Tuesday, December 15, 2009

Kelahiran & kehilangan

Takziah buat sahabat "blog ibu bapa muda" kami Hafiz & Mawaddah di atas kematian anak sulung mereka yg baru berusia 3 bulan..semalam..alFatihah..
Tabahkan hatimu sahabat..semoga Allah hadiahkan ganjaran lantaran ketabahan kamu berdua. Pastinya ada hikmah di atas segala yang berlaku..
Pasti...

Tahniah buat Angah & Kak Ngah di atas kelahiran anak sulung mereka pada pukul 3.30pg tadi..
Semoga kelahiran ini membawa sejuta rahmat dalam kehidupan kalian..insyaAllah..

Antara kehilangan dan kelahiran..tersirat sejuta hikmah dan pengertian..menguji keimanan dan mengukur kensyukuran..melatih jiwa yang kian meletih..

Sabarlah insan...syukurlah insan.

Friday, December 11, 2009

merah


Ape yg korang nmpak dalam gambar ni?

Gambar ni diambik mse sem lpas..mse bru hbis klas xsilap...sem lpas slalu g uia awal..sbb ade klas kul 8pg..parking pn senang dpt...

kereta kami keta merah yg plg meyerlah dlm gmbr ni..huhu..
mse parkg keta ni, blakg2 tu ksong lg...nk balik je tgok, eh2, mcm cntik lak...beratur je merah2 ni..hehe...

Tuesday, November 24, 2009

pecah!!


Tak sangka smpai terpecah pulak tabung gas 12.7kg ni..
lapar sgt masa ni..duit xde..
nk xnk, korek2 tabung skit..gune gunting..
tibe2..
ting!!
bukan duit yg kuar..serpihan yg tercampak..
tbung daa pecah..
terus nmpk isi..sng skit nk kuarkn duit!..heheh..
Alhmdulillah, mungkin Allah nk permudahkan..

hmmm....org kate, susah senang bersama..=)

setiap kli nmpk gmbr ni, teringt zaman dulu2..
mase awal2 perkahwinan dlu..hehe..


Monday, November 23, 2009

Buku percuma..nak?

Anda ada blog?
Kalau ada, secara automatik anda boleh dapat sebuah buku percuma terbitan PTS - (namakan saja judul yang anda nak, asalkan harganya tak lebih RM25).

Syaratnya tak susah, cuma kena letak banner pertandingan 'PTS : Baca dan Menang' dekat blog. Kalau berminat, klik banner PTS di laman ni, dan klik tab 'BUKU PERCUMA' di laman web pertandingan 'PTS : Baca dan Menang'. Daftar dan tampal banner pada blog.

P/s: Jgn lupa sertai pertandingan 'PTS : Baca dan Menang' tu..macam2 hadiah best ade..mane tau ade rezeki dapat hadiah utama..

Selamat mencuba!

Saturday, November 7, 2009

EXAM vs KERJA

Hari ni kami abadikan segalanya utk ALDIWAN...name sebuah pusat bahasa Arab yg dekat Tmn Melati Utama tu..

Bukan ape..jadual kami hari ni penuh walaupun tgh sibuk dgn final exam..
Pukul 10 pg ni sampai 3 ptg nnti, kami ganti Abg Akhbar; staff ALDIWAN shift pagi..beliau MC..
6 ptg ni pulak bawak Ust. Ehab (Mesir) ke Surau AL-Falah, Ampang..Ada kelas Bhs Arab dekat sana..sampai 10 malam..

Sekarang ni, kami dapat job baru..transporter Ust. Ehab dari Apartment Saujana, Pinggiran Bt. Caves (rumah ustaz) ke Surau Al-Falah, Ampang - pergi dan balik..2 kali seminggu..
Mula-mula berat jugak nak terima job ni sbb kena ada komitmen yg tinggi, tapi bila fikir boleh buat duit dgn kereta..terima je la..

Ape nak buat..cari makan punye pasal..Alhamdulillah.

Thursday, November 5, 2009

Good Luck!!

Assalamualaikum bt pembaca blog kami...

Dah lame sgt tak menulis lantaran kesibukan yg disengajakan mahu pun tak..tak tahu la knape sem ni tersangat la sibuk..biasenye bile final dh nak dekat, kita akn relax skit..mksudnye assg dh hntr, prsntation dh selesai, test2 pn dh lepas..
tp sem ni..makin nk final, mkin sibuk..time tu la ade 2nd test..time tu la nk hntr assg lg..n mcm2 la..qila pulak byk decentralized exam..org bru nk start exam, qila dh lepas 3 paper..alhamdulillah..cpat skit hbis..cume smpat @ x jela nk study..=)
xpe, yg penting..study smart..

Buat yg sedg mghdapi peperiksaan...
"Semoga berjaya..kita dh usaha, doa, selebihnya serahkan pd Allah.."

Wednesday, October 14, 2009

Saturday, September 12, 2009

zaman sibuk hari tu..

Berikut design2 yg izu belum letak kat sini..


Logo Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya - (retouch)




Tag Program UIA




Cover Katalog dari 3 Syarikat Antarabangsa,
yg diuruskan oleh Darussalam Malaysia





Business Card Faisal's Videostudio



Banner Tuisyen Rakyat Percuma

Friday, September 4, 2009

Quran dan Ramadhan

Salam Ramadhan.
Malam ni merupakan malam yang ke-14 Ramadhan. Bagaimana dengan azam istimewa kita utk bulan yang penuh barakah ni? Menurut percaturan atau tidak? Atau hanya sekadar indah di minda tanpa sebarang usaha.

Salah satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Nabi sempena bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ada di antara kita yang berusaha sedaya upaya untuk khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang Ramadhan sama ada sekali atau 2 kali. Bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan individu utk menghabiskannya dalam masa sebulan.

Bagi mereka yang kurang lancar atau masih tergagap-gagap, berazamlah utk menghabiskan separuh daripada Al-Quran atau setidak-tidaknya 1 juzuk. Ini kerana, golongan ini akan memperolehi 2 kebaikan; yg pertama: kebaikan kerana membaca Al-Quran, dan yg kedua: kebaikan dek kerana sabar ketika membaca Al-Quran. Dan setiap dari kebaikan ini ada 10 ganjaran. Dan tidaklah 'Alif Lam Mim' itu satu kebaikan, tetapi Alif satu kebaikan, Lam satu kebaikan dan Mim satu kebaikan.
[Alif laam..meem... = (1+1+1) x 10 x 2 = 60 ganjaran utk satu ayat yg hanya ade 3 huruf] ...ibarat kita bayar 10sen je utk copy sebuah buku setebal 600 muka surat..Wow!!

Perlu diingat, ganjaran di atas ini adalah untuk selain daripada bulan Ramadhan. Manakala bagi bulan Ramadhan, ganjaranya Allah saja yang tahu. Maha Pemurah Allah.

~~Anda tak buat, Anda tak dapat~~

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem..

Wishing a very blessed Ramadhan 1430H for all Muslims around the world . Colours your Ramadhan with great ibadah.

Tuesday, August 18, 2009

Teori ekonomi dalam rumahtangga.

Fixed cost (kos tetap) merupakan kos yang tidak selari dengan jumlah keluaran. Bermakna, pertambahan bilangan jumlah keluaran sesuatu produk tidak akan menambah atau mengurangkan fixed cost. Adapun variable cost (kos berubah) pula merupakan sebaliknya. Variable cost ialah kos yang bertambah, seiring dengan pertambahan jumlah keluaran. Contoh termudah bagi fixed cost ialah sewa rumah kediaman, manakala bagi variable cost pula ialah susu tepung bagi pasangan suami isteri yang mempunyai cahaya mata.

Perlukah mahar dijadikan fixed cost? Seorang lelaki yang 'risk averse' akan menjawab "Ya", dengan syarat nilainya mestilah pada kadar yang rendah. Mengapa perlunya syarat? Kerana, jumlah dan kualiti keluaran belum dapat dipastikan, sama ada mereka akan bahagiakah hidup bersama? atau mereka bakal punya zuriatkah jika disatukan?

Bagi perempuan yang yakin dirinya subur dan punya pekerti yg baik akan selantang-lantangnya menolak...mengapa? kerana dia sangat pasti yang kilangnya aktif dan kualiti hasil keluaranya mampu memenuhi permintaan pengguna. Oleh itu, menurut mereka adalah seharusnya mahar dijadikan variable cost dan bukanlah fixed cost. Seandainya ini yang berlaku, maka pihak lelaki perlu berdepan dengan kenyataan bahawa semakin baik pekerti bakal isterinya dan kemungkinan besar banyak zuriat yang mampu dihasilkan, semakin mahal mahar yang perlu dibayar.

Hasil keluaran yang banyak dan berkualiti akan menjamin pulangan yang sangat lumayan. Ini pastinya akan membantu sesebuah syarikat rumahtangga untuk berdaya saing dan kekal maju, seterusnya mengelak daripada berlakunya bankrupsi.

Bankrupsi dalam hubungan kekeluargaan membawa maksud perpecahan atau perceraian. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada bankrupsi rumahtangga, antaranya berlaku pecah amanah dalam syarikat, kegagalan dalam meneraju organisasi dan tiada persefahaman sesama anggota syarikat.

Pecah amanah dalam syarikat berlaku apabila suami atau isteri berlaku curang dan tidak jujur terhadap pasangan masing-masing. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar terhadap struktur rumahtangga. Hari-hari yang dilalui tampak semakin suram dan akhirnya akan menjadi hitam legam.

Kegagalan menerajui organisasi berpunca daripada kurangnya ilmu dalam diri suami. Suami yang merasa terbeban dgn tanggungjawab akan cenderung utk memilih redha tuhan dari redha isteri semata. Memenuhi kehendak serta keinginan isteri tanpa menelusuri landasan agama secara kritikal bakal membawa kepada kancah yang maha dasyat. Kebebasan dan kesenangan yang difikirkan mampu memenangi hati insan tercinta akhirnya mengundang murka tuhan dan menduga pengakhiran yang ternyata buruk.

Seandainya seorang suami dikurniakan isteri yang beretika dan rajin bekerja, manakala si isteri memiliki majikan yang amat penyanyang dan bertanggungjawab, adakah hari-hari yang mendatang pasti membawa seribu keuntungan? Pusingan Ekonomi (economic circle) mengajar kita erti pasang surut kehidupan. Nasib manusia mutlak di atas tangan-Nya. Hanya Dia yang memahami setiap takdir yang dicipta. Ujian persefahaman antara lain bakal di titip ke atas insan yang disayangi-Nya.

Ujian adalah rahmat bg mereka yang mampu berfikir. Nah, maka di sini lah peri pentingnya memiliki suami yang fasih di bidang ekonomi. Setiap percaturan diteliti sebaik mungkin sebelum jalan keluar yang terakhir kali dinokhtah. mengapa ekonomi?? nanti sambung...

Sunday, August 16, 2009

Manee la die pegi...

Handphone qila hilang...
Buat masa ni no. qila tak berfungsi..
Sila hubungi husband die kalau ade ape2 hal..

Wednesday, July 29, 2009

Kongres Pelajar

Hmm..baru je siapkan design poster Kongres pelajar
..Sile datang...
klik pada gambar utk paparan yg lebih jelaz.

Thursday, July 23, 2009

Jom terbang!

Ceeeh..
Tajuk nak gempak je...
Ni program terbaru yg izu 'design'kan 'banner&flyer'nya. Flyer izu tak letak la..sbb design dia lebih kurang je dengan banner; ubah kesdudukan sikit-sikit je. Kali ini dianjurkan oleh Biro Belia & Biro Wanita Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 PJ, ataupun lebih dikenali sebagai 'Masjid Bulat'. Pengisiannya memang menarik; di mana angkasawan negara sendiri yang akan menceritakan pengalaman beliau menjadi rakyat Malaysia pertama keluar bumi. Sesuai bagi mereka yang kagum dengan ciptaan Maha Sempurna Allah. Semoga tertumpah iktibar dan hidayah bagi mereka yang cintakan ilmu.

*Penyertaan daripada para pembaca blog ini sangat/amat/terlalu dialu-alukan.

Tuesday, July 14, 2009

Hari pertama di semester baru..

13 Julai 09 >>> Urmm..bnyak makna tersirat disebalik tarikh ni..
Antaranya...

1. genap 4 bulan lg ulgtahun klhiran "incik" saya..
2. juga jika no 13 ni x 2..ulgtahun klhiran qila pulak..(^_~)v
3. hari pertama qila meneruskn kuliyah stlh agk lama dnsihtkn bercuti dek sbb gugur 3 buln yg lalu (10Apr)..

haa!!? hari pertame sem baru..
qila la antra yg ter'excited' nk g klas!..rndu..hrp2 la smgt ni kekal smpai abis sem..hoho..

umm, mcm2 ragam qila nmpk arni...
baik Malaysian ke..foreigner ke..
yelah, dh lame bercuti le katekn (bg yg xamik short sem la). Spnjg jalan2 ke sane sini, mse nk g klas kt dlm UIA td, mmbuat qila tersenyum sndri ble tgk gelagat stdnt2 nih..tp senyum cover la. mabuk ke jln2 senyum sesorg..heh!
antrenye, stdnt2 ni mcm dh terpisah bertahun2 plak..hihi! bile jmpe mmber je, salam..rangkul bdan mmber..si arab td 2 la..excited sgguh! heheh..(xpe2, ukhuwah 2 yg pntg!)

"lame xnmpak syeikh!!"

"pe cer??"

pastu antra soaln yg beratus2 kali dtanya kt kite..ialah... jeng2...jeng..

"amik subjek ape sem ni?"

"amik subjek tuut dgn sape?"

mulela mggelabah cri confirmation slip..hoho..klako2.. so, bersedialah utk mngingati sbjek ape yg kite add..bile org tnye amik subjek ape..tot, tot, tot, tot n tot...settle..hihih!! (^_^)

Seperkara lagi yg mnyeronokkan hri pertame sem ni..qila jumpe lecturer2 ksygn mse awal2 msuk UIA dlu..Ust.Mujtaba, Ust Abul Laith..(lecturer yg cukup mmberi inspirasi dlm khdupn di bumi uia ni).

Ust Abul Laith: "hey mama! aina bintuki? (mana anak awak?)" dgn sleng2 ust 2..hehe..ust ni org Hindi. Sejak ust tau qila dh kawin, ust terus pggil qila dgn gelaran "mama"..Ust Mujtaba pulak dr Sudan..pn bertanyakn soalan yg same jgk..
Jawapan qila ringkas je.."InsyaAllah Ustaz..fit toreeq" (on da way).

Qila xberharap sgt dh..Klu dpt, alhmdulillah! klu xdpt lg pun..alhmdulillah..tu sume kerje Allah..(^_^)

Sunday, July 5, 2009

Jom bersihkan rumah DIA!

Alhamdulillah..ni design terbaru yang sempat disiapkan dlm masa 6jam..agak perit utk siapkan design ni sebab job dpt malam, tapi nak pagi esoknya..maka izu pun pulun la dr pkul 3pg..sampai 9pg..tu pun rasa macam tak puas hati lagi dgn warna & susunan design ni..maklum la..belum sampai tahap professional designer lg..photoshop pun blajar sendiri2 je..hehe..

Kenapa start pkul 3pg?? hee..mlm tu, izu&qila kemas rumah..susun balik kedudukan perabot dlm rumah..asalnye nak bawak keluar PC izu ke ruang tamu je..tp disebabkan nak bg sesuai dengan tuntutan ruang (rumah sempit..), terpaksa la ubah barang2 lain skali..PC izu dh hidup balik selepas lebih 3bulan cuti sakit..hard disk eksiden...nasib baik Opie(abang qila&masih single) ade hard disk yg dia tak guna..walaupun 40Gb je, tp dh lbh dr cukup untuk hidupkan balik desktop PC ni..izu letak 35Gb untuk C:\, dan 3Gb lebih utk D:\...tak cukup 40Gb eh??...biase la tu..hehe..nanti nak cari external HDD pulak..kalau ade duit lebey la.....uh.

Terlanjur dh kempen design kat atas tu, nak ajak skali la sape2 yg punya masa utk sama2 join program tersebut..banyak kebaikan yg Allah janjikan...itu semestinye.

Friday, June 26, 2009

Cukup-cukup makan aje..

Hmm..
Malam ni kami berdua kerja. Qila jaga pusat Bahasa Arab AlDiwan di Tmn Melati, Izu jadi pak ustad ajar mengaji dekat Pusat Pengajian Al-Quran Mukmin di Selayang. Pada asalnya izu seorang saja yang bekerja dekat AlDiwan, tapi disebabkan jadual baru di Selayang bertindih dgn jadual asal di AlDiwan menyebabkan Qila pun terpaksa 'digajikan' sama.

Ni pun baru balik dari Selayang. Malam ni tak ramai sangat budak yg datang mengaji. Tak penuh la maksudnya. Tapi memang tak penah penuh pun..hehe. Ade je lopong2. Nak buat macam mana..masing-masing punye hal yg tersendiri. Boleh dikatakan semua dah boleh kenal huruf dan mengeja. Cuma tajwid dan ketepatan sebutan huruf yang jadi masalah. Ada sorang budak tu dah baca Quran..banyak la jugak..dah hampir tengah Quran..tapi tergagap2 yang amat..hehe. Terfikir jugak, macam mana la die boleh baca sejauh tu..sedangkan bacaan die sangat tak baik. Apa cerita dengan kitab Iqra' yang dia dah lalui sebelum ni?.. Done with many many many mistakes ke?.. Izu akan rungkaikan minggu depan..InsyaAllah.

Bangga rasanya dapat ajar orang mengaji. Bukan rasa hebat..tak..bukan bukan..cuma terfikir yang ilmu tu akan kekal sampai bila2..bahkan bertambah-tambah lagi. Baru2 ni kami melawat Mak Ngah & PakNgah; guru mengaji izu dekat kampung mase kecik2 dulu. Izu bagitau la yang izu sekarang ni ajar mengaji dekat Selayang. Mak Ngah kate, " uih..baguih la..berkaat Mak Ngah dgn Pak Ngah ajaq koghang(adik beradik izu) masa kecik2 dulu.."..lbih kurang mcm tu la Mak Ngah cakap..dgn lidah utara yg dah bercampur baur dgn loghat pahang. Terasa puas hati izu bile dengar Mak Ngah cakap macam tu. Mungkin ayat itulah jugak yang izu akan cakap di kemudian hari nnti..InsyaAllah.

Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih sikit daripada 2 tempat kerja ni. Lepas la jugak utk bayar sewa rumah kami tu. Kalau ade projek design sikit, dpt duit lebih sikit. Kalau takde, cukup-cukup makan je le...

'Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari AlQuran dan mengajarkannya"
HR Bukhari

Alya dh ade Asyraf..

Seperti yg dijanjikan, inilah wajah anak buah Qila yg kedua..selamat dilahirkan pd 20 Jun bru2 ni.
Megat Asyraf b.Rostam Affendi nmenye.
Mase ni Asyraf bru berusia 5 jam.







Hmmm...Alya dh dpat adik dh..Skrg kne pggil Alya "kakak"..
Tp Alya ni belum mengerti..mcm xsabar2 nk bermain dgn adik die. Mase Asyraf tgh tdo, Alya pegi sebelah katil die, pegang2 kaki Asyraf, mcm nk ajak main. Kadang die tepuk2nye si Asyraf..hoho..bukn blh caye si tecik tue. Sabar ye Alya..Asyraf kecik lg..

Thursday, June 25, 2009

tag & award from Afzan

haa..this is award given by Afzan...and i've been tagged also..here we go!

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Afzan bt Mahmad..junior yg Qila kenal semasa perjumpaan KPIJ (Kesatuan Pelajar Islam Johor) di matrik dulu. Seorg yg comel dn sgt pemalu. Sukakn bnde2 yg comel bersesuaian dgn karakter dirinya. Memasang impian untuk berkahwin awal spt kami..hehe..merupakan bekas pelajar KISAS dn skrg sdg mlnjutkn pengajian di UIAM Kuantan.

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

:: Namaku Ungku Aqila bt Ungku Yacob.
:: IRK, 3rd year, IIUM Gombak.
:: Dilahirkan di negeri Johor tercinta.
:: Suamiku Ahmad Hafizuddin Mohamad Ali.
:: Economics, 3rd year, IIUM Gombak.
:: Berbakat dalam kemahiran merekabentuk (design).
:: Berkahwin pada 8 Jun 07 sebelum masuk main campus Gombak.
:: Kami belajar sambil bekerja (part time).
:: eyeQreative Studio Enterprise syarikat kami.
:: Live off campus student - menyewa di Batu Caves Centrepoint.

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

1. 'Atiqah & Arifin
2. Sajidah
3. Hafiz & Mawaddah
4. Hanim & Zubir
5. SMAKJ_Atthiah
6. SRIH_Mawaddah

Award from Zawani..


Award ini dianugerahkan oleh Zawani (adik junior sy di UIA) sbg bukti yg blog kami menarik, dihargai & paling kerap beliau kunjungi..juga sbg blog yg paaaling beliau nantiN setiap hari utk ia dikemaskini..

Thanks Wani!

Saturday, June 20, 2009

Akak dah nak bersalin!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Tak taulah nape kali ni Qila excited sgt..nk dpt ank sedare no-2 pulak..
Hari ni kakak qila (yg tgh tggu hari nk bersalin) dh sakit2 nk bersalin sejak 6 am td..
Pkul 11.25 am td, abg ipar qila msj, bgtau yg akk skrg di hospital Serdang, bukaan dh 5cm.
Doakan moga akak dipermudahkan segalanya, insyaAllah..
Oklah, kami nk keluar ni..
Assalamualaikum..

Thursday, June 18, 2009

Tanyalah diri sendiri..

24 hari lg sem baru akan bermula.

Bagi Qila yg rasa mcm dh lama sgt cuti ni, rase tak sabar nak naik sem baru. Rindu suasana blajar..nk pergi kelas, jumpe kawan2, buat assignment, jmpe lecturer, lepak library, jalan2 kaki dlm UIA 2, rushing2 pegi kelas klu klas sblumnye hbis lmbt..hehe.. cume tak rindu klu kene present (huh, xgemar sgguh)..

Bg yg amik short semester, mggu ni adalah minggu2 yg sibuk bg diorg. Sbb minggu depan dh bermulalah minggu Final Exam..Good Luck ye!!

Tapi yg tak bestnya, bile makin dkat sem baru nk start, rasa mcam makin byk lg bnde2 belum settle..towards sem 1 09/10 lah katekn..berderet2 'to do list' yg masih tak terlaksana..sbb bile sem baru dh mula, masa utk sume2 tu agk terhad. Kita dh sibuk dgn kls, assg, prsentation, quiz2, mid term dn ape2 aje lah.

Qila slalu terfikir..nape ek sume2 ni (assg, prsntation, dll) akan dtg serentak? Besenye waktu kemuncak sem la(tgh2 sem). Kadang2 sampai terduduk dibuatnye..Klu tak pandai kawal, stress pn melande..At last, keje2 yg tak memuaskn hati yg bakal terhasil pulak nnt. Hush, taknak2..

Adakah sistem yg digunakan tak relevan? atau kita yg tak susun strategi? atau kita ade strategi tp skadar hiasan 'to do list' di planner kita? hehe..tnya lah dri sndri..

Monday, June 8, 2009

Our 2nd Wedding Anniversary!!

Alhamdulillah..rumahtangga kami telah pun menjangkau usia 2 tahun.
Doakan kebahagiaan kami berkekalan hingga ke syurga.
Bersamalah kita teruskan perjuangan ini;
di Taman Ilmu dan Budi ini..
meneruskan saki baki kehidupan,
mengutip khazanah ilmu yang masih tertinggal..

Semoga Allah terus memberi kami kekuatan
untuk meneruskan kehidupan berumahtangga
di samping menggalas tugas sebagai pelajar..

Semoga cinta dan kasih kepada suamiku terus mekar
pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan.
Hamba yang sering memikirkan peranan,
dan gemar memberi kebaikan.
Apabila peranan saling ditunaikan,
berhasillah segala hak yang ditentukan.
Moga Allah terus mengurniakan kepada kami,
kesejahteraan dan kebahagiaan hidup,
dengan siraman barakah dari Allah,
Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu.
Ameen…


إذا تزوج العبد فقد استكمل نصف الدين،
فاليتق الله في النصف الباقي
.

“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki” (Al-Hadith)

Friday, June 5, 2009

tag from kak Tiqah (diary darwisy)

Alhamdulillah..bru hari ni qila dpt mnjawab tag dr k.tiqah..dh berzaman jgkla die mngetag qila..almaklumla..bt mse ni, ade 1 je komputer kt rumh..Izu pulak bnyak kerja yg sememangnya memerlukn kmptr utk dihadap, jd mase utk qila mgadap internet kurang. Ni pun qila jwab mse free2 kt tpt kerja.. Maaf ye k.Tiqah..hehe..

Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Emm..ape yg TV3 siarknla kot..sbb kt rumh dpt TV3 je..hehe..
tp abg lbih byk mgadap komputer dr TV..jarang tgk TV pun.

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Ntahla..sume abg sebat.

3. What’s one food he doesn’t like?
Rasanya takde sbb abg ni tak memilih. Makan je apa yg disediakn. Klu tanye abg soalan ni pun, die tak tau nk jawab ape.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Nasi separuh dua, lauk yg blh kgsi 2org cthnye..tomyam, telur bistik. Air: Satu air manis, satu air suam..(Ni utk mkn berdua tau..jgn silap phm)

5. Where did he go to high school?
Sek Men Agama Al-Ihsan, Kuantan.

6. What size shoes does he wear?
Tak taula..tak de saiz yg spesifik. Yg pntg saiz pnjg..Dah lame tak beli kasut. Last beli mase qila nk buat hntaran dlu..hehe

7. If he was to collect anything, what would it be?
Barang2 yg masih blh diguna pakai atau yg berguna..tp org tak nak.

8. What is his favorite type of sandwich?
Sandwish telur yg qila buat..hehe..(resepi dr mak)

9. What would this person eat every day if he could?
Bubur nasi..hidangla dgn ikn bilis, smbal kicap, keropok. Tak taula nape abg suke sgt. Siap ckp lg, kalau mkn bubur hari2 pn xpe.

10. What is his favorite cereal?
Nestum Spirulina..Klu byk duit, ktrg beli la..

11. What would he never wear?
Baju2 yg ada unsur meriah..malu katenye. Pernah skali qila sruh pkai bju melayu yg colournye plain je..tp jnis kain die mcm ade corak. pastu abg tak nak pakai sbb nmpk mcm melawo..huhu..

12. What is his favorite sports team?
Barcelona kot..hehe..xsure la..

13. Who did he vote for?
Sesiapa yg berada di pihak yg benar..

14. Who is his best friend?
Maybe his nice wife..(aha,perasan jer baik!)..Mostly bdk2 SMAI..sume best fren abg..

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Sambut birthday mase tgh sibuk rombak susunan dlm rumah..pakat dgn mmber sblh rumh.

16. What is his heritage?
Bugis+Cina siam. Tp jauh jgkla..moyang belah umi yg cina siam tu..

17. What is his favourite colour?
Ofkos hijau..sbb tu blog kmi warna biru, bukan hijau atau pink. Baru2 ni je, beralih angin..tukar warne blog jd wane pink! hehe..suke2!! tp klu baju2 byk hitam. Byk betul bju hitam kt rumah. Sama la mcm kak.Tiqah, tgh mngatur strategi utk mmbykkn bju kaler lain pulak..biar bervariasi skit wrna2 bju..heh..

18. What is his habit?
Menyakat!..dn meng'skodeng' qila tgh bt ape..=)

19. What is he proud of?
Our eyeQreative studio..(^_^)v

20. Lastly, do you think he will read this?
Itu sudh semestinya! sbb ini blog bersama..klu blog qila sorg pn, mmg abg akn bce jgk..

Monday, June 1, 2009

Double wish..

Umi cakap abang lahir tengahari, jd izu bg tengahari la..hehe

Kad ini di'tag' kpd: 
1) Abang    
Copy dan paste dekat blog kalian.

Sunday, May 31, 2009

Kad perniagaan pertama.

Hmm..first time design business card. Harap2 design tu sesuai  dengan perniagaan yg dibuat dan Baihaqi (pelanggan) puas hati dgn design tu. Ada beberapa perkara baru yg perlu diambil berat dalam nak siapkan business card ni. Antaranya, saiz standard, penggunaan warna CYMK (izu biasa guna RGB), saiz tulisan & design yg sesuai. Izu lebih tertarik utk buat design yg simple & tak formal. Tapi, kalau kena buat utk org yang jual kamus..kamus bahasa arab pulak, takkan nak buat design yg berterabur & tak tentu hale (tak formal). Hasilnya, business card pertama ni nampak mcm tak formal, tapi masih ada ciri2 formal dia. Anda nilaikan.

Friday, May 29, 2009

Thursday, May 28, 2009

Saturday, May 23, 2009

Doakan kami kekal bahagia...

Bicara ini dari hati
Untuk dikongsi di kamar hati seorang isteri
Kaulah insan terdekat
Teman kembara kehidupan yang singkat
Bahagia dan derita kita berkait rapat

Aku hanya seorang suami
Yang menerima satu amanah
Termetrai di majlis akad nikah
Beberapa musim yang lalu...

Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa
rupanya syurga itu amat tinggi maharnya.

Doakan kebahagiaan kami..=)

Tag & Banner..beres!

Minggu ni ada dua projek; tag 'Program Pelajar Cemerlang' under BEDSA (Bachelor of Education Students' Association) dan banner 'Kelas Bahasa Arab anjuran Surau Al-Falah & Pusat Bhs Arab Al-Diwan'. Banner ni projek 'tiba-tiba', dapat hari ni-nak esok..Nasib baik Al-Diwan mintak design yg ringan dan simple je.
AlhamdulilLah..dua-dua dh selesai & baru je submit semalam..



>> Macam biasa, terbuka utk sebarang komen.

Thursday, May 21, 2009

Terima kasih Allah..


Alhamdulillah..dengan segala kudratNya, jari qila masih mmpu menari2 di atas keyboard ni..Kepada pengikut setia blog, maaf dipinta krana blog ini bersawang buat seketika lantaran kesibukan yg melanda dn kesihatan yg tidak mengizinkan qila utk byk bergerak. Dan dengan ini qila mengisytiharkan bhw qila xamik sem 3 0809..

Sebenarnya qila dh dftar utk amik s.sem. Dah pergi pun klas 2x..tp stiap kali pergi kls, rase xselesa. Rasa sakit kt perut..kt bhgn peranakan tu..atas nasihat ramai pihak, qila pun mgmbil kptusn utk drop sbjek sem ni. Rehat smpai btul2 sembuh. Mmg sayang sgt nk drop..rugi xamik..tp kesihatan tu perlu lebih diutamakan. Apatah lg bila ia melibatkn rahim kita. Btul x?

Berita ttg sakit2 ni smpai ke pengetahuan Che Musa & Pn.Zainab (manager Dimaz Holdings Sdn.Bhd) dn mereka nk jmpa kami. Che Musa & Pn. Zainab ni mahir ttg dalaman tubuh manusia dn ada ilmu utk ubatkn scra dlmn..tp bukn senang nk dpat. Tambahan pulak dorg ni tersangatlah sibuk orgnya. "Ni special service" kata k.Zainab.

Dipendekkn cerita, setelah pemeriksaan dibuat, k.Zainab kte rahim qila ni bengkak sbb tu sakit2. Lepas tu, darah masa gugur tu blum kluar habis. Qila diarahkn utk makn kapsul 'Suri' 2biji stp pg dn mlm dn kapsul 'Penawar' sbjik pg dn mlm dn bykkn minum air suam biar die tolak semua saki baki yg belum hbis kluar tu. InsyaAllah 2-3 hari lg, die akn kluar sbgaimana masa gugur hari tu.

Qila pun excited la nk cite kt mak. Yelah..igtkn kite dh ok mcm bese dh. Bile terdetik je dlm hati nk telefon mak, hp qila berdering..mak call..

"eh2, mana mak tau qila nk call mak?"

"talian hayat mak mmg kuat" jawab mak ringkas.

Tp mmg btul la..talian hayat antr ibu dgn anak ni lg cepat dr talian2 telefon yg ade kt dunia ni..Maha Hebatnya kuasa 'kasih sayang' yg Allah trunkn ke dunia ni..

Berbalik pd cerita td..Ya Allah..Tuhan je lah yg tahu mcm mana rase sakitnye masa hari pertama dia kluar..sharian qila xdapat nk buat pape melainkn menahan kesakitan..mcm2 posisi dh qila cuba utk elak rase sakit, tp takde maknenye..last2, tido jelah..tu pun kalau dpt lelapkn mata la. Dn hari ni masuk hari ke-3..kurg sikit sakitnya berbanding hari pertama tu. Alhamdulillah..terima kasih Allah..qila blh jalani kehidupn spt biase semula.

"inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. allahumma ujurni fi musibati, wakhlufni khoiran minha"

"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNyalah kami kembali. Ya Allah, ganjarilah daku atas musibah ini, dan gantikanlah bagiku suatu yang lebih baik daripadanya" (HR Muslim)

Thursday, May 14, 2009

jangan tak cuba!!


Ini adalah ujian kepantasan kita menaip..jom uji kemahiran kita!!
klik kt kotak di atas tu eh..
pastu bgtau markah korang kt sini..jgn x cuba!!

Wednesday, May 13, 2009

Buku best!

Macam orang gila.. Pelik tengok kawan izu baca buku tergelak-gelak. Izu tanye die, "ko kenape?, bace buku mcm orang tak betul..". "Buku ni klakar.." die jawab.

Lepas dia berhenti bace, izu amik buku tu. Ape benda la yg die gelakkan tadi..
Habis satu cerita izu gelak..habis satu cerita izu tersengih..ketawa..hihihi..kadang2 sampai mengilai.. Qila pulak yang pelik. "Ape kene la abang ni?..bace buku gelak-gelak..." qila tanye.
"Buku ni ha...klako.." izu jawab dengan loghat phg santai, menarik minat qila pulak utk bace buku tu..dan perkara yg sama berulang....

Buku ni memang menarik..kalau tak minat bahasa arab pun takpe. Ia tetap menarik. Khas buat anda yang tak minat dengan bahasa Arab. Yang kate bahasa Arab tu boring...

Harganya tak mahal pun, RM25 je utk isi yang sangat menarik dengan gambar2 penghidup cerita dan CD audio. Emailkan nama, no. telefon, alamat dan bukti pembayaran (no.rujukan online banking). Penghantaran percuma bagi yang berada di sekitar Ulu Klang, Gombak, Selayang & Kepong. Yang jauh pastinya bayaran pos (RM4) dikenakan.

Email : eyeqreativestudio@yahoo.com
>>164799055058 (Maybank) / 14162020221935 (BIMB) - Ahmad Hafizuddin Mohamad Ali
>>1223-0077081-52-2 (CIMB) - Ungku Aqila Ungku Yacob

P/s: Tak pun tinggalkan maklumat anda dekat ruangan komen post ni..(kalau nak la sbb tak sesuai pun sebenarnye..)

Friday, May 8, 2009

Sebelum, semasa & selepas gugur. A flashback...

Alhamdulillah..with His Blessing, I manage to write a post today..
Setelah sekian lamenye masa yg diambil utk menenangkn hati yg resah pilu ini. Maka hari ini..genaplah 4 minggu kndunganku gugur..
Alhamdulillah..qila dn izu sudah dpat menerima hakikat ini..memang pd mulanya agak berat bg kami utk terima kenyataan "anak kami dah tiada"..
tp...benarlah, Allah 2 Maha Adil..

ramai yg tanya qila..
"bagaimana rasanya gugur 2 ek?"

"sakit x?" 

"macamane bntuk daging yg kluar 2?"

dan untuk menjawab soaln2 mreka ni, qila rase nk berkongsi pengalaman sbelum dn selepas keguguran 2..klu ade yg nk bce la..

:: 2 April ::
Kami ke Klinik Keluarga yg berdekatan dgn rumah. Qila disahkn mengandung. Usia kndungn bru mncecah 5 minggu. Doktor bg asid folik dgn calcium sbg bekalan ubt utkku. Doktor mengarahkn kami bt scanning minggu hdpan utk mngetahui keadaan dlm kndungn sama ada dlm keadaan selamt atau tidak (diluar rahim). Memandangkn klinik 2 klinik swasta, utk kali ni kmi kne byar RM53..(emmhh, blh tahan!)

:: 9 April ::
Hari itu genaplah 6 minggu usia kndungn qila. Pagi itu, kami bercadang nk bt 1st scanning di UIA pulak..sbg student, mane mmpu nk bt rawatan kt klinik swasta 2..walaupun die dkat dgn rumh. Sesampainya di sna, spt yg tertulis dlm post sblum ni..
 "Dekat sini hanya buat follow up utl kandungan 4 buln dan ke atas je".

"Allah..pulak dah.." rintih hatiku.

Maka kami pun ke Hospital Selayang..demi mnjaga kndungan, kelajuan motor yg dinaiki mmg berada di tahap yg pling rndah. Tapi tambah menyedihkn lg, kt Hosp. Selayang pulak, die hnya layan kndungan yg bermasalah SHJ. 

Dalam hati Qila "sdihnye..penat org dtang jauh2.."

Kami pun pulg smule ke rumah..Tengok2 qila dh start bleeding.. Tanpa melengahkan mase lg, izu terus bwak Qila ke klinik yg pling dkat dgn rumh (Klinik Keluarga) td. Xpela kne bayar mahal skit pun..

Doktor scan perut qila.."Maaflah..tahan skit ye. sy tekan skit..sy xjumpe 'rumah baby' ni..". Dalam hati qila xputus2 doa.."Ya Allah, selamatknlah kndungnku. Aku tersgt2 menantiknnya".
Hasilnya, doktor tetap xdpt kesan lalu menulis surat refer ke Hos. Selayang. 

Habis jmpe doktor, kami terus pulg ke rumah. Qila kne baring je..siapa tahu, kalau2 kndgn masih blh diselamatkn lg. 

Mase ni..perut qila asyik sakit je. kejap die dtg..kjap die ok. macam tula die berulang2. Sakitnye lebih kurg mcam kne senggugut. Memulas2..xblh nk lelap mate. Darah still kluar lg. Kesian kt Izu..esok pgnye die ade 1 paper final..

:: 10 April ::
Sesudah azan subuh berkumandang, qila hndak ke bilik air. Qila mntak tlg abg papah ke b.air. tak lame lpas 2, abg terkejut bile qila panggil abg semule..

"Abang..tuu.." smbil qila menunjuk sesuatu di lantai..

"Ya Allah..ape tu??"  

inilah rupa kndungn berusia 6 minggu..
dh nmpak bntuk skit..dn bntuk tali pusatnye.

Nmpaknye prkara yg sgt2 tak diingini terjadi jga akhirnya. Serta merta qila rase nk pitam sgt waktu 2..Dlm fikirn fikir nk baring je. 

Abang xdapat g final exam pg tu..sbb kami nk ke hospital. Agak lame menunggu walaupun di wad kecemasan, akhirnye doktor memanggil namaku. Setelah diperiksa, qila sgt lega sebaik sahaja doktor kate perut qila xperlu dicuci. Doktor bg antibiotik biar die kluar habis. Org kate sakit klu kne cuci 2..huu..xnak2..

Pulang dr hospital, bermulalah episod "berpantang". Mcam org lepas bersalin 2..Mak dgn ayah nk dtang Gombak, nk bwak balik Qila tp mase 2 Qila dgn Izu ade lg paper final yg blum hbis. Selesai je final exam, kami pun pulang ke Johor..

Thursday, May 7, 2009

Hari ke3 semester pendek..

Hari ni izu je yg ade kelas. Qila rehat kat rumah je. Untuk sem ni, kelas qila hanya di sebelah malam sahaja. Tapi drpd ape yg berlaku semalam, mungkin qila akan drop subjek dan tak teruskan sem pendek ni. Biarlah qila rehat je dulu.

Malam semalam,
Qila ade kelas pukul 8-10 malam. Disebabkan izu kerja pukul6 ptg, izu hantar qila awal ke uia selain nak ikut program riadah PKPIM dekat Female Sport Complex sekitar pukul5. 

Sebelum masuk kelas tu qila mcm tak sedap badan, dan rasa sakit2 di bahagian perut. Habis kelas pukul 10 qila mengaduh lagi..sakit lagi katanye.

Nampaknye qila memang belum lg bersedia utk ikuti semester pendek ni. Biarlah qila rehat dulu. Sembuhkan ape yg belum sembuh tu.

Thursday, April 30, 2009

Munajat Kasih..

Munajat Kasih

Aku selalu inginkan, malam yang panjang bersama-Mu,
mengenangkan aku kembali, dosa-dosa masa yang lalu..

Aku selalu dambakan, keheningan malam bersama-Mu,
mengingatkan aku di sini, Kau selalu ada di sisiku..

Aku mohon..
Kau terima pengakuan ini, yang datang dari hati kecilku,
yang mendambakan keredhaan-Mu, hanyalah Engkau yang ku rindu,
bertakhta di hati ini..

Oh kasih..
Kau tunjukkan jalan terbaik untukku, yang harus ku tuju,
Kau tunjukkan jalan terbaik untukku, yang mampu ku tempuh..

Aku ingin bersama-Mu, ku ingin bersamamu..

- fyno -

Wednesday, April 29, 2009

Nak baring lagi?

Tak keruan hidup hari ni. Bangun pagi tak bermaya. Rasa nak baring sampai petang je. Sampai malam..

Tapi tu tak akan berlaku. Malah tak boleh berlaku pun. Ada insan yg perlukan perhatian. Perhatian dari seorang suami. Si isteri masih belum pulih sepenuhnya dari kesakitan lantaran keguguran tempoh hari. 'Keguguran atau masih berisi' bukanla isi penting buat masa ni. Sebaliknya respon suami kepada 'keguguran atau masih berisi' itu sendiri yang perlu diberi perhatian. 100% berbeza daripada melihatkan si isteri sihat segar..semuanya terurus.

Allah dah tumbuk mata si suami. Lebam. Baru la nak sibuk berdiri dekat dapur. Basuh pinggan. Sejarah sebelum bersalaman dengan Dato' Imam Mahat perlu diulang. Terpaksa? Sukarela? Sapa peduli. Si suami saja mengerti. Si isteri kurang bermaya.





Nak baring sampai malam ke?

Monday, April 20, 2009

Terima kasih semua..

Hahha..Saje je.
Dah 3001..

Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
And (remember) when your Lord proclaimed: "If you give thanks (by accepting Faith and worshipping none but Allah), I will give you more (of My Blessings), but if you are thankless (i.e. disbelievers), verily! My Punishment is indeed severe."
(Surah Ibrahim:7)

Saturday, April 18, 2009

Mahalnya...


Salam.
Pagi qila keguguran kandungan tu izu ade paper 
Inter-Microeconomics. Izu tak pegi sbb nak hantar qila 
ke Hospital Selayang. 

Pagi semalam izu rujuk perkara tu ke G/Office 
Kulliyyah of Economics & Management Sciences 
(KENMS) dgn harapan akan ada satu special exam 
utk ganti paper yg tertinggal tu. Tapi kena bayar 
RM100 la pulak..AnR minta katanya. Bayar masa 
nak register semester 3 nanti.

Tak tau lagi nak respon apa...huh!

Wednesday, April 15, 2009

Langkah tercipta..


Entah kenapa lirik lagu ni seakan menyuntik semangat yg membara. Layan...
>>Esok last paper!

Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian...

Allah…
Inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam, lemah daya,
haruskah aku mengalah, namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan...

Dan langkahku kini terbuka, pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan), tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan,
setiap diri insan...

Allah…
Pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku, kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta...

Daku mohon agung kudratMu, wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu...

Lagu : Bazli / Lirik : Bazli & Atie

*dengar, hayati & download kalau nak..

Monday, April 13, 2009

Ceritakan segalanya..

Letihnyee..
Tak study pun letih ke..hehe..
Sapee la nih.. .

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009


Alhamdulillah, dalam izu sibuk2 jaga qila yg masih belum pulih, smpat jugak izu siapkan satu projek utk Darussalam Int'l Publishing & Distribution Sdn Bhd iaitu 'flyer' yg akan diedarkan semasa  berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 nanti..

Di pesta buku ni kita boleh dapatkan bahan-bahan bacaan yang terkini dan berkualiti selain berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pesta buku yang bermula sejak 28 tahun lalu ni jugak merupakan satu acara utama bagi industri buku di Malaysia.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 ini akan berlangsung seperti berikut; 

Tarikh : 17-26 April 2009 / Waktu dibuka; 10.00 am hingga 8.00 pm (Isnin-Khamis) / 10.00 am hingga 9.00 pm (Jumaat-Ahad) / Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur / Masuk percuma.

Banyak lagi aktiviti lain yg disediakan...

Boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Pesta Buku Antarabangsa 2009 ni kat sini.