Followers

Monday, August 18, 2008

Angah dah kahwin!

Library iium, level 3.
Alhamdulillah...abang izu dah selamat diijabkabulkan malam kelmarin. Semalam majlis sambutannya..
Izuqila tumpang Abg Long. Beliau dari bangi, singgah amik adik Izu dekat PJ dan terus ke Greenwood sebelum berangkat ke kuantan. Malamnya kami menginap di Sanctuary Resort, lebih kurang 50meter je dari rumah K.Ain (sekarang kak Ngah). Merasa la kami bermalam di 'apartment' umpama bercuti meraikan perkahwinan (dalam bhs Iggeris 'honeymoon') hehe.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Bermula dengan ketibaan pengantin lelaki, sesi bergambar, dan makan beradab hinggalah bersurai sumenye ok. Habis majlis kami terus pulang ke KL.

Semoga Angah dan Kak Ngah berbahagia 'hingga hujung nyawa'...Amin.

Izuqila: Membilang hari menuju honeymoon sebenar.

0 comments: