Followers

Monday, August 4, 2008

Izu tak handal berbahasa Inggeris.


Library IIUM, Level4th, Laptop area.

Mase izu tulis post ni, someone is paging our blog. Arround Bangi. Mungkin Sungai Merab, rumah abangLong izu.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Hahhhh...mengeluh kejap. Fikirkan 'Hard Disk Drive' (HDD) pc izu yang dah tak dapat berfungsi dengan baik. Masuk hari ni, dah 5hari pc kat rumah tu tak sehat. Rindukan 'Operating System' (OS) yang dah merajuk dan tak nak balik-balik!

Izu dah habis RM25 beli ubat (kabel IDE-USB) utk 'maintain'kan semula HDD tu guna pc lain. Tapi takde respon baik. Asyik muntah 'setupdd.sys cannot be loaded' yang tak boleh dihadam dek 'kernell debugger...' (tak ingat ejaan dan name penuh). Mungkin HD tu dah rosak.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Semalam, sebelum cuba masukkan Windows98 (untuk sementara 'kononnya'), HDD tu masih boleh digunakan sebagai storage luar. Ade la 40G blh pakai (total HDD). Tapi, bila dah cuba, baru tahu..tersalah ubat daaa. Partition dah delete 'totally' dan format tak berjaya. Sekerat jalan je. Adusss!!..tambah merana jiwa ini. Dari yang tadinya 40G boleh pakai, tinggal 2G je! Baik biarkan je 40G tadi dan bagi Qila buat external storage laptop Qila (sbb HD laptop Qila kecik). Itupun tak tahu macam mane 2G tu blh ade. Mungkin 2G tu hasil dari 'formatting' yang tak berjaya tadi.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Apepun, bersangka baik pada Allah tu perlu. Instead of do nothing by just throw away and seek for a new HD, I've learned something. Ilmu Allah tu maha luas. Ini hanyalah sezarah daripada selautan ilmu yang ada. Segunung ilmu bermula dari sezarah tinta. Tak gitu?

-Post kali ni banyak istilah yang berkaitan dgn komputer. Rujuk kepada yang lebih ahli untuk lebih tahu dan lebih ilmu. English sentence(s) yg wujud terbuka utk dikritik. Mungkin izu tak handal berbahasa Inggeris.
Mungkin? Takde mungkin2. Kali ni izu pasti.

0 comments: