Apabila Allah cepat makbulkan doaku, maka Dia menyayangiku..
Firman Allah maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (surah Al-Baqarah: 186)
Apabila Dia lambat makbulkan doaku, Dia ingin mengujiku...
Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kpdanya ketenangan dan kelapangan dlm hatinya atau mengelakkan dirinya drpd kecelakaan, atau menggantikannya dgn pahala."
Menurut hukama': "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi drpd apa yg dipohon, atau ia menolak dgn musibah atau penyakit lebih byk drpd apa yg dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."
Apabila Dia tidak makbulkan doaku, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukku..
Firman Allah maksudnya: " Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah maksudnya: " Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."
2 comments:
Bese dgr ayat tu tanpa disertakan dengan firman ALLAH / hadith.. ini lengkap dengan firman ALLAH untuk setiap ayat tu.. nak copy boleh tak? nak print tampal kt dinding.. hihi..
izu dan qila, insya ALLAH, doa kamu akan diperkenankan suatu hari nanti.. kalau la kite hamba-NYA diberi peluang melihat hikmah yang sudah tersusun untuk kite, pasti kite akan sabar, sabar n sabar..
Kami pun dalam dugaan jugak.. dugaan kewangan.. sempit sungguh rase skang.. sebab tu mintak izin nak copy n print n tampal kt dinding.. biar tenang sikit hati ni.. =)
sile2 puan anim...(",)
tp klu nk, betulkn skitla..ade bbrapa pktaan yg qila gune singkatan..xnk ubah pn up 2 u..hihi..
betul kate2 pn anim 2...yg pnting sabar..dn..kaji hikmah ats ape yg brlaku pd kite..jgn mudah bersangka buruk dgn Tuhan..
insyaAllah..selagi kite hidup, adelah rezeki utk kite...=)
Post a Comment