Followers

Wednesday, April 29, 2009

Nak baring lagi?

Tak keruan hidup hari ni. Bangun pagi tak bermaya. Rasa nak baring sampai petang je. Sampai malam..

Tapi tu tak akan berlaku. Malah tak boleh berlaku pun. Ada insan yg perlukan perhatian. Perhatian dari seorang suami. Si isteri masih belum pulih sepenuhnya dari kesakitan lantaran keguguran tempoh hari. 'Keguguran atau masih berisi' bukanla isi penting buat masa ni. Sebaliknya respon suami kepada 'keguguran atau masih berisi' itu sendiri yang perlu diberi perhatian. 100% berbeza daripada melihatkan si isteri sihat segar..semuanya terurus.

Allah dah tumbuk mata si suami. Lebam. Baru la nak sibuk berdiri dekat dapur. Basuh pinggan. Sejarah sebelum bersalaman dengan Dato' Imam Mahat perlu diulang. Terpaksa? Sukarela? Sapa peduli. Si suami saja mengerti. Si isteri kurang bermaya.





Nak baring sampai malam ke?

0 comments: