Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 H & 2009 M

Kini baru ku sedar
Satu tahun yang hilang
Dari duniaku
Takkan kembali lagi
Ke sini
Dapatkah aku mengulang
Sejarah dulu dan peristiwa semalam
Tika di tahun yang hilang

Tiada peruntukan waktu
Buatku
Mungkinkah satu tahun yang hilang
Takkan dilupa

Menjadi ilham menjadi ceritera
Di saat yang tinggal
Bagiku
Atau masihkah belum terlambat
Untukku bersama denganmu

Menyusuri setahun waktu

Kembali seperti dulu
Mungkin esok
Mungkin lusa
B
uat selamanya
Atau memang telah tiada ruang
Untukku bertandang
Di duniamu
Buat melayari
Satu tahun yang hilang
Sekali lagi

Kullu 'aam wa antum bi khair

Tuesday, December 23, 2008

Welcome to the club...

Alhamdulillah..20 Disember baru ni, sebuah lagi "masjid" telah dibina dalam keluarga besar izu. Izu dapat kakak ipar baru dan qila dapat biras baru, Norshahida namanya. "Panggil je Kak Ude..." Alang cakap.

Majlis yang penuh adat tu berlangsung dgn selamat. Bagaimanapun kami terpaksa pulang lebih awal disebabkan faktor jarak dan masa utk ke destinasi masing-masing.

Tahniah utk kedua-dua mempelai & smoge bahagie hingge hujung nyawe.
Izu ucapkan "Welcome to the club...".

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Wahai pemuda-pemuda,
sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah,
kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, December 17, 2008

Doakan yek!

Alhamdulillah, semalam izu dah siapkan lagi satu projek. Kali ni senior izu mase belajar dekat Kelantan dulu (Ust. Fauzan) bagi job untuk sediakan banner & arrow sign. Izu cume ade mase sehari je utk siapkan job ni. Mulanya takut jugak kalau2 tak siap, tapi sebab Ust.Fauzan mintak design yg simple je, izu terima job ni. 7 jam (5 pagi - 12 tghari) izu bersengkang mata + perah otak fikirkan design yg sesuai, akhirnya siap juge. Puas...
Temanya 'kebudak-budakkan'...

InsyaAllah, lepas ni ade lagi siri2 jobs yg akan sampai...
Semoga rezeki kami dimurahkan Allah. Doakan yek!


:: Doa Murah Rezeki ::

Selain daripada berusaha dan bertawakkal, kita juga amat dianjurkan untuk selalu berdoa dan memohon kepada Allah. Berikut adalah doa-doa murah rezeki yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita amalkan:

Doa Murah Rezeki

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku”

Riwayat Ahmad, at-Tirmizi.

Doa Murah Rezeki

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu” **

Riwayat at-Tirmizi.

Saturday, December 13, 2008

tabahkan hatimu..

InsyaAllah, selepas zohor ni kami akan bertolak pulang ke Gombak..
Doakan keselamatan perjalanan kami dn selamat smpai ke destinasi..
Seperti biase..Honda wave 100 warne biru gelap itu akn berusaha semampu yg blh utk mmbawa tuannye ke Gombak..
Kuatkan semangatmu dn tabahkan hatimu wahai Wave...

Friday, December 12, 2008

projek cuti semester..

2 minggu dah pun berlalu..esok kami dah nak balik Gombak semula. Maklum la, cuti sem dh nak habis. Sekejap je mase berlalu..macamane cuti blh habis ek...

ha, alang2 sume balik, bbrpe projek yg awal2 telah diatur oleh pengarah..utk memupuk smgt gotong royong dklgan ank branak..haha..

Antaranya projek tanam rumput..




>>demand...xde milo ais xnak keje!!


fasa pertama..


>>si tecik ni sibuk nk tlg jgk..tp die geli geleman bile jln ats pasir xpkai kasut..


>>under construction...


>>nampak mcm dh siap..tp "pengarah projek" xpuas hati..

esoknye kami tukar design..bntuk lingkaran, mgndungi tademark YM (Yacob Mislia), nme mak dn ayah qila..ternyata ianya disukai ramai! hehe..





>>ape pulak mamat bertiga ni bt..


>>Didi yg sntse mensibukkn diri tatkala org lain tgh sbuk..


>>mak sprti biase..dgn 'secret garden'nye..


>>haa...inilah PENGARAH PROJEK kami..heheh..

Monday, December 8, 2008

Eidul Adha 1429H..

Memandangkan tarikh hari raya haji tahun ini jatuh pada hari kami berada di Johor, jd kami memilih utk merayakannya di Johor je lah..berselang seli ye..sbb raya aidilfitri aritu di Pahang.
Semua adik beradik balik..start dr yg 1st smpaila kelima. Tapi tak kemane pun..sbb ayah keje ptg tue.

Walaupun ayh keje ptg, umah tetap meriah..tambah pulak dgn khadiran puteri termuda dlm family kami..Puteri Alya a.k.a "Put!". Seronok die..tukang layan ramai. Tukang dengki die pun same ramai! kesian die kene buli dgn uncle2 dn auntie. Besela budak baru pndai gne kaki utk jlan..sblum ni Put gne kaki utk masukkan dlm mulut..hehe..jgn mare eh akak..


Dah la tu, Alya ni sukekan kelainan..xsuke sesuatu brg 2 kt tpt die je..nnt boring plak. Lalu dia pun mencampak sgla brg2 yg dia rase ptut diubah kedudukan..huhu..pening atuk K dgn Wan (mak dn ayah Qila) nk kemas balik.

Hari ni mak masak laksa Johor..Humm, laksa mak memang sedap! tapi ade la org Pahang tu xreti mkn laksa Johor..alah, sape sruh xjd org Johor..haha.

Thursday, November 20, 2008

Kuantan..tunggu kami !!

Selepas subuh ni, kami bersama bakal pengantin..Baihaqi (UIA jugak) akan bertolak ke Kuantan. Kami konvoi bertiga dengan "Honda Wave 100 warne biru gelap" kami yg berjasa itu.
Setibanya di Kuantan, Bai balik umah..dn kami akn menjelajah bndar Kuantan itu..
dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Rompin, Pahang dn bermalam utk tempoh yg belum diketahui...
dan akan menruskan perjalanan ke Kulai, Johor..
seterusnya majlis perkahwinan abang yg akn berlangsung di Melaka..
Destinasi terakhir...pulang ke Gombak yg indah.
Indah ke...la la la..

Wednesday, November 19, 2008

Selamat Hari Jadi untuk Mak!!


Kekadang aku terfikir adakah wanita lain selainmu?
Yang dapat merasa sedu-sedanku
Menjadi bintang tika gerhana
Menjadi mentari tika gelita

Kekadang aku terfikir adakah wanita lain sejujurmu?
Yang dapat menyatakan kebenaran
Dalam perjalanan
Yang mampu merasa kepahitan
Di sebalik alpa kemanisan

Tapi aku tidak dapat menipu hatiku
Lalu noktahlah segala fikirku
Tiada wanita sebegitu dalam hidupku
Selainmu!

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRAN
YANG KE-50..
buat maa yg amat qila kasihi..
semoga sentiasa berbahagia di samping suami tersayang..
rinduuu sgt kt mak!!

dari izu dan qila..=)

Tuesday, November 18, 2008

Selesai lagi satu projek....

Ni kad kahwin abang-abang izu yg baru siap di'design'. Yg sbelah kanan ni abang izu no.2 (angah) yang dah selamat diijabkabulkan 16 Ogos lalu di Kuantan. Kira ni nak sambut menantu la. Buat serentak dengan Alang (abg no.3; kad sebelah kiri). Alang ni baru nak nikah 21 Disember ni dekat Ayer Paabas, Alor Gajah. Boleh rujuk kat peta pada kad. Sapa-sapa yang kenal dan ada kelapangan untuk hadir dijemput dengan segala hormatnya. Sila sila...

..selamat hari lahir sayang...

::12 november 08::

hari itu...kami sibuk mengemas rumah. almaklumlah..kami baru dapat katil baru..ade orang bagi. bersyukur sgt2 la..mmg pernah cadang nk beli katil sebijik. bwah katil boleh simpan byk barang. jadi kami pun merombak semula susunan rumah sebab katil tu agak lebar. rumah kecik je..
sambil2 mengemas tue, I always think how should I celebrate my hubby's birthday tomorrow..ya Allah, tinggal sejam lebih lg nih!! tengok hp..oh,masih ade kredit berbaki 3sen. hah, bolehla..
jari-jemari qila pun menari2 di atas hp nokia itu untuk mesej jiran sebelah (uia jgk..faisal+k.lia) mintak tolong belikan kek pastu bwak ke rumah tpat jam 12 nnti..dan smpat pesan walaupun dgn kredit yg terhad.."jgn smpai terkantoi pd izu ye!" hehe..

jam menghampiri 12 tgh malam..
qila dh standby dgn baju dn tudung kt dapur..nk pakai siap dlm b.air. sbb kjap lagi msti si faisal dgn k.lia dtg. tapi...takkan qila nk pakai siap2..nnti kantoila. tetibe pakai lelawo mlm2 ni..buang tebiat ke...
suddenly...


::13 november 08::
tepat pukul 12.00am

"assalamualaikum!!..hafiz, tlg tengokkan laptop kitorg ni. ade virus la.."

alamak, diorang dh smpai! qila buat2 nk msuk toilet. izu yg g tengok dorg kt depan..

bukak je grill rumah tu......"happy birthday!!!.."

ape lagi..terkejut beruk la die..tengok org dtg bwak kek tgh2 mlm..utk die plak tue!
faisal+k.lia: "hihi...sorry..ni bkan plan kitorang. sume ni plan...............qila!"
hah?! lagi la izu terkejut! die mmg tak expect langsung. mane taknye, kitorang tgh sibuk mgemas rumah. rumah pun tgh tak rupe rumah dah.

alhamdulillah...perancangan last minute menjadi! walaupun izu dgn baju tidonye..xkisahla..janji qila dpt celebrate birthday die..
terima kasih jugak buat jiran yg sudi bersubahat..hehe..
selamat hari lahir sayang!! (^_^)






"meh suap sket meh...." santun qila..


faisal: "kitorang pun nak suap2 jugak.."

Monday, October 27, 2008

Tanpa kata, Tetap cinta!










Salam, hehh...
dah lame sangat tak update...
Maaf ye...insyaAllah lepas final.
Salam Ramadhan & Syawal semua.

Monday, September 22, 2008

Nak jugak!


Rabu minggu lepas...Cuti nuzul Quran disambut sederhana. Petangnya rakan-rakan PKPIM datang berbuka di rumah. 2 kete 1 motor. Brothers 5 orang;- Kemey, Ijat, Fahmi, Adam & Halim, Sisters 7 orang;- k.Siti, Balqis yuyi, Tiqah, k.Zura, k.Su, Raudhah, Eton.







Sister sampai awal dan sama-sama sediakan juadah.
Seronok masak ramai2! Brothers sampai lewat...orang dah azan baru nak naik tangge.
qila: yeke dh naik tangge..ntah2 baru bertolak..hehe.
Sungguh meriah malam tu.. ada mase datang la lagi ek!
Lebih kurang 9malam semua balik. Settled.



Pagi semalam...
Sekitar pukul 3pagi, arwah Hambali (sepupu qila, anak Mak Usu) hanya tinggal jasad yang tidak bernyawa. Arwah pergi semasa kita sedang enak dibuai mimpi..bertarung dgn maut seorg diri. 8pagi, izuqila berangkat ke Masjid Ulu Kelang untuk ziarah jenazah arwah Hambali yang sudah dahulu sampai dari Rawang. Setibanya kami, arwah sedang dimandikan oleh ayahnya (Pak Usu) yg baru tiba dari Penang dan adik lelakinya sebelum dikafankan dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan di pekarangan masjid.. Suasana suram membangkitkan rasa sedih dan pilu..melihat 'anak istimewa' yg telah diambil Allah rohnya. Terdetik di hati; " bilakah pula giliran diri ini??..". Astaghfirullah....

Salam takziah buat Pak Usu dan Mak Usu sekeluarga. Arwah Hambali selayaknya milik Allah. Yakinlah, syurga menantinya. Alfaatihah....


Malam semalam...
Abg Long, Kak Long, Anis, Mira, Iman, Angah,Kak Ngah dan Epah berbuka dekat rumah. Dah lama tak berbuka ramai2 macam mase kecik2 dulu...heh...best. Tapi yang ni lagi best pasal ade Anis, Mira dan Aiman (anak buah) yang 'tomey2'...dalam masa yang sama kurang best sebab ahli keluarga yang lain tak de sekali..huhu
Dalam pukul 9malam, semua berangkat pulang. Abg Long balik Bangi, Angah ke PJ hantar Kak Ngah dan Epah sebelum ke Seremban. Buat sementara waktu ni, Angah dan Kak Ngah duk lain2, sebab Kak Ngah tak dapat tukar kerja lagi. Settled.


Tahniah buat rakan sekolah izu, Mutmainnah Yusuf dan suami (Imran) yang baru dapat baby perempuan; Iffah Mardhiyyah. Semoga jadi anak yang solehah..Aamin.


"Nak jugak!" ujar izuqila teruje.

Monday, September 1, 2008

Adil.

Saban hari menanti...tak kunjung2 tiba..
Hari ape tu?? Suatu hari yang bernama 'hari esok'.
Hari esok bagi hari ini pastinya hari esok. Hari esok bagi hari esok adalah esokya bila kita berada di hari esok. Perkataan esok tu siapa yang reka?? kenapa bunyinya "e + sok". Pelik je bunyinya. Macam mana beliau yang mecipta perkataan ni boleh terfikir untuk menggambarkan hari yang seterusnya merupakan hari esok...
Hanya muqaddimah...lantaran hati ni sering gementar bila teringat midterm-test Macroeconomics hari Jumaat ni. Asal teringat je takut, asal teringat je takut. Takut tak leh jawab dengan baik. Banyak jugak yang kena baca sendiri. 3 kelas tak dapat datang mesti macam2 yang Sis. Zaiti Akma dah ajar.

Izu dapat MC 10hari (bermula 24/8) untuk balik dan dapatkan rawatan bagi Chickenpox yang dah semakin surut ni...Seminggu pertama dihabiskan dekat Rompin. Umi dan Abah izu 'orang Kementerian Kesihatan'. Itu sebab kami buat keputusan untuk lalui saat kritikal di sana. Bila dah makin surut, baru balik Kulai. Lagipun tahun ni raya pertama kami di Rompin. Biarlah hari pertama puasa kami di Kulai. Adil.

Friday, August 22, 2008

demam campak ke??

semalam..izu & qila g klinik uia. izu demam..dah 2hari dah.
panas badan die..takut qila. qila takut denggi kmbali lg.
menurut sumber yg blh dprcayai(mungkin la), org yg dh pnh kne denggi senang utk kene lagi.
harap-harap la tidak..tak nak beraya di hospital lagi..

mcam tahun lepas..1Syawal pertama kami bergelar "suami isteri" disambut di Hospital Besar Kulai.
berterusan sampaila Syawal ke-4..lepas tue cuti raya pun dah hbis, dn kami trpaksa kmbali smule ke uia.

mase kene denggi 2,izu kate sakit..stp hari, brape kali kene amik darah..xdapat amik dr urat tgn kiri, cari kt tgn kanan. klu xdpt jugak, cucuk kt tgn kiri balik..





walaubagaimanapun, kami sempat jugak menyarung bju raya yg emak(qila) jahitkan. tpi dirumah jela. sbb lpas tue, terus ke hospital. izu xsempat g Larkin, Johor Bahru (kg qila). kene tahan kat wad..=(





begitulah kisah raya kami tahun lepas..
Tahun ni?? insyaAllah raya pertama di Pahang pulak..(sebelah family izu)

berbalik kisah td, lpas jmpe doktor, dktor kate kite tggu esok. klu demam lagi, kene amik darah la.

tpi..bgun pg tadi, lain pulak jadinye..ade bintik2 kt badan izu. mcam nk demam campak pulak. qila pun xtau mcamane simptom2 dmam cmpak ni. InsyaAllah lpas izu quiz nnt, kami nk ke klinik smule. tpi izu ade mid-term test kul2.30pm ni. klu xsmpat g kul12 ni, kami g lpas mid-term test nntla nmpaknye..

Monday, August 18, 2008

Angah dah kahwin!

Library iium, level 3.
Alhamdulillah...abang izu dah selamat diijabkabulkan malam kelmarin. Semalam majlis sambutannya..
Izuqila tumpang Abg Long. Beliau dari bangi, singgah amik adik Izu dekat PJ dan terus ke Greenwood sebelum berangkat ke kuantan. Malamnya kami menginap di Sanctuary Resort, lebih kurang 50meter je dari rumah K.Ain (sekarang kak Ngah). Merasa la kami bermalam di 'apartment' umpama bercuti meraikan perkahwinan (dalam bhs Iggeris 'honeymoon') hehe.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Bermula dengan ketibaan pengantin lelaki, sesi bergambar, dan makan beradab hinggalah bersurai sumenye ok. Habis majlis kami terus pulang ke KL.

Semoga Angah dan Kak Ngah berbahagia 'hingga hujung nyawa'...Amin.

Izuqila: Membilang hari menuju honeymoon sebenar.

Wednesday, August 13, 2008

Rezeki


IIUM Library, level3, laptop area.

Hari ni sehari suntuk izu tak ada kelas. Cuma perlu hantar dan bawak balik Qila. Minggu depan kami ada midterm-test. Qila lagi lah..7minggu berturut2 start minggu ni, tiap2 minggu die ade mid-term test+quiz..Sabar ye qila. Kuatkan semangat!!..abg sntiasa di sisi qila. Macamane sekalipun, minggu ni kene study hard dah. Pasal hujung minggu ni pegi kenduri kahwin Angah+K.Ain kat Sg. Ular, Kuantan. Bertolak Sabtu pagi dengan kereta baru AbgLong. Grand Livina namanya..heh! (tambah bergaya abg sulung izu tu). Akad nikah berlangsung malamnya, dan kenduri siang Ahad. Semoga apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Allah tahu apa yang terbaik, InsyaAllah.

Siapa sangka. Allah turunkan air banjir haritu, rupa-rupanya nak bagi tilam baru kpd kami. Tilam hari tu dah hancur. Hehe, rezeki.

Monday, August 11, 2008

RAM tu memang nak kene!!!

IIUM Library, level2, laptop area.
Semalam..

Paginya kami tak ke mana pun. Kemas rumah dan study.
Sekitar pukul 3ptg, Aziz (kwn izu) dail no izu...0...1...3...3...5...3...1...5...5...8...
truuut, truuuuuuut....lbh kurang macam tu la bunyi die. "Salam syeikh, aku ngan Faizal Nizam nak dtg rumah ni...blh ke??", Aziz tanye. Izu jwb blh je. Dialu-alukan. Lebih2 lagi ade Faizal sekali. Jarang dapat jumpe sorang ni. UITM mari. "Tapi datang stengah jam lagi, nak kemas2 ape yang patut dulu. Bawak la die jalan2 UIA dulu", ujar izu menambah.

Aziz & Faizal ni kwn dari sekolah menengah lagi. Kat Kuantan. Sekolah Al-Ihsan. Antara yang sama2 bertugkus lumus menjayakan program 'Kembara IPT' lepas SPM dulu. Kira ni kenangan manis la. Ade 2 orang lagi yang terlibat same, Aiezatt ngan Anwar Rahim. Masing2 bawak arah sendiri. Semua lain2. Izu jurusan Ekonomi UIA, Aziz jurusan Fiqh UIA, Faizal bakal doktor UITM, Aiezatt Sains Komputer (Maklumat Rahsia) USIM dan Anwar Engineering UITM. Nak cite semua kwn2 tak muat. Lain kali je.

Dah 2jam kami borak2+solat Asar, diorang balik. Settled.

Malamnya, terlintas kat benak izu nak cuba masukkan HDD izu yang 'kononnya' tak betul hari tu. Memang tak dpt format. Kali ni izu agak RAM izu pulak yang bermasalah. Izu cabut RAM yang ade, tinggalkan yang paling besar memorinya (512mb). Masukkan CD XP, run. Everything done smoothly, PC ku hidup kembali. Wahh! lega...

Kesian HDD & pc yang telah dipersalahkan sebelum ni. RAM tu mmg nak kene!!!

Wednesday, August 6, 2008

Semuanya tak kena

semalam...
Izu dah cuba format HDD tu guna Pc Abg Saifullah, dan izu dah berjaya hidupkan balik 40G yg hilang tu. HDD tu dah semakin bermakna. Cuma...formatting yg izu buat still tak berjaya sepenuhnya. Ada file missing dan windows tak buleh jalan.

Daripada percuban demi percubaan yg izu dah buat semalam, izu dapat agak pc izu yang bermasalah sebab HDD Abg Saifullah tak dapat run dekat pc izu. Mungkin la. Izu tak tahu hal yg sebenar. Tapi dalam masa yang sama, kenapa HDD izu tak dapat di'format' dengan jayanya dengan pc Abg Saifullah?? Mungkin jugak HDD izu rosak. Mungkin...izu dah pening. Semuanya tak kena.

Monday, August 4, 2008

Izu tak handal berbahasa Inggeris.


Library IIUM, Level4th, Laptop area.

Mase izu tulis post ni, someone is paging our blog. Arround Bangi. Mungkin Sungai Merab, rumah abangLong izu.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Hahhhh...mengeluh kejap. Fikirkan 'Hard Disk Drive' (HDD) pc izu yang dah tak dapat berfungsi dengan baik. Masuk hari ni, dah 5hari pc kat rumah tu tak sehat. Rindukan 'Operating System' (OS) yang dah merajuk dan tak nak balik-balik!

Izu dah habis RM25 beli ubat (kabel IDE-USB) utk 'maintain'kan semula HDD tu guna pc lain. Tapi takde respon baik. Asyik muntah 'setupdd.sys cannot be loaded' yang tak boleh dihadam dek 'kernell debugger...' (tak ingat ejaan dan name penuh). Mungkin HD tu dah rosak.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Semalam, sebelum cuba masukkan Windows98 (untuk sementara 'kononnya'), HDD tu masih boleh digunakan sebagai storage luar. Ade la 40G blh pakai (total HDD). Tapi, bila dah cuba, baru tahu..tersalah ubat daaa. Partition dah delete 'totally' dan format tak berjaya. Sekerat jalan je. Adusss!!..tambah merana jiwa ini. Dari yang tadinya 40G boleh pakai, tinggal 2G je! Baik biarkan je 40G tadi dan bagi Qila buat external storage laptop Qila (sbb HD laptop Qila kecik). Itupun tak tahu macam mane 2G tu blh ade. Mungkin 2G tu hasil dari 'formatting' yang tak berjaya tadi.
Mungkin. Izu tak tahu. Izu agak je.

Apepun, bersangka baik pada Allah tu perlu. Instead of do nothing by just throw away and seek for a new HD, I've learned something. Ilmu Allah tu maha luas. Ini hanyalah sezarah daripada selautan ilmu yang ada. Segunung ilmu bermula dari sezarah tinta. Tak gitu?

-Post kali ni banyak istilah yang berkaitan dgn komputer. Rujuk kepada yang lebih ahli untuk lebih tahu dan lebih ilmu. English sentence(s) yg wujud terbuka utk dikritik. Mungkin izu tak handal berbahasa Inggeris.
Mungkin? Takde mungkin2. Kali ni izu pasti.

Friday, August 1, 2008

Semuanya bertambah baik..

Library,

Petang semalam tak ada air...
Habis, pening...takut ketiadaan air ni berpanjangan. Merintih seketika bila mengenangkan rumah kami pakai air 'direct'. Air tak kluar bermakne memang tak de air la. Qila: "Alamak..mcmane ni?? kite guna air dalam 'mineral pot' la".. (bila rasa nak guna)

Lebih kurang 2.30ptg kami menuju ke uia dengan 'wave100warnebirugelap' tu.
Kelas 3.30ptg. Tapi kena pergi awal sebab qila committee wireless, nak jage registration..dgn nak setup wireless laptop qila. Kelmarin, laptop tu buat perangai. Izu format je terus. Settle.

Lebih kurang 6.32ptg, kami dapat rasakan 'bahawa sesungguhnya' Allah dengar rintihan kami tghari tadi. Dikurniakan air lebih dari perlu. Bayangkan, duduk kat tingkat 3 pun boleh jd mangsa banjir...

Air naik sampai 2 inci kat lantai dapur. Siap mengalir keluar ikut pintu depan lagi..dan terus mengalir hingga ke parking kereta kt bawah (dr tgkat3 tu). Patut la depan rumah ade air mase sampai td. Dalam hati izu, "mamat mane la main simbah2 air depan rumah nih..hampess!". Alih2, sendiri buat hal..'tak tutup paip mase keluar rumah tadi'.

Habis lantai kt rumah..Banyak benda basah. 'Karpet' ruang tamu, alas meja, barang2 dapur (klu takde rak pinggan dgn gas tu, blh terapung tikar getah 2 gaknye)...suratkhabar la yang paling banyak. Letih+sengal badan ni nak basuh tikar2 dan karpet2 yang besar2 tu, nak mengelap lntai2 yg basah. Pulak tu, takde saliran air kat lantai dapur. Terpksalah buang air banjir td ke dlm b.air mggunakan penyodok smpah. Satu lagi..tilam kekabu..yg sifatnye menyerap air tu. Dahla besar+berat. Pastu bile jemur kt tembok, kekabunye bkumpul stempat. Dah takde rupe tilam..huhu..

Pun begitu, izu dan qila masih perlu dan sangat bersyukur sebab cpu komputer tak kena air. Ditakdirkan mase kemas2 rumah haritu, terdetik di hati nak letak cpu komputer tinggi sikit. Alhamdulillah..

Apepun, bersangka baik pada Allah itu terrrsangat perlu. Segala yang berlaku ada hikmahya. Rumah kami pun makin tersusun. Dapur pun dah bersih. Semuanya bertambah baik..insyaAllah.

Wednesday, July 30, 2008

beratur bagai nak rak


Musolla Culture Activity Center,
hari ni...

Qila terlibat secara langsung dengan 'Wireless Registration for IIUM student'. Qila ajak izu join dulu, tp izu 'mengelak utk cari tekanan'.

Ramai.
Gawat.
Semua student yang ade laptop@notebook dan berminat nak dapat wireless connection berkumpul kat CAC ni...

Petang ni sesi yg ke2. Dianggarkan, setiap sesi melibatkan 2000 student. Anggaran jela... Tp pagi td tak ramai sangat. Mungkin deme(diorang) nak hadiri sesi petang kot...tu pasal la ramai tak terkate student tengah beratur skrg ni. Nak masuk CAC kene 'touch' matric card. Kalau tak 'valid' masuk barisan lain pulak. Pening. Izu jugak best lepak kat surau meluncur internet. Rileek jer...Ksian qila. huhu. Isteriku itu...Baik...nanti izu buat air milo ais, bawak kat die...

-pastu izu minum sendiri..haha...menyakat qila mmg best. Pastu die tekup muke dkt bantal busuk!

Laptop qila ni dah regist awal2 lg. Mase briefing committee dulu..
Rezeki kami.
Tak payah beratur bagai nak rak.

Monday, July 28, 2008

Biarlah perbincangan ini berlegar setakat di sini

IIUM Library, level 2, Brother Area.

hmm...
semalam...
Abang (Along), Kak Long, Aiman (anak buah), Angah & Kak Ain (bakal Kak Ngah 17 Ogos) datang rumah...

Abang sampai dalam pukul 7++, dan Angah sampai lewat skit..Abang first time datang 'rumah' baru ni...Sekarang ni die selalu jugak kena turun KL utk buat rawatan Aiman kat 'The Tole' dekat Jln Sltn Ismail. Rawatan Neuro Akupuntur katanye. Seminggu 5 kali, 3 hari kat KL, 2 hari kat Puchong...

Angah pulak merewang kat Nilai. Cari barang kahwin dgn K.Ain. Minggu lepas ade pesan Milo dgn beliau. Jadi beliau bawak dtg semalam. Siap dgn ekstra minuman lagi, kopi ginseng+tongkat ali & Nesvita. Sumenye dibeli dgn harga staff..hehe.

>Ade masalah harga barang Nestle mahal?
Hubungi kami. Kami ade cara.
>Nak tahu macamane kami blh merasai kesusahan yg anda hadapi?
Di alam fana ini, kami juga pengguna seperti anda.

Biarlah perbincangan ini berlegar setakat di sini.

Monday, July 21, 2008

Khat Calligraphy..


"yeke?? alhamdulillah!!" tulah perkataan pertama yg terpacul dr bibir qila tatkala mndapat tahu yg kami diterima utk kelas Khat (niche area).qila terus mndapatkan abg yg sedang duduk di ruang tamu bersama baihaqi utk mmberitahu khabar gembira ni.. sbnarnya bimbang takut xditerima sedangkan diri ini sangat2 mengharap..ape pun,Allah Knows Best..=)
tak sia2 la dari sekolah dlu qila berlatih tulis khat sorg2..mmandangkan tiada tnaga pengajar yg berpengalaman, qila bljar tulis khat dr buku. ditakdirkan Allah, qila dpt suami yg 'master' khat! Alhamdulillah 'ala kulli hal..bersama2 mengembangkan industri khat yg merupakan salah satu seni indah dlm Islam ni..=)

internet buat PC kami...

semalam....
Baihaqi, Atie & Naimah melawat kami kat 'kondo Changkat Setia' tu...
Bai & Atie ni bakal disatukan bulan 11 ni, kalau tak silapla...tak pun bulan 12...nanti konpem balik.
Tujuan lain mereka betamu ke 'kondo' ni adalah utk meninjau-nunjau rumah yg bakal mereka diami kelak...
Untuk makluman, Ikhwan&Yati pun duk kat sini jugak. Betul2 atas rumah kami(level3)...maknanya bermula semester depan bertambah lagi an IIU married couple di kondo warne oren nih...(sebenornye, ade a pair lagi IIU student duk kat sini, tapi tak kenal...)

Petang ni nak kene hantor balik maxis broadband ke petalingJaya. Berakhir zaman internet buat PC kami. Moga selamat pergi dan kembali...

Saturday, July 19, 2008

maxis broadband

dari level2, Kondominium Changkat Setia.

Sekitar 9.30 malam semalam kami bergegas ke Petaling Jaya untuk serahkan kad kawin angah yang dah siap tu kpd bakal kakak ipar(Kak Ain). No charge on service. Adik beradik punye fasal takpe la. Lagipun angah merupakan supplier barangan 'Nestle' kami (hehe..) sbb beliau kerja dekat kilang nestle(as technician), jd dapat la beliau beli dgn harga yang lebih murah.

Maka dipinjamkanlah kami 'maxis broadband' ini selama 2hari oleh kak Ain sebagai hadiah. Waah..meriah la kejap pc izu ni bile dah ade internet. Macam2 blh update!

Tuesday, July 15, 2008

laRat??

Salam tangan.
Again, cc yg same.
Baru perasan, rupenye 'profesional' bwh tu salah eja...
Malas nak nak edit gambar tu, kasi ralat je la kat sini.

Ralat: Professional

professional ke???

Saturday, July 12, 2008

Beli jajan...

selamat bertandang...
malam ni kami hinggap kat cc batu cave, name cc ni...hmm, malas nak kuar tinguk. slalu jugak la dtg sini. Tengah syok2 meluncur internet, Abg Saifullah telefon. Pc rosak katenye. Minta tolong izu tengokkan. Tak de la pandai sangat. Setakat nak repair dan format, boley la...

Semalam, dah settled satu dari 3projects. Tag program 'Trip to Orphanage'. Kwn qila yg tempah, Sharifah namenye. Tak mahal, singgit satu tag. Tu harge special utk kertas keras yang kami guna. Sepatutnye RM1.20/tag. Semoga yang berkenaan berpuas hati dgn service kami! =)


Siang tadi patutnye kami hadir ke 'Konvensyen Mahasiswa' anjuran PKPIM dan Dewan Bahasa (kalau tak silap), tapi bile boring tengok kadaan rumah, kami amik keputusan untuk kemas rumah. Rumah ke?? haha. Boley la, tapi tak berbilik. Ruang tamu+dapur+bilik air je yang ade. Sebelum ni sewa rumah 2bilik. RM400/month. Tapi terasa besar pulak bile dibandingkan dgn penghuninya yang hanya 2 orang (bile la nak jd 3, keke..). Rumah sekarang RM250. Blh save skit..buat beli jajan!

Friday, July 11, 2008

makan murah?

salam buat para musafir yg lalu kat sini...
Dah lame tak update blog ni...izuqila masing2 sibuk mendaftar subject semester baru.
Gawat betul. Izu hampir2 tak dapat teruskan semester ni gara2 tak cukup credit hour.
Tidur tak lena...buat keje tak tenang...mandi skali-skale (hahah, kantoi!)...tapi makan tetap maintain...thehe. Rupenye ade satu gerai makan kat greenwood tu murah. Mmg kalau nak makan kat luar makan kat situ la. Tokey orang kelantan. Pedas2 manis!

Thursday, July 3, 2008

kungfu panda


Ptg td g rumah alang (abang izu no-3). Lepas tersesat lbh kurang 3km, akhirnye izu dpt recall jalan ke Tmn Nusantara, Gelang Patah, JB itu...(pasal sebelum ni pernah pegi sekali je..). Sedang elok sampai, siri drama Ezora dimainkan kt TV3 - qila 'pelanggan setia' cite ni..hehe, jgn marah s-----g! (^-^)

Alang keje dekat Biro Bantuan Guaman (Syariah) kt JB sejak tahun lepas. Sape-sape yang ade masalah nikah&cerai blh la hubungi beliau kat cini.

duduk lbh kurang 3jam kami btolak pulang ke kulai. Kalau pegi tadi lalu highway, balik ni kami cube lalu 'lima kedai' (name tempat). Punye la gelap jalan tuh (sempat bace ayat kursi+4Qul, hehe)...tapi sebab nak jimat petrol (petrol mahal!), redah aje lah...bile dah sampai area Skudai jalan dah ok...SyukuUr!

Sampai rumah, layan Kungfu Panda (pinjam DVD Alang), layaaan...
Memang best citer ni...dan itulah tujuan sebenar penulisan ini dititipkan.
Nak tulis sinopsis dio panjang2 'maleh', sonang-sonang ekau tokan ajo kek sini ha.
..wassalam.

Tuesday, July 1, 2008

Kahwin sambil belajar??

Setakat penilaian saya inilah faktor pemangkin utama yang medorong kepada perkahwinan semasa alam belajar. Kawin semasa umur muda bukanlah perkara pelik zaman datuk nenek kita, namun ianya berubah menjadi perkara ganjil dalam masyarakat apabila perubahan sikap masyarakat yang mengutamakan pelajaran sehingga habis pengajian di universiti dan punyai kerja yang terjamin barulah sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Couple dulu tak apa tapi kawin awal sorry la! Mungkin ini realiti zaman sekarang.
teks penuh

result dah nak keluar!!..



ni 1st time qila menulis kt blog kami nie..sebelum ni qila cume duk sebelah dan me'ngomel+ mengkritik je ape yg hubby buat..hehe..blog bersame mestila citarasa bersame..xleh nak piiink je..(walau hakikatnye mmg qila nak blog ni warne pink pun) sbb PERKAHWINAN tu kn perkongsian hidup. Jadi sume bende kenelah kongsi bersama..kan..(^-^)v hubby qila suke warne hijau.qila suke sangat warne pink. Jd untuk berlaku adil, kami amik warne biru lah.biru pun ok gak..
huh, jam menunjukkan pkul 2.32am.. qila dan hubby masing2 mengadap laptop. layan internet..buat keje masing2. sambil diiringi muzik instrumental..layaan..

harini dah masuk 1july..menandakan result sem3 akn keluar beberapa jam lg.. hemm, mcm malas nak cek nnt. tp tula..klu tak cek, ternanti-nanti..penantian tu suatu penyiksaan. masalahnye takut nk tengok result..huhu.
alah,buat ape seksa diri. lame2 nnti tengok jgk result tue..em,kite tunggu jela pkul 6pm nnt..
buat sahabat2 yg nak tgk result, Selamat Tengok Result!!