Tuesday, August 18, 2009

Teori ekonomi dalam rumahtangga.

Fixed cost (kos tetap) merupakan kos yang tidak selari dengan jumlah keluaran. Bermakna, pertambahan bilangan jumlah keluaran sesuatu produk tidak akan menambah atau mengurangkan fixed cost. Adapun variable cost (kos berubah) pula merupakan sebaliknya. Variable cost ialah kos yang bertambah, seiring dengan pertambahan jumlah keluaran. Contoh termudah bagi fixed cost ialah sewa rumah kediaman, manakala bagi variable cost pula ialah susu tepung bagi pasangan suami isteri yang mempunyai cahaya mata.

Perlukah mahar dijadikan fixed cost? Seorang lelaki yang 'risk averse' akan menjawab "Ya", dengan syarat nilainya mestilah pada kadar yang rendah. Mengapa perlunya syarat? Kerana, jumlah dan kualiti keluaran belum dapat dipastikan, sama ada mereka akan bahagiakah hidup bersama? atau mereka bakal punya zuriatkah jika disatukan?

Bagi perempuan yang yakin dirinya subur dan punya pekerti yg baik akan selantang-lantangnya menolak...mengapa? kerana dia sangat pasti yang kilangnya aktif dan kualiti hasil keluaranya mampu memenuhi permintaan pengguna. Oleh itu, menurut mereka adalah seharusnya mahar dijadikan variable cost dan bukanlah fixed cost. Seandainya ini yang berlaku, maka pihak lelaki perlu berdepan dengan kenyataan bahawa semakin baik pekerti bakal isterinya dan kemungkinan besar banyak zuriat yang mampu dihasilkan, semakin mahal mahar yang perlu dibayar.

Hasil keluaran yang banyak dan berkualiti akan menjamin pulangan yang sangat lumayan. Ini pastinya akan membantu sesebuah syarikat rumahtangga untuk berdaya saing dan kekal maju, seterusnya mengelak daripada berlakunya bankrupsi.

Bankrupsi dalam hubungan kekeluargaan membawa maksud perpecahan atau perceraian. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada bankrupsi rumahtangga, antaranya berlaku pecah amanah dalam syarikat, kegagalan dalam meneraju organisasi dan tiada persefahaman sesama anggota syarikat.

Pecah amanah dalam syarikat berlaku apabila suami atau isteri berlaku curang dan tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar terhadap struktur rumahtangga. Hari-hari yang dilalui tampak semakin suram dan akhirnya akan menjadi hitam legam.

Kegagalan menerajui organisasi berpunca daripada kurangnya ilmu dalam diri suami. Suami yang merasa terbeban dgn tanggungjawab akan cenderung utk memilih redha tuhan dari redha isteri semata. Memenuhi kehendak serta keinginan isteri tanpa menelusuri landasan agama secara kritikal bakal membawa kepada kancah yang maha dasyat. Kebebasan dan kesenangan yang difikirkan mampu memenangi hati insan tercinta akhirnya mengundang murka tuhan dan menduga pengakhiran yang ternyata buruk.

Seandainya seorang suami dikurniakan isteri yang beretika dan rajin bekerja, manakala si isteri memiliki majikan yang amat penyanyang dan bertanggungjawab, adakah hari-hari yang mendatang pasti membawa seribu keuntungan? Pusingan Ekonomi (economic circle) mengajar kita erti pasang surut kehidupan. Nasib manusia mutlak di atas tangan-Nya. Hanya Dia yang memahami setiap takdir yang dicipta. Ujian persefahaman antara lain bakal di titip ke atas insan yang disayangi-Nya.

Ujian adalah rahmat bg mereka yang mampu berfikir. Nah, maka di sini lah peri pentingnya memiliki suami yang fasih di bidang ekonomi. Setiap percaturan diteliti sebaik mungkin sebelum jalan keluar yang terakhir kali dinokhtah. mengapa ekonomi?? nanti sambung...

7 comments:

Art Nordin said...

salam...

boleh mudahkan lagi tak? x phm lak pe nak disampaikan..

layla_elyas said...

both can be applied..variable cost is quite interesting to be implimented..need xplaination..consult elias..huhu (^_^)

Art Nordin said...

haa..izuqila..baru saya dapat faham apa yg ditulis semalam... hurm..saya pon pilih variable cost gak la..

izuqila said...

Mmm..insan kecil, smalam cite tu tak habis lagi..mgkin sbb tu tak faham..teori yang tak boleh dipakai sgt pun..saje sembang2..kukuhkan pemahaman..

Eh..elias ke layla yg nak variable cost ni..hehe..dh fikir masak2? Tapi dgn bukti yg dh ade skrg..layakla mahar utk layla dulu mahal..takpe, masuk buku dulu la..haha..dpt anak ke2 nanti, mahar yg dulu tu times 2...best tak??

layla_elyas said...

the opinion comes from ELIAS..huhu
leh caya x..variable cost is interesting for him..how lucky i am..as a wifeeeyy..:-)

izuqila said...

mungkin pelatih renang semuanya begitu...hehehe

izuqila said...

nanti sambung..bile la agaknye tu..hehe