Followers

Wednesday, May 18, 2011

Buat buku merah (part 2)

Selepas darah Qila diambil, ia perlu dihantar ke makmal..keputusan darah pula, dihantar semula ke bilik yang mula2 Qila masuk tadi.

Selesai part darah2, sesi pertemuan dgn doktor pula. Ni lg 1 yang membuatkan Qila teraamatlah boring. Part menunggu giliran nak jumpa doktor. Masa ni, dah nak hmpir ke pukul 1 (a.k.a waktu rehat staff2)..nasib baik Qila tak ditunda ke sesi pukul 2..xde keje nak datang balik.

Jumpa doktor, macam xde ape sangat..doktor nk scan pun kecik lg katanya..lagi pun doktor tu macam nak cepat je..humm..

Step terakhir, lepas keluar dr bilik doktor, pergi pula ke kaunter depan yang mula2 td utk ambil tarih appoinment seterusnya.

Dan...akhirnya....selesai..

Kami menuju ke destinasi seterusnya..ke opis En. Iju..sebelum tu, perut yang dr tadi menggelegak, minta diisi.

Tengah2 menjamu hidangan, tiba2 teringat! Klinik takde bg ubat ke?? macam pelik je..Qila call akak Qila. Menurut akak, sepatutnya ada bg..

Haisshhhh......tak pasal2 kena pegi klinik balik jugak.

Sampai klinik, Qila ditegur oleh seorang nurse, nurse yang gelakkan Qila mase Qila tersalah dengar nama tu.

"eh, adik ni tak balik2 lagi ke..? dh dekat setengah hari kat klinik."

Dalam hati Qila.."tau takpe..punye lah lame menetap kt klinik hari ni..".

"Em..akak, untuk yg baru buat buku sepatutnya dapat ubat kan?"

"o0owhh, adik tak dapt ye? mari ikut akak."
"blaa...bla..bla..(penerangan ttg ubat).."

Kali ini barulah selesai dengan selesainya..dan ini mungkin kali pertama dan kali terakhir Encik Iju boleh menemani saya buat check-up utk kandungan.


Truly,

2 comments:

layla_elyas said...

salam, qila, lepas dh dftar buku merah kan, qila smbung wat kat uia bawak buku tu juga..mmg leceh klinik luar..klinik uia not bad,,setengah jam je siap semua..;) pegi awal2 pagi lah

izuqila said...

wsalam..
k.layla, maaf lmbt balas..

qila xdpt nk smbung uia dh..sbb dh hbis blajar..nk grad..
so, xblhla..