menurut kate 'papa'nye, besenye ape yg Alya conteng tu, masuk exam nnt..ceritenye, kebetulanlah pulak masuk exam tjuk 2...hehehe..blhla lpas ni klu nk exam, pggil alya mntak hint..=)

Berkisar ttg pindah2 rumh ni..bukan ape, kami sayang peluang2 rumh yg lbih baik yg dtg..dn haraplah rumah yg paling latest nih (rumh ats tanah) jd rumah yg terakhir spnjg mghbiskn sisa2 di uia..(sape kate pndah ni xpenat??..hehehe...). Sebelum2 ni, semuanya rumh di tingkat ats..bukn senang nk dpt rumh bwah..sebijik pulak 2..

Inilah rupa rumah mase 1st time pegi tgk rumah..mase ni penyewa lame belum keluar.

Emm, oklah..qila ade keje skit. Sambung kemudianlah pule..wsalam..

Sunday, March 28, 2010

Tanpa tajuk



Hari tu: Hujung bulan ni enta boleh masuk syeikh..
Hujung bulan tu: Maaf syeikh, org yg sewa tu kata tak jadi keluar bulan ni, postpone bulan depan..
Hujung bulan depan tu: Ana mintak maaf sgt2 syeikh..org tu tak jadi pindah pulak..

*Tensen betul!...tp takpa la..tak jadi pindah.

Baru-baru ni: Org tu ckp dkt kak Ani mmg nk keluar 30 haribulan ni..ikut bini die balik Thailand. Jadi kompem la die nak pindah..
Baru je tadi: Maaf la Hafiz..org tu tak jadi keluar..isteri die tak dpt balik Thailand pulak dah..ade masalah..Akak dh pening kepale dah ni...

*Betul-betul tensyen!!

Penelitian penulis dlm isu ni:
1- Rumah si Hafiz tu dah ade org nak sewa. Jadi si Hafiz ni mesti kene pindah jugak.
2- Si suami org Thailand tu pulak dah bagi notis awal nk keluar hujung bulan ni. Maka die harus keluar sbb tuan rumah (kak Ani) pun dh dpt penyewa baru (Hafiz)..

Kesimpulannya: Org tu kene pindah rumah, supaya si Hafiz tu boleh pindah, dan org yg nak sewa rumah si Hafiz tu pun boleh pindah retek....

~pindah randah la korang...

Friday, January 29, 2010

Terbukti; Tak tipu..



Salam berkasih..
Entri kali ni adalah respon kepada entri terdahulu bertajuk 'Buku percuma..nak?' yg disiarkan pada November 23 tahun lalu..Kami dah dapat apa yg telah dijanjikan ~ 'buku percuma' sbg ganjaran mengiklankan peraduan buku PTS...3 buku telah disenaraikan sbg permintaan; Rahsia Bisnes Orang Korea, Mulakan Bisnes Sendiri, dan Buat Duit dari Rumah. Salah satu darinya akan terpilih maka dapatlah kami buku berjudul;


'Buat Duit dari Rumah'..

Semoge kami dapat bayak duit dgn duduk dekat rumah je..hehehe. (PTS ni mcm tau2 je kami ni malas nak kluar2 sgt..~). Terima kasih Sang Pelangi dan PTS utk buku yg best nih! =)

P/s: Jangan lupa promosi buku PTS yg sedang berlangsung sampai 31 Januari ni..3hari aje lagi!
(Tak dpt komisen pun promot ni..~ hehe)

Wednesday, January 20, 2010

..Penantian..

Hati qila tersentuh lg malam ini...
Bukan tak nak slalu update blog..tp kdg2 tu, dgn berbloggers, qila bimbang qla akn terlayan perasaan2 sedih qila..bile melawat2 blog kawan2 lain..lbih2 lg yg dh berkahwin..

Qila cukup sensitif bt mase ni..qila mudah bersedih..mudah terasa..hmmmhh..
org lain rajin update blog..semua byk bercerita berkisarkn ttg anak masing2 (bg yg dh ade anak)..tak kurang jugak bt yg baru menerima berita ttg kehamilan mereka..tahniah qila ucapkan!..bt mawaddah, aniem, k.nadiah..dn mgkin ade lg yg qila xsebut nme die..

Tiap kali qila bce blog org lain, perasaan pertama yg lahir..gembira beserta senyuman melihat telatah anak2 diorang..sgt comel..dn mendengar berite2 gmbira yg dikhabarkn..dn..xlame lpas tu, sedih pulak dtg bertandang..
Bile pulak giliran tu datang lg utk kami...

Qila xboleh terus mcamni..xpe, qila tau qila kuat!..kuat dsamping sokongan2 insan yg benar2 menyayangi..terima kasih abg krna byk bg sokongan pd Qila..Wpun kita belum dikurniakan anak, tp qila sgt2 bersyukur dikurniakan seorang suami yg sgt2 memahami perasaan dn isi hati Qila..bt mak ayah yg cukup mgambil berat..tak kurang keprihatinan dr umi abah..

Ape pun, qila sgt berterimakasih pd Allah..krana Dia dh pilih qila utk diuji..pgalaman mengandung bg qila sgt 'indah'..walaupun qila sempat merasakannya hanya seminggu (ketika usia kndungan mencecah 1 bulan stgah). Kami akan sentiasa menanti..menanti..dan akan terus menantikan saat indah itu utk kmbali lg..