Nabi Zakaria dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya pada usianya yang sudah lanjut sementara isterinya adalah seorang wanita tua yang mandul dengan maksud agar manusia tidak pernah berputus asa terhadap kurnia dan rahmat Allah swt, sebagaimana firman-Nya:
Ertinya : “(yang dibacakan Ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.” (QS. Maryam : 2 – 3)
Mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Zakaria di atas, sekuat manalah ujian yang Allah beri pada kita jika dibandingkan dgn Nabi Zakaria ini, tidak dilontarkanNya ujian diluar kekuatan setiap diri insan..Lagi pun ramai lagi di luar sana yang diuji dengan bermacam-macam bentuk ujian. Bisik hatiku.."Inilah dugaan.."
Maka bersabarlah hati..(^_^)
::23 Februari 2011::
Ketidakselesaan badan sejak akhir-akhir ini membuatkan qila tergerak hati untuk ke klinik. Mungkin disebabkan tenaga yang dikeluarkan melebihi tenaga yang masuk ke dalam badan...ditambah lagi dengan sakit kepala yang makin menjadi-jadi..
Qila ni sebenarnya bukanlah jenis yang mudah untuk diajak ke klinik. Namun setelah dipujuk, akhirnya qila akur.
Perancangan diatur. Selesai kelas tahfiz pukul 12.50pm, Qila dan Izu ke kafe untuk makan tengahari.
Selepas itu, kami terus menuju ke klinik UIA. Dipendekkan cerita, doktor membuat ‘surat refer’ untuk Qila ke HKL atau mana-mana hospital kerajaan untuk melakukan ultra-sound.
Bimbang jika ada sebarang kemungkinan yang doktor di sini tidak dapat pastikan. Menurutnya tiada sebarang masalah, cuma untuk lebih kepastian, Qila digalakkan untuk ke hospital.
Antara tujuan lain kami ke klinik adalah disebabkan peristiwa 16 April 2009..keguguran yang memberi 1001 hikmah buat kami suatu ketika dahulu. Menjawab soalan doktor tentang tarikh gugur dulu, membuat hati Qila kembali terkenang saat-saat itu.
Tak sangka dah hampir 2 tahun dari tarikh tu..namun belum menampakkan sebarang tanda lagi. Mungkin belum sampai masanya.
Selesai urusan di klinik, kami ke masjid untuk solat. Airmata yang ditahan sejak dari tadi kini tumpah jua. Qila menangis semahunya..tanpa mempedulikan jika ada mata-mata yang memandang.
Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.
Ya Allah, cuma satu… cuma satu… janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!
Ameen...
Ya!...Allah sudah merancang sesuatu yang paling terbaik buat Qila & Izu..
---> Ketentuan Allah adalah rahsia Allah..<---
Bibirku kembali mengukir senyuman. Tiada yang perlu disedihkan..cuma terkenangkan peristiwa lalu..
Kepada “si dia”, terima kasih kerana sentiasa memberi kekuatan pada Qila..
Kaki ini meneruskan langkah untuk ke kelas Jarh wa Ta’dil petang itu..(dlm hati berfikir supaya tak ada yang perasan yang Qila baru lepas menangis)...
Truly,