Kami bergegas ke Hospital Selayang utk dapatkan pemeriksaan awal dan scan kandungan. Tapi jawapan yang mengecewakan juga menanti di kaunter Hospital Selayang. Rupanya Hospital Selayang hanya melayan kandungan yang bermasalah. Mereka perlukan surat rujukan dari klinik kesihatan atau klinik swasta. Hampa dengan situasi yang sedang kami hadapi, kami terus pulang ke rumah. Hajatnya nak pergi klinik esok hari je. Tapi bila sampai rumah, pendarahan pulak berlaku. Ya Allah...ape dah jadi nih..
Tak fikir panjang lagi..kami terus ke klinik swasta yg berada tak jauh dr rumah. Mahal pun mahal la..
Sampai klinik, doktor scan kandungan dulu. Tapi tak jumpe pulak 'rumah baby' tu. Hmm..Suspen betul. Doktor bagi 3 andaian awal; 1) belum dapat di kesan, 2) keguguran 3) kandungan luar rahim. Lepas tu doktor bagi surat rujukan ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Total charge: Rm30...boleh tahan.
Keluar dr klinik, kami singgah di Pejabat Urusan Dimaz Delima Industries Sdn Bhd (dekat2 situ jugak). Kak Zainab (Pengarah Urusan) bagi kata-kata semangat dan cadangkan jalan keluar utk masalah ni. Tengok la macamana esok. Kak Zainab nak bawak qila jumpe doktor pakar dekat Pusat Perubatan Az-Zahrah..dekat Bangi.
Doakan agar kandungan qila selamat. Mungkin qila agak renyah sikit hari ni..
2 comments:
Moga2 Qila n bakal baby selamt.Mmg klu 6mggu sgt2 baru.Apa kata bila Qila pegi buat check up esok,Qila mnum air msk byk sikt?Sbb klu kt mnum byk air,msa scan mmg blh nmpk baby kita.Lg 1,lps ni Qila knakurangkn smua aktiviti bejalan,mmasak.Byk2 rehat,baring.Mntk Izu tolng support yea.
Pusat perubatan az-zahra memg bagus.. kakak anim selalu gi sane bawak anak sedara.. agak islamic la.. moga baby Qila sehat ye.. jangan tensen sangat tau walaupun exam week sekarang..
Post a Comment