Saturday, September 12, 2009

zaman sibuk hari tu..

Berikut design2 yg izu belum letak kat sini..


Logo Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya - (retouch)




Tag Program UIA




Cover Katalog dari 3 Syarikat Antarabangsa,
yg diuruskan oleh Darussalam Malaysia





Business Card Faisal's Videostudio



Banner Tuisyen Rakyat Percuma

Friday, September 4, 2009

Quran dan Ramadhan

Salam Ramadhan.
Malam ni merupakan malam yang ke-14 Ramadhan. Bagaimana dengan azam istimewa kita utk bulan yang penuh barakah ni? Menurut percaturan atau tidak? Atau hanya sekadar indah di minda tanpa sebarang usaha.

Salah satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Nabi sempena bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ada di antara kita yang berusaha sedaya upaya untuk khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadhan sama ada sekali atau 2 kali. Bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan individu utk menghabiskannya dalam masa sebulan.

Bagi mereka yang kurang lancar atau masih tergagap-gagap, berazamlah utk menghabiskan separuh daripada Al-Quran atau setidak-tidaknya 1 juzuk. Ini kerana, golongan ini akan memperolehi 2 kebaikan; yg pertama: kebaikan kerana membaca Al-Quran, dan yg kedua: kebaikan dek kerana sabar ketika membaca Al-Quran. Dan setiap dari kebaikan ini ada 10 ganjaran. Dan tidaklah 'Alif Lam Mim' itu satu kebaikan, tetapi Alif satu kebaikan, Lam satu kebaikan dan Mim satu kebaikan.
[Alif laam..meem... = (1+1+1) x 10 x 2 = 60 ganjaran utk satu ayat yg hanya ade 3 huruf] ...ibarat kita bayar 10sen je utk copy sebuah buku setebal 600 muka surat..Wow!!

Perlu diingat, ganjaran di atas ini adalah untuk selain daripada bulan Ramadhan. Manakala bagi bulan Ramadhan, ganjaranya Allah saja yang tahu. Maha Pemurah Allah.

~~Anda tak buat, Anda tak dapat~~

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem..

Wishing a very blessed Ramadhan 1430H for all Muslims around the world . Colours your Ramadhan with great ibadah.

Tuesday, August 18, 2009

Teori ekonomi dalam rumahtangga.

Fixed cost (kos tetap) merupakan kos yang tidak selari dengan jumlah keluaran. Bermakna, pertambahan bilangan jumlah keluaran sesuatu produk tidak akan menambah atau mengurangkan fixed cost. Adapun variable cost (kos berubah) pula merupakan sebaliknya. Variable cost ialah kos yang bertambah, seiring dengan pertambahan jumlah keluaran. Contoh termudah bagi fixed cost ialah sewa rumah kediaman, manakala bagi variable cost pula ialah susu tepung bagi pasangan suami isteri yang mempunyai cahaya mata.

Perlukah mahar dijadikan fixed cost? Seorang lelaki yang 'risk averse' akan menjawab "Ya", dengan syarat nilainya mestilah pada kadar yang rendah. Mengapa perlunya syarat? Kerana, jumlah dan kualiti keluaran belum dapat dipastikan, sama ada mereka akan bahagiakah hidup bersama? atau mereka bakal punya zuriatkah jika disatukan?

Bagi perempuan yang yakin dirinya subur dan punya pekerti yg baik akan selantang-lantangnya menolak...mengapa? kerana dia sangat pasti yang kilangnya aktif dan kualiti hasil keluaranya mampu memenuhi permintaan pengguna. Oleh itu, menurut mereka adalah seharusnya mahar dijadikan variable cost dan bukanlah fixed cost. Seandainya ini yang berlaku, maka pihak lelaki perlu berdepan dengan kenyataan bahawa semakin baik pekerti bakal isterinya dan kemungkinan besar banyak zuriat yang mampu dihasilkan, semakin mahal mahar yang perlu dibayar.

Hasil keluaran yang banyak dan berkualiti akan menjamin pulangan yang sangat lumayan. Ini pastinya akan membantu sesebuah syarikat rumahtangga untuk berdaya saing dan kekal maju, seterusnya mengelak daripada berlakunya bankrupsi.

Bankrupsi dalam hubungan kekeluargaan membawa maksud perpecahan atau perceraian. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada bankrupsi rumahtangga, antaranya berlaku pecah amanah dalam syarikat, kegagalan dalam meneraju organisasi dan tiada persefahaman sesama anggota syarikat.

Pecah amanah dalam syarikat berlaku apabila suami atau isteri berlaku curang dan tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar terhadap struktur rumahtangga. Hari-hari yang dilalui tampak semakin suram dan akhirnya akan menjadi hitam legam.

Kegagalan menerajui organisasi berpunca daripada kurangnya ilmu dalam diri suami. Suami yang merasa terbeban dgn tanggungjawab akan cenderung utk memilih redha tuhan dari redha isteri semata. Memenuhi kehendak serta keinginan isteri tanpa menelusuri landasan agama secara kritikal bakal membawa kepada kancah yang maha dasyat. Kebebasan dan kesenangan yang difikirkan mampu memenangi hati insan tercinta akhirnya mengundang murka tuhan dan menduga pengakhiran yang ternyata buruk.

Seandainya seorang suami dikurniakan isteri yang beretika dan rajin bekerja, manakala si isteri memiliki majikan yang amat penyanyang dan bertanggungjawab, adakah hari-hari yang mendatang pasti membawa seribu keuntungan? Pusingan Ekonomi (economic circle) mengajar kita erti pasang surut kehidupan. Nasib manusia mutlak di atas tangan-Nya. Hanya Dia yang memahami setiap takdir yang dicipta. Ujian persefahaman antara lain bakal di titip ke atas insan yang disayangi-Nya.

Ujian adalah rahmat bg mereka yang mampu berfikir. Nah, maka di sini lah peri pentingnya memiliki suami yang fasih di bidang ekonomi. Setiap percaturan diteliti sebaik mungkin sebelum jalan keluar yang terakhir kali dinokhtah. mengapa ekonomi?? nanti sambung...

Sunday, August 16, 2009

Manee la die pegi...

Handphone qila hilang...
Buat masa ni no. qila tak berfungsi..
Sila hubungi husband die kalau ade ape2 hal..

Wednesday, July 29, 2009

Kongres Pelajar

Hmm..baru je siapkan design poster Kongres pelajar
..Sile datang...
klik pada gambar utk paparan yg lebih jelaz.

Thursday, July 23, 2009

Jom terbang!

Ceeeh..
Tajuk nak gempak je...
Ni program terbaru yg izu 'design'kan 'banner&flyer'nya. Flyer izu tak letak la..sbb design dia lebih kurang je dengan banner; ubah kesdudukan sikit-sikit je. Kali ini dianjurkan oleh Biro Belia & Biro Wanita Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 PJ, ataupun lebih dikenali sebagai 'Masjid Bulat'. Pengisiannya memang menarik; di mana angkasawan negara sendiri yang akan menceritakan pengalaman beliau menjadi rakyat Malaysia pertama keluar bumi. Sesuai bagi mereka yang kagum dengan ciptaan Maha Sempurna Allah. Semoga tertumpah iktibar dan hidayah bagi mereka yang cintakan ilmu.

*Penyertaan daripada para pembaca blog ini sangat/amat/terlalu dialu-alukan.

Tuesday, July 14, 2009

Hari pertama di semester baru..

13 Julai 09 >>> Urmm..bnyak makna tersirat disebalik tarikh ni..
Antaranya...

1. genap 4 bulan lg ulgtahun klhiran "incik" saya..
2. juga jika no 13 ni x 2..ulgtahun klhiran qila pulak..(^_~)v
3. hari pertama qila meneruskn kuliyah stlh agk lama dnsihtkn bercuti dek sbb gugur 3 buln yg lalu (10Apr)..

haa!!? hari pertame sem baru..
qila la antra yg ter'excited' nk g klas!..rndu..hrp2 la smgt ni kekal smpai abis sem..hoho..

umm, mcm2 ragam qila nmpk arni...
baik Malaysian ke..foreigner ke..
yelah, dh lame bercuti le katekn (bg yg xamik short sem la). Spnjg jalan2 ke sane sini, mse nk g klas kt dlm UIA td, mmbuat qila tersenyum sndri ble tgk gelagat stdnt2 nih..tp senyum cover la. mabuk ke jln2 senyum sesorg..heh!
antrenye, stdnt2 ni mcm dh terpisah bertahun2 plak..hihi! bile jmpe mmber je, salam..rangkul bdan mmber..si arab td 2 la..excited sgguh! heheh..(xpe2, ukhuwah 2 yg pntg!)

"lame xnmpak syeikh!!"

"pe cer??"

pastu antra soaln yg beratus2 kali dtanya kt kite..ialah... jeng2...jeng..

"amik subjek ape sem ni?"

"amik subjek tuut dgn sape?"

mulela mggelabah cri confirmation slip..hoho..klako2.. so, bersedialah utk mngingati sbjek ape yg kite add..bile org tnye amik subjek ape..tot, tot, tot, tot n tot...settle..hihih!! (^_^)

Seperkara lagi yg mnyeronokkan hri pertame sem ni..qila jumpe lecturer2 ksygn mse awal2 msuk UIA dlu..Ust.Mujtaba, Ust Abul Laith..(lecturer yg cukup mmberi inspirasi dlm khdupn di bumi uia ni).

Ust Abul Laith: "hey mama! aina bintuki? (mana anak awak?)" dgn sleng2 ust 2..hehe..ust ni org Hindi. Sejak ust tau qila dh kawin, ust terus pggil qila dgn gelaran "mama"..Ust Mujtaba pulak dr Sudan..pn bertanyakn soalan yg same jgk..
Jawapan qila ringkas je.."InsyaAllah Ustaz..fit toreeq" (on da way).

Qila xberharap sgt dh..Klu dpt, alhmdulillah! klu xdpt lg pun..alhmdulillah..tu sume kerje Allah..(^_^)

Sunday, July 5, 2009

Jom bersihkan rumah DIA!

Alhamdulillah..ni design terbaru yang sempat disiapkan dlm masa 6jam..agak perit utk siapkan design ni sebab job dpt malam, tapi nak pagi esoknya..maka izu pun pulun la dr pkul 3pg..sampai 9pg..tu pun rasa macam tak puas hati lagi dgn warna & susunan design ni..maklum la..belum sampai tahap professional designer lg..photoshop pun blajar sendiri2 je..hehe..

Kenapa start pkul 3pg?? hee..mlm tu, izu&qila kemas rumah..susun balik kedudukan perabot dlm rumah..asalnye nak bawak keluar PC izu ke ruang tamu je..tp disebabkan nak bg sesuai dengan tuntutan ruang (rumah sempit..), terpaksa la ubah barang2 lain skali..PC izu dh hidup balik selepas lebih 3bulan cuti sakit..hard disk eksiden...nasib baik Opie(abang qila&masih single) ade hard disk yg dia tak guna..walaupun 40Gb je, tp dh lbh dr cukup untuk hidupkan balik desktop PC ni..izu letak 35Gb untuk C:\, dan 3Gb lebih utk D:\...tak cukup 40Gb eh??...biase la tu..hehe..nanti nak cari external HDD pulak..kalau ade duit lebey la.....uh.

Terlanjur dh kempen design kat atas tu, nak ajak skali la sape2 yg punya masa utk sama2 join program tersebut..banyak kebaikan yg Allah janjikan...itu semestinye.

Friday, June 26, 2009

Cukup-cukup makan aje..

Hmm..
Malam ni kami berdua kerja. Qila jaga pusat Bahasa Arab AlDiwan di Tmn Melati, Izu jadi pak ustad ajar mengaji dekat Pusat Pengajian Al-Quran Mukmin di Selayang. Pada asalnya izu seorang saja yang bekerja dekat AlDiwan, tapi disebabkan jadual baru di Selayang bertindih dgn jadual asal di AlDiwan menyebabkan Qila pun terpaksa 'digajikan' sama.

Ni pun baru balik dari Selayang. Malam ni tak ramai sangat budak yg datang mengaji. Tak penuh la maksudnya. Tapi memang tak penah penuh pun..hehe. Ade je lopong2. Nak buat macam mana..masing-masing punye hal yg tersendiri. Boleh dikatakan semua dah boleh kenal huruf dan mengeja. Cuma tajwid dan ketepatan sebutan huruf yang jadi masalah. Ada sorang budak tu dah baca Quran..banyak la jugak..dah hampir tengah Quran..tapi tergagap2 yang amat..hehe. Terfikir jugak, macam mana la die boleh baca sejauh tu..sedangkan bacaan die sangat tak baik. Apa cerita dengan kitab Iqra' yang dia dah lalui sebelum ni?.. Done with many many many mistakes ke?.. Izu akan rungkaikan minggu depan..InsyaAllah.

Bangga rasanya dapat ajar orang mengaji. Bukan rasa hebat..tak..bukan bukan..cuma terfikir yang ilmu tu akan kekal sampai bila2..bahkan bertambah-tambah lagi. Baru2 ni kami melawat Mak Ngah & PakNgah; guru mengaji izu dekat kampung mase kecik2 dulu. Izu bagitau la yang izu sekarang ni ajar mengaji dekat Selayang. Mak Ngah kate, " uih..baguih la..berkaat Mak Ngah dgn Pak Ngah ajaq koghang(adik beradik izu) masa kecik2 dulu.."..lbih kurang mcm tu la Mak Ngah cakap..dgn lidah utara yg dah bercampur baur dgn loghat pahang. Terasa puas hati izu bile dengar Mak Ngah cakap macam tu. Mungkin ayat itulah jugak yang izu akan cakap di kemudian hari nnti..InsyaAllah.

Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sikit daripada 2 tempat kerja ni. Lepas la jugak utk bayar sewa rumah kami tu. Kalau ade projek design sikit, dpt duit lebih sikit. Kalau takde, cukup-cukup makan je le...

'Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari AlQuran dan mengajarkannya"
HR Bukhari