Monday, September 22, 2008

Nak jugak!


Rabu minggu lepas...Cuti nuzul Quran disambut sederhana. Petangnya rakan-rakan PKPIM datang berbuka di rumah. 2 kete 1 motor. Brothers 5 orang;- Kemey, Ijat, Fahmi, Adam & Halim, Sisters 7 orang;- k.Siti, Balqis yuyi, Tiqah, k.Zura, k.Su, Raudhah, Eton.







Sister sampai awal dan sama-sama sediakan juadah.
Seronok masak ramai2! Brothers sampai lewat...orang dah azan baru nak naik tangge.
qila: yeke dh naik tangge..ntah2 baru bertolak..hehe.
Sungguh meriah malam tu.. ada mase datang la lagi ek!
Lebih kurang 9malam semua balik. Settled.



Pagi semalam...
Sekitar pukul 3pagi, arwah Hambali (sepupu qila, anak Mak Usu) hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa. Arwah pergi semasa kita sedang enak dibuai mimpi..bertarung dgn maut seorg diri. 8pagi, izuqila berangkat ke Masjid Ulu Kelang untuk ziarah jenazah arwah Hambali yang sudah dahulu sampai dari Rawang. Setibanya kami, arwah sedang dimandikan oleh ayahnya (Pak Usu) yg baru tiba dari Penang dan adik lelakinya sebelum dikafankan dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan di pekarangan masjid.. Suasana suram membangkitkan rasa sedih dan pilu..melihat 'anak istimewa' yg telah diambil Allah rohnya. Terdetik di hati; " bilakah pula giliran diri ini??..". Astaghfirullah....

Salam takziah buat Pak Usu dan Mak Usu sekeluarga. Arwah Hambali selayaknya milik Allah. Yakinlah, syurga menantinya. Alfaatihah....


Malam semalam...
Abg Long, Kak Long, Anis, Mira, Iman, Angah,Kak Ngah dan Epah berbuka dekat rumah. Dah lama tak berbuka ramai2 macam mase kecik2 dulu...heh...best. Tapi yang ni lagi best pasal ade Anis, Mira dan Aiman (anak buah) yang 'tomey2'...dalam masa yang sama kurang best sebab ahli keluarga yang lain tak de sekali..huhu
Dalam pukul 9malam, semua berangkat pulang. Abg Long balik Bangi, Angah ke PJ hantar Kak Ngah dan Epah sebelum ke Seremban. Buat sementara waktu ni, Angah dan Kak Ngah duk lain2, sebab Kak Ngah tak dapat tukar kerja lagi. Settled.


Tahniah buat rakan sekolah izu, Mutmainnah Yusuf dan suami (Imran) yang baru dapat baby perempuan; Iffah Mardhiyyah. Semoga jadi anak yang solehah..Aamin.


"Nak jugak!" ujar izuqila teruje.

Monday, September 1, 2008

Adil.

Saban hari menanti...tak kunjung2 tiba..
Hari ape tu?? Suatu hari yang bernama 'hari esok'.
Hari esok bagi hari ini pastinya hari esok. Hari esok bagi hari esok adalah esokya bila kita berada di hari esok. Perkataan esok tu siapa yang reka?? kenapa bunyinya "e + sok". Pelik je bunyinya. Macam mana beliau yang mecipta perkataan ni boleh terfikir untuk menggambarkan hari yang seterusnya merupakan hari esok...
Hanya muqaddimah...lantaran hati ni sering gementar bila teringat midterm-test Macroeconomics hari Jumaat ni. Asal teringat je takut, asal teringat je takut. Takut tak leh jawab dengan baik. Banyak jugak yang kena baca sendiri. 3 kelas tak dapat datang mesti macam2 yang Sis. Zaiti Akma dah ajar.

Izu dapat MC 10hari (bermula 24/8) untuk balik dan dapatkan rawatan bagi Chickenpox yang dah semakin surut ni...Seminggu pertama dihabiskan dekat Rompin. Umi dan Abah izu 'orang Kementerian Kesihatan'. Itu sebab kami buat keputusan untuk lalui saat kritikal di sana. Bila dah makin surut, baru balik Kulai. Lagipun tahun ni raya pertama kami di Rompin. Biarlah hari pertama puasa kami di Kulai. Adil.

Friday, August 22, 2008

demam campak ke??

semalam..izu & qila g klinik uia. izu demam..dah 2hari dah.
panas badan die..takut qila. qila takut denggi kmbali lg.
menurut sumber yg blh dprcayai(mungkin la), org yg dh pnh kne denggi senang utk kene lagi.
harap-harap la tidak..tak nak beraya di hospital lagi..

mcam tahun lepas..1Syawal pertama kami bergelar "suami isteri" disambut di Hospital Besar Kulai.
berterusan sampaila Syawal ke-4..lepas tue cuti raya pun dah hbis, dn kami trpaksa kmbali smule ke uia.

mase kene denggi 2,izu kate sakit..stp hari, brape kali kene amik darah..xdapat amik dr urat tgn kiri, cari kt tgn kanan. klu xdpt jugak, cucuk kt tgn kiri balik..





walaubagaimanapun, kami sempat jugak menyarung bju raya yg emak(qila) jahitkan. tpi dirumah jela. sbb lpas tue, terus ke hospital. izu xsempat g Larkin, Johor Bahru (kg qila). kene tahan kat wad..=(





begitulah kisah raya kami tahun lepas..
Tahun ni?? insyaAllah raya pertama di Pahang pulak..(sebelah family izu)

berbalik kisah td, lpas jmpe doktor, dktor kate kite tggu esok. klu demam lagi, kene amik darah la.

tpi..bgun pg tadi, lain pulak jadinye..ade bintik2 kt badan izu. mcam nk demam campak pulak. qila pun xtau mcamane simptom2 dmam cmpak ni. InsyaAllah lpas izu quiz nnt, kami nk ke klinik smule. tpi izu ade mid-term test kul2.30pm ni. klu xsmpat g kul12 ni, kami g lpas mid-term test nntla nmpaknye..

Monday, August 18, 2008

Angah dah kahwin!

Library iium, level 3.
Alhamdulillah...abang izu dah selamat diijabkabulkan malam kelmarin. Semalam majlis sambutannya..
Izuqila tumpang Abg Long. Beliau dari bangi, singgah amik adik Izu dekat PJ dan terus ke Greenwood sebelum berangkat ke kuantan. Malamnya kami menginap di Sanctuary Resort, lebih kurang 50meter je dari rumah K.Ain (sekarang kak Ngah). Merasa la kami bermalam di 'apartment' umpama bercuti meraikan perkahwinan (dalam bhs Iggeris 'honeymoon') hehe.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Bermula dengan ketibaan pengantin lelaki, sesi bergambar, dan makan beradab hinggalah bersurai sumenye ok. Habis majlis kami terus pulang ke KL.

Semoga Angah dan Kak Ngah berbahagia 'hingga hujung nyawa'...Amin.

Izuqila: Membilang hari menuju honeymoon sebenar.

Wednesday, August 13, 2008

Rezeki


IIUM Library, level3, laptop area.

Hari ni sehari suntuk izu tak ada kelas. Cuma perlu hantar dan bawak balik Qila. Minggu depan kami ada midterm-test. Qila lagi lah..7minggu berturut2 start minggu ni, tiap2 minggu die ade mid-term test+quiz..Sabar ye qila. Kuatkan semangat!!..abg sntiasa di sisi qila. Macamane sekalipun, minggu ni kene study hard dah. Pasal hujung minggu ni pegi kenduri kahwin Angah+K.Ain kat Sg. Ular, Kuantan. Bertolak Sabtu pagi dengan kereta baru AbgLong. Grand Livina namanya..heh! (tambah bergaya abg sulung izu tu). Akad nikah berlangsung malamnya, dan kenduri siang Ahad. Semoga apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Allah tahu apa yang terbaik, InsyaAllah.

Siapa sangka. Allah turunkan air banjir haritu, rupa-rupanya nak bagi tilam baru kpd kami. Tilam hari tu dah hancur. Hehe, rezeki.

Monday, August 11, 2008

RAM tu memang nak kene!!!

IIUM Library, level2, laptop area.
Semalam..

Paginya kami tak ke mana pun. Kemas rumah dan study.
Sekitar pukul 3ptg, Aziz (kwn izu) dail no izu...0...1...3...3...5...3...1...5...5...8...
truuut, truuuuuuut....lbh kurang macam tu la bunyi die. "Salam syeikh, aku ngan Faizal Nizam nak dtg rumah ni...blh ke??", Aziz tanye. Izu jwb blh je. Dialu-alukan. Lebih2 lagi ade Faizal sekali. Jarang dapat jumpe sorang ni. UITM mari. "Tapi datang stengah jam lagi, nak kemas2 ape yang patut dulu. Bawak la die jalan2 UIA dulu", ujar izu menambah.

Aziz & Faizal ni kwn dari sekolah menengah lagi. Kat Kuantan. Sekolah Al-Ihsan. Antara yang sama2 bertugkus lumus menjayakan program 'Kembara IPT' lepas SPM dulu. Kira ni kenangan manis la. Ade 2 orang lagi yang terlibat same, Aiezatt ngan Anwar Rahim. Masing2 bawak arah sendiri. Semua lain2. Izu jurusan Ekonomi UIA, Aziz jurusan Fiqh UIA, Faizal bakal doktor UITM, Aiezatt Sains Komputer (Maklumat Rahsia) USIM dan Anwar Engineering UITM. Nak cite semua kwn2 tak muat. Lain kali je.

Dah 2jam kami borak2+solat Asar, diorang balik. Settled.

Malamnya, terlintas kat benak izu nak cuba masukkan HDD izu yang 'kononnya' tak betul hari tu. Memang tak dpt format. Kali ni izu agak RAM izu pulak yang bermasalah. Izu cabut RAM yang ade, tinggalkan yang paling besar memorinya (512mb). Masukkan CD XP, run. Everything done smoothly, PC ku hidup kembali. Wahh! lega...

Kesian HDD & pc yang telah dipersalahkan sebelum ni. RAM tu mmg nak kene!!!

Wednesday, August 6, 2008

Semuanya tak kena

semalam...
Izu dah cuba format HDD tu guna Pc Abg Saifullah, dan izu dah berjaya hidupkan balik 40G yg hilang tu. HDD tu dah semakin bermakna. Cuma...formatting yg izu buat still tak berjaya sepenuhnya. Ada file missing dan windows tak buleh jalan.

Daripada percuban demi percubaan yg izu dah buat semalam, izu dapat agak pc izu yang bermasalah sebab HDD Abg Saifullah tak dapat run dekat pc izu. Mungkin la. Izu tak tahu hal yg sebenar. Tapi dalam masa yang sama, kenapa HDD izu tak dapat di'format' dengan jayanya dengan pc Abg Saifullah?? Mungkin jugak HDD izu rosak. Mungkin...izu dah pening. Semuanya tak kena.

Monday, August 4, 2008

Izu tak handal berbahasa Inggeris.


Library IIUM, Level4th, Laptop area.

Mase izu tulis post ni, someone is paging our blog. Arround Bangi. Mungkin Sungai Merab, rumah abangLong izu.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Hahhhh...mengeluh kejap. Fikirkan 'Hard Disk Drive' (HDD) pc izu yang dah tak dapat berfungsi dengan baik. Masuk hari ni, dah 5hari pc kat rumah tu tak sehat. Rindukan 'Operating System' (OS) yang dah merajuk dan tak nak balik-balik!

Izu dah habis RM25 beli ubat (kabel IDE-USB) utk 'maintain'kan semula HDD tu guna pc lain. Tapi takde respon baik. Asyik muntah 'setupdd.sys cannot be loaded' yang tak boleh dihadam dek 'kernell debugger...' (tak ingat ejaan dan name penuh). Mungkin HD tu dah rosak.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Semalam, sebelum cuba masukkan Windows98 (untuk sementara 'kononnya'), HDD tu masih boleh digunakan sebagai storage luar. Ade la 40G blh pakai (total HDD). Tapi, bila dah cuba, baru tahu..tersalah ubat daaa. Partition dah delete 'totally' dan format tak berjaya. Sekerat jalan je. Adusss!!..tambah merana jiwa ini. Dari yang tadinya 40G boleh pakai, tinggal 2G je! Baik biarkan je 40G tadi dan bagi Qila buat external storage laptop Qila (sbb HD laptop Qila kecik). Itupun tak tahu macam mane 2G tu blh ade. Mungkin 2G tu hasil dari 'formatting' yang tak berjaya tadi.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Apepun, bersangka baik pada Allah tu perlu. Instead of do nothing by just throw away and seek for a new HD, I've learned something. Ilmu Allah tu maha luas. Ini hanyalah sezarah daripada selautan ilmu yang ada. Segunung ilmu bermula dari sezarah tinta. Tak gitu?

-Post kali ni banyak istilah yang berkaitan dgn komputer. Rujuk kepada yang lebih ahli untuk lebih tahu dan lebih ilmu. English sentence(s) yg wujud terbuka utk dikritik. Mungkin izu tak handal berbahasa Inggeris.
Mungkin? Takde mungkin2. Kali ni izu pasti.

Friday, August 1, 2008

Semuanya bertambah baik..

Library,

Petang semalam tak ada air...
Habis, pening...takut ketiadaan air ni berpanjangan. Merintih seketika bila mengenangkan rumah kami pakai air 'direct'. Air tak kluar bermakne memang tak de air la. Qila: "Alamak..mcmane ni?? kite guna air dalam 'mineral pot' la".. (bila rasa nak guna)

Lebih kurang 2.30ptg kami menuju ke uia dengan 'wave100warnebirugelap' tu.
Kelas 3.30ptg. Tapi kena pergi awal sebab qila committee wireless, nak jage registration..dgn nak setup wireless laptop qila. Kelmarin, laptop tu buat perangai. Izu format je terus. Settle.

Lebih kurang 6.32ptg, kami dapat rasakan 'bahawa sesungguhnya' Allah dengar rintihan kami tghari tadi. Dikurniakan air lebih dari perlu. Bayangkan, duduk kat tingkat 3 pun boleh jd mangsa banjir...

Air naik sampai 2 inci kat lantai dapur. Siap mengalir keluar ikut pintu depan lagi..dan terus mengalir hingga ke parking kereta kt bawah (dr tgkat3 tu). Patut la depan rumah ade air mase sampai td. Dalam hati izu, "mamat mane la main simbah2 air depan rumah nih..hampess!". Alih2, sendiri buat hal..'tak tutup paip mase keluar rumah tadi'.

Habis lantai kt rumah..Banyak benda basah. 'Karpet' ruang tamu, alas meja, barang2 dapur (klu takde rak pinggan dgn gas tu, blh terapung tikar getah 2 gaknye)...suratkhabar la yang paling banyak. Letih+sengal badan ni nak basuh tikar2 dan karpet2 yang besar2 tu, nak mengelap lntai2 yg basah. Pulak tu, takde saliran air kat lantai dapur. Terpksalah buang air banjir td ke dlm b.air mggunakan penyodok smpah. Satu lagi..tilam kekabu..yg sifatnye menyerap air tu. Dahla besar+berat. Pastu bile jemur kt tembok, kekabunye bkumpul stempat. Dah takde rupe tilam..huhu..

Pun begitu, izu dan qila masih perlu dan sangat bersyukur sebab cpu komputer tak kena air. Ditakdirkan mase kemas2 rumah haritu, terdetik di hati nak letak cpu komputer tinggi sikit. Alhamdulillah..

Apepun, bersangka baik pada Allah itu terrrsangat perlu. Segala yang berlaku ada hikmahya. Rumah kami pun makin tersusun. Dapur pun dah bersih. Semuanya bertambah baik..insyaAllah.

Wednesday, July 30, 2008

beratur bagai nak rak


Musolla Culture Activity Center,
hari ni...

Qila terlibat secara langsung dengan 'Wireless Registration for IIUM student'. Qila ajak izu join dulu, tp izu 'mengelak utk cari tekanan'.

Ramai.
Gawat.
Semua student yang ade laptop@notebook dan berminat nak dapat wireless connection berkumpul kat CAC ni...

Petang ni sesi yg ke2. Dianggarkan, setiap sesi melibatkan 2000 student. Anggaran jela... Tp pagi td tak ramai sangat. Mungkin deme(diorang) nak hadiri sesi petang kot...tu pasal la ramai tak terkate student tengah beratur skrg ni. Nak masuk CAC kene 'touch' matric card. Kalau tak 'valid' masuk barisan lain pulak. Pening. Izu jugak best lepak kat surau meluncur internet. Rileek jer...Ksian qila. huhu. Isteriku itu...Baik...nanti izu buat air milo ais, bawak kat die...

-pastu izu minum sendiri..haha...menyakat qila mmg best. Pastu die tekup muke dkt bantal busuk!

Laptop qila ni dah regist awal2 lg. Mase briefing committee dulu..
Rezeki kami.
Tak payah beratur bagai nak rak.