Monday, April 13, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009


Alhamdulillah, dalam izu sibuk2 jaga qila yg masih belum pulih, smpat jugak izu siapkan satu projek utk Darussalam Int'l Publishing & Distribution Sdn Bhd iaitu 'flyer' yg akan diedarkan semasa  berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 nanti..

Di pesta buku ni kita boleh dapatkan bahan-bahan bacaan yang terkini dan berkualiti selain berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pesta buku yang bermula sejak 28 tahun lalu ni jugak merupakan satu acara utama bagi industri buku di Malaysia.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 ini akan berlangsung seperti berikut; 

Tarikh : 17-26 April 2009 / Waktu dibuka; 10.00 am hingga 8.00 pm (Isnin-Khamis) / 10.00 am hingga 9.00 pm (Jumaat-Ahad) / Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur / Masuk percuma.

Banyak lagi aktiviti lain yg disediakan...

Boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Pesta Buku Antarabangsa 2009 ni kat sini.

Friday, April 10, 2009

Tiada lagi penantian..


Isteri abang Manje..

Allah tu Maha Adil kan..
Semestinya Allah ada alasan kenapa Dia perlu gugurkan kandungan Manja, anak kita..

Kita belajar daripada pengalaman..Pastikan kandungan akan datang milik kita..Ye Manja..

Thursday, April 9, 2009

Doakan agar kandungan qila selamat..


"Dekat sini hanya buat follow up utk kandungan 4bulan dan ke atas je.." terang seorang jururawat yang bertugas dekat kaunter Pusat Kesihatan UIA petang tadi. "Untuk peringkat awal ni adik kena pergi klinik kesihatan la dulu.." tambahnya.

Kami bergegas ke Hospital Selayang utk dapatkan pemeriksaan awal dan scan kandungan. Tapi jawapan yang mengecewakan juga menanti di kaunter Hospital Selayang. Rupanya Hospital Selayang hanya melayan kandungan yang bermasalah. Mereka perlukan surat rujukan dari klinik kesihatan atau klinik swasta. Hampa dengan situasi yang sedang kami hadapi, kami terus pulang ke rumah. Hajatnya nak pergi klinik esok hari je. Tapi bila sampai rumah, pendarahan pulak berlaku. Ya Allah...ape dah jadi nih..

Tak fikir panjang lagi..kami terus ke klinik swasta yg berada tak jauh dr rumah. Mahal pun mahal la..

Sampai klinik, doktor scan kandungan dulu. Tapi tak jumpe pulak 'rumah baby' tu. Hmm..Suspen betul. Doktor bagi 3 andaian awal; 1) belum dapat di kesan, 2) keguguran 3) kandungan luar rahim. Lepas tu doktor bagi surat rujukan ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Total charge: Rm30...boleh tahan.

Keluar dr klinik, kami singgah di Pejabat Urusan Dimaz Delima Industries Sdn Bhd (dekat2 situ jugak). Kak Zainab (Pengarah Urusan) bagi kata-kata semangat dan cadangkan jalan keluar utk masalah ni. Tengok la macamana esok. Kak Zainab nak bawak qila jumpe doktor pakar dekat Pusat Perubatan Az-Zahrah..dekat Bangi.

Doakan agar kandungan qila selamat. Mungkin qila agak renyah sikit hari ni..

Sunday, April 5, 2009

Doakan keselamatannye...yek!

Ape ni?..
hCG (Human Chorionic Gonadotropin)..
Alat utk mengesan kehamilan..
2 line tu maksudnya positif..dan kami bakal jadi Mama & Walid..

InsyaAllah due 4 Disember ni..(^^)

Doakan keselamatannye...yek!


ALLAHUMMA AHFAZH WALADII MAADAAMA FII BATNII, WASYFIHI ANTA SYAAFIN LAA SYIFAA'A ILLAA SYIFAA'UKA, SYIFAA'AN LAA YUGHAADIRU SAKAMAN. ALLAHUMMA AKHRIJHU MIN BATHNII YAWMA WILAADATIHI SAHLAN WATASLIIMAN. ALLAHUMMA AJALHU SAHIIHAN KAAMILAN KHAZIQAN 'AAQILAN 'AALIMAN 'AAMILAN, ZAKIYYAN MU'MINAN SAALIHAN, ALLAHUMMA AHSIN KHULUQAHU WAFSAH LISAANAHU WA AHSIN SAWTAHU, LIQIRAA'ATILQURAANI WALHADIITSI, BIBARAKATI SAYYIDINAA MUHAMMADIN SALLALLAAHU ALAYHI WASALLAM.

Ertinya:
"Ya Allah, jagalah anak yang sedang berada di dalam kandunganku ini; berilah
dia kesembuhan karena tiada siapa yang memberinya selain Engkau juga,
kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan-kesan yang tidak elok.
Ya Allah, keluarkanlah ia dari perutku dengan cara yang paling mudah dan selamat.
Ya Allah, kurniakanlah kepadanya kesehatan, kecerdikan, pengamalan dan ilmu.
Ya Allah, jadikanlah ia anak yang berbudi bahasa, pandai becakap serta merdu
suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis, dengan berkat penghulu kami Mabi
Muhammad S.A.W."

Friday, March 20, 2009

Tag Muktamar Sanawi ke-12 PKPIM UIAM










































Tempahan tag terbaru..Ni versi-versi tag utk muktamar pkpim.. Tak tau la ape pandangan orang. Mungkin kelihatan agak serabut..banyak sgt jenis font dipakai..dan mungkin warne kurang menarik.. Ape2 pun, komen yg membina dialu-alukan..Boleh komen sikit??

p/s: some alteration on the tag's info hve been done.

Wednesday, March 18, 2009

Kalau tak mule dari skrg, bile lg...ye tak?

بسم الله الرحمن الرحيم
Bermula dengan sebuah perkahwinan (di rumh phak prempuan)..,
kami seterusnya memulakan pengajian semester 1 07/08 di IIUM Gombak pula. Memandangkan cuti yg terhad, kami hanya dpt melangsungkan majlis kami di sebelah pihak lelaki setelah habis semester 1..yg mana kad jemputannya direka sndri oleh Izu dn disunting oleh Qila.

Bermula dgn hasil kerja pertama ni, kami mula menerima tempahan design dr rakan2 (ape2 jenis design). Antaranya rekaan logo syarikat & persatuan, watikah merdeka utk konvoi merdeka (ditndatangani oleh MB Phg), tag, brochure, banner, sijil, poster dll. 2 org abg izu yg berkahwin selepas kami pun menggunakan khidmat izu utk kad kahwin mereka..
Al-maklum la..izu kan langkah 2 bendul...kehehe.


Sehingga kini kami masih menerima tempahan design. Tapi lebih kepada tempahan tulisan 'Arabic Calligraphy (khat)', sama ada dlm bntuk rubberstamp atau ape2 je la, disamping menyediakan arabic sticker keyboard utk pgguna2 keyboard arab.

(Sekretariat Dakwah Negeri Pahang)

Izu juga merupakan designer bg produk herba Dimaz Delima industries Sdn Bhd. Izu ditugaskan utk mengubah design2 yg sedia ada kepada yg lebih elegan dan komersil. Setakat ini izu baru selesai 3 produk..


(Ada satu lg, tapi takde pulak gambar die)

Alhamdulillah, baru2 ini (Isnin, 16 Mac 09) kami telah pun mendaftarkan perniagaan kami ini. Maka dengan ini tertubuhla "eyeQreative Studio Enterprise" yg berpusat di rumh kami sndri;
69-2B, Jln 3, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, S'gor.

eyeQ - asal dr 'IQ' - Intelligence Quotient, juga memberi maksud 'Izu & Qila'.

Qreative - 'kreatif', hmm..

eyeQreative - mata yg kreatif...

Ape2 pun, semua ni merupakan jentikan awal ke arah perniagaan yg lebih matang di masa akan datang. Kalau tak mule dari skrg, bile lg...ye tak?

Thursday, March 12, 2009

kami dh pindah rumah..


Alhamdulillah...
Dengan kudrat yang Allah beri, akhirnya kami selesai berpindah rumah.
Walaupun kami mengalami banyak kesukaran trutamanya dlm proses mengangkut brg..
xde knderaan..brg2 yg brt yg mmrlukn tnga llaki mcm peti sejuk, msin basuh.. Masa yg suntuk utk kmas dn kosongkn rumh (tgh sibuk dgn mid-term test, assg, prsnttn) dll.. Rase tak sanggup nak ingat balik..penatnye..sedih..sedih sbb xde yg betul2 rela nk hulurkan bntuan..mungkin mrka sibuk dan ade hal masing2. Kami xsalahkan sesape pun. Kami pun klu blh xnk mnyusahkan org lain..tp..apakan daya kami..bayangknlah..berpindah rumah dgn mgunakan tnaga seorg llaki dn tnaga seorg prmpuan.

Dlm mase seminggu sblum 'due date' utk kosongkn rumh, kami basuh rumh baru, dan mula angkat brg sdikit demi sdikit mane yg blh bwak gne mtor. Kami sewa lori hr khmis mlm sbb abg lori tu keje siangnye. Malang skali..mlm 2 hujan. tpksa tggu hujn reda. Bila hujn dh reda, lbih kurg dkat pkul 11pm, kmi start agkut brg dr tgkt3 ke lori. Abg lori kte, dh siap agkt btau, lmbt pun xpe. Dgn lori ni, kmi agkt brg2 bsar+berat je..smpai penuh. Lori pn xbsar sgt. Selesai agkt brg ke lori pkul 2am. Gerak ke rumh baru. Pastu agkt brg dr lori ke tgkt 3 jgak.. Lbih kurg pkul4am, selesai agkt brg2 dr lori td. Yg tinggal di rumh lame hanyalah brg2 yg blh angkut gne kereta je..

Tak dpt gmbarkn mcmane penatnye hari tu..
Tp Alhmdulillah, masih ade stdnt UIA yg blh tlg kami. Syukran ala husnikuma..

Klu kita sedih..Allah tahu btapa kesedihan kita 2..
klu kita penat yg teramat sgt2 pun, Allah tahu semua 2..
yg penting, kita bergantung harap HANYA pada Dia..
sbb Dia TAKKAN kecewakan kita..
cume kite je..slalu leka dn lalai dgn apa yg Dia perintahkan pd kita."

sbg cntoh..mase kmi nk agkt brg yg paling brat- kami rase la (peti sejuk), ttibe pak cik guard yg keje bhmpirn rumah kami tawarkn diri nk tlong agkt peti 2..die nmpk peti 2 mcm xterangkat je..bila agkt bertiga, kurg skit beban kan..tu tndenya Allah tak pernah lupakan kita bila kita xlupakan Dia..terubat kesedihan td.

lepas tu, mak ade telefon. mak pesan "klu penat sgt, xyah agkt semua..mak dgn ayah dtg Sabtu ni, Syafiq (adik) pun ikut. nnt kita agkat baki2 brg naik keta.."
qila serba salah..kesian la dorg penat2 smpai dr Johor..nk kne g agkt brg plak..
mak kate "xpe..mak g sane pun sbb nk tlg pndah rumah."
Makin terubat kesedihan td..itulah kasih seorg ibu..nalurinya dpt me'rasa'kan keperitan yg dirasai oleh anaknya..

Bila kami fikir2kan balik, mgkin byk hikmahnya Dia detikkan hati kami utk bpndah rumah ni..antara sedar dan tidak je. Antaranya mungkin..
>> sentiasa bergantung harap HANYA pada ALLAH..banyakkan berdoa moga dipermudahkn segalanya.
>> kita dpt mngenal siapa "kawan" dn siapa "sahabat" kita..
- kita memang ramai kawan..sape2 pun blh jd kawan kita. berlambak2 kn..tp nk 'recognize' siapa yg blh jd sahabat sgt susah..terima kasih byak pd yang membantu secara langsung atau xlangsung. hanya Allah yg dpt balas jasa kalian.

Maaflah..pnjg pulak entri kali ni. sekadar luahan perasaan..
Untuk makluman, kami berpindah ke Centrepoint Batu Caves. berhadapan Giant (yg budak UIA slalu g tu)... Lokasi rumh kami brhmpiran dgn kdai Double A, kdai2 lampu, tangki air besar 2..rumah kami 2 dikenal sbg 'service apartment' @ bhs mudahya rumah kedai. klu ade kelapangan, jemputla dtg ke rumah kami...=)

Friday, February 27, 2009

naik tksi saya cik? mehla..

bbrapa minggu yg lepas..
akak qila ajak jalan2 Jusco Tman Equine..jd babysitter si Puteri Alya..
emm,best jgk! rndu kt Put! eh,alya..hehe..

smpai2 die tgh tido..


org dtg jauh2 nk jmpe die,die tido plak..
"bangunla alya..."

lpas kacau2, die bangun pon..blurr je muke die..keh2..


put pkai sweater nk cover perut die..yg mkin buncit..
nk lwan mummy die kt sblh 2..mummy die dh 5bulan lbih, put dh lbih 12 blan..


abis 1 jusco die round..cri keje kosong..
pastu jmpe jgk akhirnye..rezeki die..

dpt jd drebar teksi pink!!..


naik tksi saya cik? mehla..

Thursday, February 12, 2009

Ade komen??


Ni projek yang terbaru..belum publish lagi..
Tag untuk program 'mentor mentee E.M.A.S' under 'Titian Wahyu Club'.

[14 Februari]
>>dah publish sebahagiannya.

[20 Februari]
>>beres dah.




Ade komen??

Kenape?? Teringin nak ade satu??..

Salam..
Hmm..Izu dan qila dah makin sibuk dengan urusan dunia..cari duit lebih sikit.
Terbaru, izu mula terlibat secara langsung dlm bisnes rubber stamp khat/jawi.
Tapi khat ni bukan izu sendiri yg buat. Tugas izu cuma edit khat yg telah ditulis oleh Symidi (penulis khat merangkap bos Izu) menggunakan perisian komputer yg dikenali sebagai Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Kadang2 Symidi perlukan bantuan Nazri (kawan kami) utk tulis khat (kalau khat tu susah nak buat, ataupun byk sgt tempahan). Secara tak langsung kami mempersembahkan hasil tulisan khat yg asli kepada pelanggan, bukan guna arabic fonts yg ada dalam komputer.
Huu..Best tak?..

Ni contoh2 khat yg dah siap...













Nak kate banyak untungnye takde la sgt kalau nak dibandingkan dgn kesulitan yang dihadapi utk siapkan satu khat..nak edit pun leceh.

Kenape?? Teringin nak ade satu??...hehe
email izu;
eyeqreativestudio@yahoo.com