Followers

Friday, September 4, 2009

Quran dan Ramadhan

Salam Ramadhan.
Malam ni merupakan malam yang ke-14 Ramadhan. Bagaimana dengan azam istimewa kita utk bulan yang penuh barakah ni? Menurut percaturan atau tidak? Atau hanya sekadar indah di minda tanpa sebarang usaha.

Salah satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Nabi sempena bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ada di antara kita yang berusaha sedaya upaya untuk khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadhan sama ada sekali atau 2 kali. Bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan individu utk menghabiskannya dalam masa sebulan.

Bagi mereka yang kurang lancar atau masih tergagap-gagap, berazamlah utk menghabiskan separuh daripada Al-Quran atau setidak-tidaknya 1 juzuk. Ini kerana, golongan ini akan memperolehi 2 kebaikan; yg pertama: kebaikan kerana membaca Al-Quran, dan yg kedua: kebaikan dek kerana sabar ketika membaca Al-Quran. Dan setiap dari kebaikan ini ada 10 ganjaran. Dan tidaklah 'Alif Lam Mim' itu satu kebaikan, tetapi Alif satu kebaikan, Lam satu kebaikan dan Mim satu kebaikan.
[Alif laam..meem... = (1+1+1) x 10 x 2 = 60 ganjaran utk satu ayat yg hanya ade 3 huruf] ...ibarat kita bayar 10sen je utk copy sebuah buku setebal 600 muka surat..Wow!!

Perlu diingat, ganjaran di atas ini adalah untuk selain daripada bulan Ramadhan. Manakala bagi bulan Ramadhan, ganjaranya Allah saja yang tahu. Maha Pemurah Allah.

~~Anda tak buat, Anda tak dapat~~

5 comments:

maais said...
This comment has been removed by the author.
maais said...
This comment has been removed by the author.
maais said...

betullah tu......lala.......

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..em entry yg ini bgus..dapat bgthu pada para pembaca bahawa hikmah selepas membaca Alquran..ustaz selalu ibgatkan kat sy kalau tengah belajar taranum..byk pahala kita blh dapat..hebatnye pemberian Allah..kdg Allah dah byk bg peluang pada manusia kat muka bumi ni tok memnmbah amalan dan ibadah tp manusia tetap leka dengan dunianya..sama2x la kita muhasabah..

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam kak izu..samat hari ry..maaf salah silap..=)